Subscribe:Posts Comments

Friday, December 31, 2010

ARKIB ADUAN MPP UTHM SESI 2007/2008 (ASPIRASI)


SALURAN ADUAN DAN CADANGAN MPP UTHM SESI 2007/2008 (ASPIRASI)
ARKIBBIL
ADUAN
MAKLUMBALAS
1.

boleh tanya???

email to someoneprinter friendly
Monday 14 April 2008 - 20:00:45

Posted by mppadmin  :: 
saya nak tanya tetang exchange student program di UTHM...
[Submitted by OoiKokZhen]

Merujuk kepada persoalan yang saudara/saudari tujukan kepada kami tentang exchange student di UTHM. Kami telah menemui pegawai bertanggung jawab di bahagian Pejabat Pengurusan Akademik. Berdasarkan maklumbalas yang diberi, program pertukaran pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hanya melibatkan beberapa fakulti sahaja seperti fakulti kejuruteraan awam. Biasanya untuk program pertukaran pelajar, universiti yang terbabit akan berurusan terus dengan UTHM melalui fakulti berkenaan. Kebiasaannya, program pertukaraan pelajar ini memerlukan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara universiti terlibat dengan UTHM. Jika terdapat MoU antara universiti terlibat yang mengkehendaki pertukaran pelajar, baru program pertukaran ini akan dilaksanakan mengikut persefahaman yang ditandatangani dan urusan program pertukaran pelajar ini akan melibatkan fakulti yang berkenaan. Sebagai contoh baru-baru ini Fakulti Kejuruteraan Awam telah membuat program pertukaran pelajar dengan universiti di Indonesia. Antara kriteria yang mesti ada pada pelajar untuk menyertai program ini ialah CGPA melebihi 3.5 dan ke atas, berpewatakan menarik dan melepasi sesi temuduga yang di jalankan oleh panel fakulti. Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Timbalan Dekan Akademik dan Pengantarabangsaan setiap fakulti yang terlibat.

SENARAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN/PERJANJIAN DENGAN INSTUTUSI / AGENSI LUAR NEGARA


BIL
NAMA DAN ALAMAT
TARIKH TANDATANGAN
& TEMPOH PERJANJIAN
TUJUAN / BIDANG
1

The University of Sheffield
Western Bank,
Sheffield, S1D 2TN,
United Kingdom


18 September 2002
(Tiga tahun)

Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Aktiviti penyelidikan bersama
·          Lawatan dan pertukaran staf
·          Pertukaran maklumat penyelidikan, bahan perpustakaan dan lain-lain
·          Lawatan / pengajian pelajar siswazah
2

University of Flensburg
Auf dem Camous 1-D-24943,
Flensberg,
Germany

20 Mei 2003
(Tiga tahun)
Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Kerjasama program penyelidikan dan pembangunan
·          Pertukaran maklumat akademik
·          Projek / penyelidikan bersama pihak ke-tiga secara kontrak
·          Pengendalian seminar / bengkel bersama
·          Program Doktor Falsafah bersama (penyeliaan bersama /                                                                           penyelidikan bersama / kendalian projek bersama)
·          Pertukaran kakitangan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
·          Penggunaan kemudahan bersama
3
George-Simon-Ohm- Fachhochschule Nurnberg,  University of Applied Sciences
Rectorat
Postfach
90121 Nurnberg
Germany
4 November 2003
(Tiga Tahun)
Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Kerjasama program pengajaran dan penyelidikan bagi                                                                           mempertingkatkan persefahaman dalam bidang pendidikan & kebudayaan
·          Program pertukaran pelajar dan staf
·          Program ceramah, perundingan serta latihan lanjutan
·          Pengendalian seminar serta projek penyelidikan bersama
4
College of Engineering
Pukyong National University (PKNU)
599-1 Daeyondong, Namgu
Pusan 608-737
Republic of Korea

27 Mac 2004
 (Tiga Tahun)
Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Program pertukaran staf dan penyelidik
·          Peogram pertukaran pelajar
·          Projek penyelidikkan bersama
·          Penganjuran seminar serta ceramah
·          Program pertukaran maklumat akademik dan penerbitan

