tag:blogger.com,1999:blog-9019144607125501939.post2656672697581280058..comments2023-05-26T07:09:47.207-07:00Comments on Aspirasi UTHM: PERTAHANKAN AUKU DENGAN BERHIKMAHASPIRASI UTHMhttp://www.blogger.com/profile/11865882023439807860noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-9019144607125501939.post-86066347706126903192011-12-19T12:39:35.700-08:002011-12-19T12:39:35.700-08:00http://ntahapehape-ntahapehape.blogspot.com/2011/1...http://ntahapehape-ntahapehape.blogspot.com/2011/12/relevan-atau-tidak-auku-dimansuhkan.htmlamgyverhttps://www.blogger.com/profile/03794876410971821104noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9019144607125501939.post-78406437165066783042011-02-03T07:37:17.004-08:002011-02-03T07:37:17.004-08:00Ulasan ini sebelum AUKU Pindaan 2009 kan?
Rasanya...Ulasan ini sebelum AUKU Pindaan 2009 kan?

Rasanya banyak isu dah selesai. Hanya sekysyen ;

Seksyen 15 (yang baharu) Hak Berpersatuan

1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang, dalam/luar Universiti, dalam atau luar Malaysia, kecuali :

a) mana-mana parti politik, dalam atau luar negara
b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, dalam atau luar Malaysia
c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan diberitahu secara bertulis kepada Naib Cancelor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Pertubuhan badan dan kumpulan pelajar yang ditubuhkan di bawah perlembagaan turut diberi hak yang sama dan tertakluk kepada sekatan yang sama.

Selepas Menteri menyatakan/menamakan kepada Naib Canselor pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan beliau sebagai tidak sesuai adalah menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar, atau pertubuhan pelajar berkenaan

Pengecualian : Naib Canselor boleh, atas permohonan pelajar, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan 15(1)(a)

*contoh : ahli politik menjadi pelajar

Maka yang masih menjadi perbincangan adalah seksyen di atas. dalam hal ini, pihak pro kerjaan juga berbeza pendapat, Makmal Pemuda BN dan Timbalan Menteri KPT menyokong hak mahasiswa berpolitik. Maka rasanya isu ini akan terus hangat diperkatakan. Adakah mana-mana seksyen dalam AUKU yang masih menjadi pertikaian? Sila maklumkan. Kami akan membuat kajian lanjut.ASPIRASI UTHMhttps://www.blogger.com/profile/11865882023439807860noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9019144607125501939.post-46741020216177960592011-02-03T05:16:13.968-08:002011-02-03T05:16:13.968-08:00(Sambungan...)
Pendek kata, AUKU hampir kesemua s...(Sambungan...)

Pendek kata, AUKU hampir kesemua seksyen adalah bertentangan dengan Hak Asasi Manusia. Saya ingin membawa contoh, merujuk pada Seksyen 15(3) dan 15(4), AUKU: Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan.

Bagi saya, akta di atas ini bertentangan dengan Hak Asasi Manusia; kebebasan bersuara dan berpertubuhan sebagaimana yang dijamin oleh Hak Asasi Manusia. Kadang-kadang, saya melihat tukang sapu sampah atau pemandu teksi atau peniaga yang usianya sebaya dengan usia mahasiswa jauh lebih bertuah di Malaysia ini kerana mereka bebas bersuara dan berpertubuhan serta berorganisasi. Justeru, pada hemat saya AUKU ini dimansuhkan. AUKU juga sebenarnya jelas berdiskriminasi hak-hak kemahasiswaan dan tidak berperikemanusian.

Saya ingin membawa contoh, dengan izin. Sila rujuk Seksyen 15D(1):

“Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduhkan di bawah kesalahan jenayah maka ianya hendaklah dengan serta-merta digantung daripada menjadi seorang pelajar dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan perbicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus atau kampus mana-mana universiti lain.

Dalam disiplin ilmu undang-undang, terdapat suatu maksim yang menegaskan bahawa seseorang individu tidak akan bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah (a man is not guilty until he is proven guilty). Berdasarkan pada nature of law dan contoh seksyen AUKU di atas, jelasnya berlaku pra-penghakiman (pre judgement conviction).

Kes ini lebih ketara dalam isu penangkapan ISA7 yang belum selesai sehingga kini, namun hak belajar dan menerima keadilan di Universiti telah dinafikan oleh mereka. Selain itu juga boleh merujuk dalam isu Norlia bte Syukri vs Universiti of Malaya, 1978 dalam laporan Tribunal Tatatertib Universiti, UM dan laporan tindakan ke atas 1 orang mahasiswa yang ditahan beberapa bulan lepas dan diberikan amaran keras oleh tatatertib Universiti kerana kesalahan mendatangkan kesan buruk secara langsung atau tidak langsung kepada universiti kerana menubuhkan Parti Mahasiswa Negara. Hasil penghujahan yang dilaporkan media dan tribunal perbicaraan walaupun sabit kesalahan tetapi AUKU terbatal sama sekali untuk menjatuhkan hukuman kepada beliau kerana ia bercanggah dengan undang-undang persekutuan dan perlembagaan yang memberikan ruang dan hak yang luas kepada warganegaranya untuk bersuara dan menyatakan pendapat. Jadi hingga kini saya masih keliru di manakah relevannya akta ala rimba ini dan ‘validity’ nya dalam perlaksanaan di kampus bagi mengekang keterlibatan serta mematikan idealisma mahasiswaAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9019144607125501939.post-39793218462730874912011-02-03T05:15:04.739-08:002011-02-03T05:15:04.739-08:00Perbahasan AUKU di Parlimen (Kenapa Perlu Mansuh)
...Perbahasan AUKU di Parlimen (Kenapa Perlu Mansuh)