5
Colombo Plan Staff College for Technician Education
Building Block C, DepEd Complex
Meralco Avenue, 1600 Pasig City
Metro Manila
Philippines
27 Mac 2004
 (Tiga Tahun)
Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Program pertukaran staf dan penyelidik
·          Peogram pertukaran pelajar
·          Projek penyelidikkan bersama
·          Penganjuran seminar serta ceramah
·          Program pertukaran maklumat akademik dan penerbitan
6
Universitas Narotama
Jl. Arief Rachman Hakim No. 51
Sukolilo, Surabaya 60117
Indonesia
6 Mei 2004

Surat Hasrat (Letter of Intent)
           Program pertukaran staf
           Program pertukaran pelajar
           Kerjasama dalam projek penyelidikan
7
National Association of Indonesian Consultants (INKINDO)
Jl. Bendungan Hilir Raya
No. 29 Jakarta Pusat 10210
Indonesia

6 Mei 2004

Surat Hasrat (Letter of Intent)
           Program pembangunan profesional
           Kejuruteraan awam dan alam sekitar
           Pengurusan pembinaan
           Perundingan
           Program bersama
8
Louisiana State University (LSU)
Baton Rouge
Los Angeles 70803
United States of America

1 Jun 2004
(Lima tahun)
MemorandumPerjanjian (MoA)
·          Program pertukaran staf/penyelidik/jururunding
·          Program pertukaran pelajar
·          Program pertukaran maklumat akademik & penerbitan
·          Pengendalian  ceramah/seminar/bengkel bersama
·          Perlaksanaan program/projek bersama

9
University of East London
Stratford Campus
Romford Road
London
E15 4LZ
United Kingdom
19 Mei 2005
 (Lima Tahun)
Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Program pertukaran staf dan penyelidik
·          Peogram pertukaran pelajar
·          Projek penyelidikkan bersama

10
Nanoscale Physics Research Laboratory (NPRL)
School of Physics and Astronomy
The University of Birmingham
Edgbaston,
Birmingham B15 2TT,
United Kingdom
23 Mei 2005
(Tiga Tahun)

Memorandum Persefahaman (MoU)
           Program penyelidikan dan lain-lain aktiviti kerjasama

11
Jordan University of Science and Technology (JUST)
Irbid,
21110 Jordan

31 Mei 2005
(Tiga Tahun)

Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Program pertukaran staf
·          Program pertukaran pelajar
·          Kerjasama dalam projek penyelidikan
·          Pengendalian ceramah/seminar bersama
12

National Institute of Aeronautics and Space (LAPAN)
Jl. Pemuda Persil No. 1
Jakarta 13220
13 Jun 2005

Surat Hasrat (Letter of Intent)
·          Program pembangunan profesional
·          Program bersama dalam bidang aeroangkasa

13
Universitas Mercu Buana
Kampus Menara Bhakti
Jl. Raya Meruya Selatan, Kembangan
Jakarta Barat 11650
Indonesia
13 Julai 2005

Surat Hasrat (Letter of Intent)
           Program pertukaran staf
           Program pertukaran pelajar
           Kerjasama dalam projek penyelidikan


14
Universitas Trisakti
Kampus A Jl. Kiai Tapa no. 1
Grogol Jakarta Barat 11440
Indonesia
01 Ogos 2005
 (Lima Tahun)
Surat Hasrat (Letter of Intent)
·          Program pertukaran staf dan penyelidik
·          Peogram pertukaran pelajar
·          Projek penyelidikkan bersama
·          Program bersama bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
15
Institut Teknologi Sepuluh Nopember
Kampus ITS Sukolilo
Surabaya 60111
Indonesia
1 Ogos 2005
Surat Hasrat (Letter of Intent)
           Program pertukaran staf
           Program pertukaran pelajar
           Program penyelidikan dan lain-lain aktiviti kerjasama
16

Universitas Diponegoro
Jl. Prof. Sudarto, SH Tembalang
Semarang 50239
Indonesia
02 Ogos 2005


Surat Hasrat (Letter of Intent)
           Program pertukaran staf
           Program pertukaran pelajar
           Program penyelidikan dan lain-lain aktiviti kerjasama

17
University of Salford
Salford
Greater Manchester M5 4WT
United Kingdom
25 Oktober 2005
(Tiga tahun)
Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Kerjasama dalam bidang penyelidikan dan akademik terutama dalam Pengurusan Fasiliti
·          Program pertukaran staf/penyelidik
·          Kemasukan ke program pasca ijazah
·          Pertukaran maklumat akademik dan penerbitan
18
Universitas Sultan Ageng Tirtayasa
Jl. Raya Jakarta
Km 4 Pakupatan
Serang 42124
Indonesia
11 November 2005
Surat Hasrat (Letter of Intent)
           Program pertukaran staf
           Program pertukaran pelajar
           Program penyelidikan dan lain-lain aktiviti kerjasama

19
Universitas Pendidikan Indonesia
Jl. Dr. Setiabudhi No. 229
Bandung 40154
Indonesia
11 Julai 2006
(Tiga tahun)
Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Kerjasama dalam bidang penyelidikan dan akademik terutama dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional
·          Program pertukaran staf/penyelidik
·          Kemasukan ke program pasca ijazah & penglibatan dalam program penyelidikan
·          Pertukaran maklumat akademik dan penerbitan

20

Universitas Negeri Malang
Jl. Surabaya 6
Malang 65145
Indonesia
14 Julai 2006
Surat Hasrat (Letter of Intent)
           Program pertukaran staf
           Program pertukaran pelajar
           Program penyelidikan dan lain-lain aktiviti kerjasama

21
Universitas Merdeka Malang
J1, Terusan Raya Dieng No. 62-64
Malang 65146
Indonesia
14 Julai 2006
Surat Hasrat (Letter of Intent)
           Program pertukaran staf
           Program pertukaran pelajar
           Program penyelidikan dan lain-lain aktiviti kerjasama
22
Universitas Negeri Malang
Jl. Surabaya 6
Malang 65145
Indonesia

22 Ogos 2006
(Tiga tahun)
Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Kerjasama dalam bidang penyelidikan dan akademik terutama dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional
·          Program pertukaran staf/penyelidik
·          Kemasukan ke program pasca ijazah & penglibatan dalam program penyelidikan
·          Pertukaran maklumat akademik dan penerbitan
23
Misr University for Science & Technology (MUST)
Sixth of October City
Al-Motamayez District
Mesir
17 Februari 2007
Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Menggalakkan pertukaran staf bagi tujuan pengajaran / penyelidikan / pembangunan ikhtisas 
·          Program pertukaran pelajar bagi tujuan pengajian / latihan / penyelidikan
·          Kerjasama dalam bidang penyelidikan & pendidikan berterusan
·          Pertukaran maklumat pengajaran & pembelajaran / penyelidikan / pembangunan pelajar
·          Projek bersama & lain-lain aktiviti bersama
24
Loughborough University
Leicestershire, UK, LE11 3TU
25 April 2007
Memorandum Persefahaman (MoU)
·          Split PhD program

25
University Of Bremen - Germany
14 April 2008
Memorandum Persefahaman (MoU)

26
Institute Of Technology , Ireland

Memorandum Persefahaman (MoU)



Sekian. Terima kasih.


2.

yuran perkhidmatan

email to someoneprinter friendly
Monday 14 April 2008 - 20:00:27

Posted by mppadmin  :: 
mpp, apakah perkhidmatan yg diberikan kpd stdnt di bawah yuran perkhidmatan?
bagi pelajar yang tidak menggunakan pengangkutan universiti-tinggal d luar, ada kenderaan sendiri, tidak adakah pengecualian, pengurangan bagi yuran tersebut?
[Submitted by rohani mnoor]