Secara peribadi, saya menyambut baik hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah YB Dato’ Khaleed Noordin; untuk menilai semula AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 / Pindaan 1974). YB Khaleed Nordin mahu menilai semula AUKU ini demi memberi kebebasan berpersatuan dan autonomi kampus kepada warga Universiti.

Namun, dalam pengetahuan saya, perkara ini juga telah pun dinyatakan oleh dua (2) Menteri KPT sebelum beliau; Datuk Mustapha Muhammad dan Dato’ Shafie Salleh. Kita telah maklumi bahawa masih belum ada apa-apa inisiatif dalam hasrat ini. TV3 ada melancarkan kutipan responden. Alhamdulillah, lebih 80 peratus setuju AUKU ini dikaji semula.

Bagi saya, AUKU ini patut dimansuhkan bukan kerana pandangan umum rakyat Malaysia, tetapi kerana substance AUKU itu sendiri jelas zalim dan langsung tidak menjunjung tradisi keintelektualan mahasiswa dan Universiti. Satu-satu perkara yang zalim ini wajib disanggah, biarpun hanya didokong oleh satu jiwa yang adil sahaja.

KPT telah menerima kertas putih dari Jawatankuasa Mengkaji dan Mereputasi kedudukan IPTA tempatan sebelum ini. Jawatankuasa tersebut ditubuhkan pasca kejatuhan ranking IPTA (merujuk pada Universiti Malaya) dari tangga ke-89 ke tangga 169 ; sebagaimana yang dikeluarkan oleh Times Higher Education Supplement (THES).

Jawatankuasa tersebut telah menyatakan beberapa cadangan. Salah satunya adalah memansuhkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti). Namun, sehingga kini KPT seolah-olah memandang enteng cadangan-cadangan yang telah disampaikan oleh ahli akademik dan cendekiawan tempatan. Perkara seumpama ini sepatutnya dikesali bersama.

Saya ingin memetik pendapat Junaidi Abu Bakar dalam buku Mahasiswa dan Undang-Undang dengan izin. Menurut beliau, setiap undang-undang yang digubal mesti mempunyai niat pengubalannya. Begitu juga dengan AUKU, digubal selepas berlakunya beberapa aksi mahasiswa – (1)penyebaran Manifesto Mahasiswa oleh PMUM (Pertubuhan Mahasiswa Universiti Malaya) menjelang PRU4 sehingga menggugat status quo parti-parti memerintah; (2)Demontrasi anti-Tunku (29/8/69); (3)Demontasi ‘Papan Tanda’ demi mempertahankan bahasa Melayu di UM; dan sebagainya.

Selepas berlakunya beberapa peristiwa tersebut, kerajaan telah menubuhkan ‘Jawatankuasa Mengkaji Kampus’ dan AUKU ini diperkenalkan dan digazet di Parlimen yang mulia ini. Sila rujuk Laporan Muhammad Abu Bakar dalam Mahasiswa Menggugat.

Persoalan yang ingin saya timbulkan, adakah mahasiswa pada ketika itu melakukan suatu jenayah di sisi undang-undang Malaysia atau Kerajaan sendiri sebenarnya cuba untuk menutup pekungnya sendiri dengan melumpuhkan aktivitisme mahasiswa secara berperundangan?

Saya secara peribadi yakin, niat pengubalan AUKU ini demi menutup pekung kerajaan semata-mata daripada diketahui umum melalui suara mahasiswa. Sudah lebih 37 tahun, AUKU ini dikuatkuasa ke atas anak-anak kita di kampus. Dan selama itu juga kita telah lihat sejauhmana perkembangan generasi muda dan IPT di Malaysia. Saya telah meneliti beberapa perkara dalam AUKU ini dan saya dapati banyak perkara dalam AUKU ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sebagai yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, 1948 dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Islam Sejagat, 1981.

Saya ingin menyebut beberapa seksyen dalam AUKU ini yang jelas bertentangan dengan hak asasi manusia, Seksyen-seksyen tersebut adalah Sekyen 7(1), Sekyen 7(3), Sekyen 8, Sekyen 9, Sekyen 11, Sekyen 12, Sekyen 15(1), Sekyen 15(2), Sekyen 15(3), Sekyen 15(4), Sekyen 15A(1), Sekyen 15A(2), Sekyen 15B(1), Sekyen 15D(1), Sekyen 16 dan banyak lagi.Anonymousnoreply@blogger.com