Berkenaan dengan persoalan saudari yuran perkhidmatan berjumlah RM90 yang perlu di bayar setiap semester merupakan hasil perkhidmatan yang diberikan di atas kemudahan di universiti. Berdasarkan jawapan yang digariskan oleh Pejabat Bendahari, yuran perkhidmatan merangkumi kemudahan perpustakaan, kemudahan pengangkutan dari kolej-kolej kediaman, kediaman luar kampus ke kampus induk dan kampus bandar dan sebaliknya. Yang sering menjadi isu adalah sekiranya pelajar menggunakan kenderaan sendiri dan tidak menggunakan pengangkutan yang disediakan universiti. Perlu diingatkan pengangkutan ini juga merangkumi pengangkutan yang disediakan untuk aktiviti-aktiviti dan program-program pelajar yang menggunakan pengangkutan yang disediakan universiti seperti bas dan van. Adalah sesuatu yang mengecewakan sekiranya pelajar langsung tidak mengikuti sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi di universiti. Pelajar bukan sahaja kerugian dalam bentuk yuran perkhidmatan malah menunjukkan mahasiswa tersebut adalah pasif. Penglibatan pelajat dalam aktiviti ko-kurikulum akan dapat meningkatkan kemahiran insaniah yang tidak dapat di pelajari di dalam buku semata-mata. Tiada gunanya keputusan akademik tinggi tetapi tidak dapat berkomunikasi dan bersosial dalam mempraktikkan teori yang dipelajari dalam dunia nyata atau realiti. Nasihat daripada kami ikutilah mana-mana program dan berpeluang merasa menaiki bas universiti dengan gembira dan seronok. Sebarang kemusykilan emailakan kepada saya fadzil_mpputhm@yahoo.com.

Sekian, terima kasih.
3.

Saja nak kongsi

email to someoneprinter friendly
Tuesday 08 April 2008 - 23:24:47

Posted by mppadmin  :: 
Assalamualaikum...

sebenarnya saja nak kongsi pengalaman...

Saya nak mendaftar matapelajaran Bahasa Asing 2. mendaftar matapelajaran ini perlukan "bukti" berupa salinan keputusan bahasa asing 1 yang hanya mahu dilihat sahaja sebelum boleh mendapatkan borang pendaftaran. rasa tersinggung pula, macam tak percaya kat student pula..

Saya ex-student Diploma UTHM. hanya ada transkrip, sebab dapat transfer subjek di atas. maka, saya bawa transkrip tersebut dan tunjukkan "bukti" yang diperlukan. ok, dapat borang. seterusnya saya dikehendaki mengesahkan salinan transkrip tersebut. saya pergi ke PPA namun di"arah"kan ke pejabat pendaftar kerana menurut PPA, pekeliling baru menyatakan hanya pendaftar sahaja yang boleh mengesahkan transkrip berkenaan. saya beralih ke pejabat pendaftar namun sekali lagi diberitahu, Fakulti boleh mengesahkan salinan tersebut. saya pergi ke pejabat akademik fakulti namun sekali lagi di"arahkan" ke pejabat pentadbiran fakulti. persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini? saya ingin sekali meminta NAIB CANSELOR UTHM mengesahkan salinan transkrip saya, rasanya boleh kot?

bukannya apa, tetapi saja nak kongsi pengalaman.. bukannya menyalahkan MPP, saya pun dulu MPP juga. namun, apa yang diharapkan, hanya menetapkan siapa yang berkuasa atas sesuatu itu. kerenah birokrasi begitu menular sekali di UTHM ni.. sekiranya boleh, minta kerjasama MPP dalam memaklumkan perkara ini kepada TNC ke...
NC ke... agar perkara ini dapat diselesaikan sikit...

teriam kasih...
[Submitted by sia chai fuat@mohd fuad]


4.

banyak benda ni

email to someoneprinter friendly
Tuesday 08 April 2008 - 23:24:03

Posted by mppadmin  :: 
assalamualaikum..

saya pelajar yang menginap di G4A 205 KKTDI, rasanya korang semua dah kenal pun siapa saya. saya ingin nak membuat aduan dan meluahkan pendapat saya tentang sistem yang ada sekarang.

1. saya ingin tahu, mengapa sekarang SACAM tidak boleh di akses oleh semua orang, melainkan pelajar yang berdaftar dalam laman web ini? perkara ini saya rasa tidak berpatutan kerana pada masa dahulu, SACAM boleh diakses oleh semua, tidak terhad kepada pengguna berdaftar sahaja pun, ramai yang enggan membuat aduan. adakah ini langkah untuk mengetahui siapa yang menghantar aduan/kutukan/cacian/komen dsb? atau adakah ianya untuk menggalakkan pelajar untuk tidak menggunakan SACAM lagi?

2. perkhidmatan wireless di kampus UTHM semakin teruk, terutamanya selepas papan tanda WiFi Solutions dinaikkan. adakah perkara ini masih lagi in-progress atau ...?

3. pekeliling tentang pemakaian ves keselamatan dalam kampus bermula 6 ptg hingga 7 pg. siapakah yang telah memberi cadangan ini? adakah ianya relevan? cuba fikirkan keadaan pelajar dan tolong beri respon yang berpatutan. apakah sebab pekeliling ini dikeluarkan. setahu saya, belum ada lagi pelajar UTHM yang mengalami kemalangan maut (semasa berada dalam kampus). setakat pelajar yang saya kenali, semua merasa perkara ini tidak relevan. bagaimana pendapat MPP?

sila beri respon yang berpatutan. terima kasih
[Submitted by sia chai fuat@mohd fuad]


1.         Berkaitan dengan langkah pihak MPP mewajibkan pelajar yang ingin membuat aduan perlu mendaftar terlebih dahulu adalah sebagai langkah keselamatan untuk menghalang pencerobohan luar ( bukan pelajar UTHM ) dan penyalahgunaan yang tidak diingini.   Ianya bukanlah sebagai langkah untuk mengetahui sesiapa yang menghantar aduan/kutukan/cacian/komen. Sekiranya terdapat kerisauan di kalangan mahasiswa mengenai butir-butir dan maklumat diri, persepsi ini perlu diperbetulkan di mana pihak MPP akan merahsiakan segalanya dan maklumat tersebut hanya untuk simpanan MPP sahaja untuk dijadikan sebagai statistik aduan dan maklumat untuk rujukan pada masa hadapan. Perlu diingatkan MPP sentiasa di pihak mahasiswa kerana kami mewakili pelajar malah dipilih oleh mahasiswa sendiri dalam pilihanraya kampus. Sekiranya persepsi mahasiswa memikirkan wujudnya konspirasi MPP dengan pihak universiti sehingga mengenepikan kebajikan dan perjuangan pelajar, ianya adalah tidak benar sama sekali. MPP hanya bekerjasama dengan pihak universiti untuk menjamin kebajikan mahasiswa sentiasa terjamin dan sentiasa menjadi orang tengah antara mahasiswa dengan pihak universiti. Pihak MPP berharap aduan yang diberikan adalah bersifat membina bukannya kritikan yang boleh melemahkan fungsi MPP sendiri. Adalah diharapkan pihak mahasiswa tidak akan menjadikan alasan pendaftaran untuk tidak menggunakan SACAM.  SACAM adalah penunjuk prestasi tentang kesedaran mahasiswa mengenai isu semasa di kampus. Secara peribadi, ingin saya luahkan, kesedaran mahasiwa yang lesu dan tidak bermaya akan melahirkan kepimpinan yang lemah. Sekiranya iklim perjuangan pelajar dapat dipertingkatkan pada masa hadapan ianya dapat dilihat melalui pilihanraya kampus. Sekiranya mahasiswa mempunyai kesedaran untuk berjuang atas nama perjuangan mahasiswa maka pilihanraya kampus adalah jawapannya. Saya beranggapan aduan, kritikan yang diberikan adalah satu landasan untuk mahasiswa ini pada masa hadapan untuk berani ke hadapan dan seterusnya berjuang demi mahasiswa. 

2.         Berkaitan isu ini, petanda aras yang diberikan perkhidamatan wireless di kampus UTHM semakin teruk mungkin kurang tepat. Melalui pemerhatian pihak MPP dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat yang bertanggungjawab terhadap isu ini, sepanjang semester ini penaiktarafan coverage bagi beberapa kolej kediaman telah dilakukan contohnya pemasangan kabel untuk membuka perkhidmatan di blok baru di Kolej Kediaman Perwira dan sebuah menara khas untuk antena wireless di padang Kolej Kediaman Melewar sudah mula berfungsi sejak awal tahun. Papan tanda Wi-Fi Solution adalah penunjuk bahawa coverage untuk WIFI berada di situ tetapi perlu diingatakan setiap satu kawasan coverage mempunyai limitation di mana dalam satu tempoh masa serentak  secara unjuran kasar hanya mampu menampung 20 pengguna. Dan inilah yang sering terjadi di mana bagi pengguna ke 21 terpaksa menunggu sehingga terdapat talian kosong untuk masuk.  Tetapi pihak PTM juga tidak menafikan di bebarapa kawasan seperti Kolej Kediaman Perwira dan Melewar sering terdapat masalah konsistensi. Sekejap ada dan sekejap tiada atau dalam istilah popular seperti chipsmore. Ianya di sebabkan beberapa masalah seperti yang digariskan iaitu :-

·          Perwira : Salah satu temporary device di sambar kilat. Proses untuk mendapatkan alat ganti baru dari pihak vendor mengambil masa 2 bulan mengikut pihak PTM. Manakala tiga kawasan blok baru WiFi di KK Perwira sedang dalam proses pemasangan kabel untuk membuka perkhidmatan.
·          Melewar : Pihak PTM dalam proses penaiktarafan perkhidmatan wireless dengan menambah antena baru ( Menara antena wireless di padang Melewar). Tetapi antena tersebut masih tidak dapat beroperasi secara penuh kerana pihak pembekal (vendor) masih dalam proses configure. Sistem  kini  masih beroperasi dalam versi beta (percubaan). Pihak PTM akan memantau kerja-kerja pembekal dengan memberikan tempoh tertentu supaya sistem beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.
·          TDI / TF : Pihak PTM mengalami masalah menempatkan  device wireless untuk merangkumi keseluruhan blok-blok asrama kerana rekabentuk bangunan TDI / TF menghalang signal wireless berfungsi secara berkesan. Dalam konteks rangkuman rangkaian wireless akan berkurang apabila rintangan bertambah ( dinding atau peralatan yang  mengeluarkan gelombang elektromagnet secara berlebihan) Alternatif penyelesaian pihak PTM akan menambah lagi device wireless secara berperingkat mengikut bajet yang diluluskan oleh pihak universiti.
·          TSN : Perkhidmatan wireless sekarang bersifat sementara yang menyebabkan bandwidth kecil bagi wireless di TSN . Dalam konteks bandwidth wireless, kelajuan akan berkurang apabila ramai pengguna menggunakan wireless pada masa serentak. Tender untuk perkhidmatan kekal  sedang dalam pelaksanaan di pihak PTM.

         Di sini pihak MPP menggariskan beberapa perbincangan dengan pihak PTM berkaitan isu ini :

 Penaiktarafan sistem wireless di UTHM mempunyai beberapa fasa dalam usaha pihak universiti     menyediakan perkhidmatan wireless yang menyeluruh.

1)  Fasa 1 : Menyediakan perkhidmatan wireless dalam kampus dengan kadar rangkuman rangkaian wireless sebanyak 60%.
* Sudah mencapai target.
2)  Fasa 2 : Penambahbaikkan dalam perkhidmatan wireless dengan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul  dalam Fasa 1.
* Dalam proses pelaksanaan ( Sekarang).
3)  Fasa 3 : Menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh di setiap kolej kediaman.
* Target dari pertengahan tahun hingga akhir tahun 2008.

Daripada pihak MPP pula, kami akan melakukan pemantauan terhadap perkhidmatan ini . Dan kami ingin meminta cadangan daripada mahasiswa khasnya pengguna WIFI untuk mencadangkan kawasan yang sering berlaku masalah berkenaan konsistensi wireless untuk pihak MPP mengajukan cadangan penambahan antena WIFI untuk menampung jumlah pengguna yang banyak di sesuatu kawasan rangkuman WIFI kepada Pusat Teknologi Maklumat. Sekiranya server down langkah awal mahasiswa boleh menelefon terus ke Unit Penyelengaraan PTM iaitu di nombor 074537292.

3.         Perkara ini telah diputuskan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti dan pekeliling Pelajar Bil.3/2008 menyatakan Arahan mewajbkan pemakaian vest keselamatan semasa menunggang atau membonceng motosikal dan basikal oleh pelajar UTHM bermula daripada 6 petang hingga 7 pagi. Vest yang dibenarkan hanyalah vest yang berlogo UTHM berharga RM15 yang boleh di beli di koperasi. Tarikh penguatkuasaan bermula daripada 1 April 2008 dan tempoh percubaan sehingga hujung semester ini ( 3 bulan ). Selepas itu pelajar akan dikenakan denda sekiranya tidak mengikuti arahan tersebut. Pendirian MPP ialah apa-apa langkah untuk kebaikan dan kebajikan pelajar, sesuatu dasar tersebut akan di sokong oleh MPP. Relevannya MPP menyokong langkah ini adalah berdasarkan sebagai langkah pencegahan keselamatan pelajar lebih-lebih lagi pada waktu malam. Walaupun ianya seolah-olah menyusahkan mahasiswa tetapi sekiranya di pandang dari sudut positif ianya adalah sebagai satu kaedah mencegah yang lebih  baik daripada mengubati. Nampak kecil tetapi membawa maksud yang penuh tersirat, Tetapi pihak MPP sedia berbincang sekiranya mahasiswa mempunyai sebarang cadangan yang lebih releven dalam isu ini. Di sini saya kemukakan kajian saya tentang statistik  kemalangan bagi tahun 2007 yang dilaporkan sahaja. Kemalangan dalam kampus jumlah kemalangan yang melibatkan pelajar sahaja berjumlah 13 kes dengan pecahan kemalangan melibatkan kereta sebanyak 6 kes dan motosikal sebanyak 7 kes. Kemalangan luar kampus pula  yang melibatkan pelajar sebanyak 3 kes dengan pecahan jenis kendearaan kereta 2 kes dan motosikal 1 kes. Manakala statistik kemalangan tahun 2008 ( sehingga bulan April 2008) menunjukkan 7 kes kemalangan telah berlaku dengan pecahan melibatkan kereta sebanyak 4 kes dan motosikal 3 kes. Berdasarkan statistik ini walaupun seolah-olah kecil berbanding jumlah keseluruhan pelajar tetapi bayangkanlah sekiranya kita yang tergolong dalam golongan kecil tersebut, bayangkanlah sekiranya kita yang cacat dan perasaan ibu bapa kita yang mengharapkan kita dapat menamatkan pengajian dengan sihat dan berjaya bukannya keluar dengan kecacatan akibat kemalangan yang boleh di elakkan. Susah-susah dahulu senang-senang kemudian, Fikir-fikirkanlah. Sebarang cadangan boleh emailkan kepada saya di fadzil_mpputhm@yahoo.com.  Dan saya ingin  berterima kasih anda sudi berkongsi pandangan dan penghargaan perlu diberikan kepada orang seperti anda dalam memajukan lagi MPP sesi kali ini.  Sekian, terima kasih.



5.

Lampu jalan dari UTHM ke Parit Raja

email to someoneprinter friendly
Wednesday 02 April 2008 - 12:03:01

Posted by mppadmin  :: 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Di sini saya ingin mengetengahkan satu aduan iaitu berkenaan lampu jalan dari UTHM ke Parit Raja yang didapati tidak berfungsi sejak akhir-akhir ini. Bagi saya keaadaan ini sangat membahayakan kerana ketiadaan lampu jalan menyebabkan laluan tersebut sangat gelap. Ini adalah kerana terdapat pejalan kaki dan penunggang basikal yang sering melintas jalan tersebut pada waktu malam.
Memandangkan kebanyakan pelajar tanpa asrama tinggal di sekitar laluan tersebut, maka lampu jalan tersebut amat diperlukan.

Saya ingin memohon jasa baik MPP untuk mengetengahkan perkara ini kepada pihak atasan atau pihak yang bertanggugjawab

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
[Submitted by khairul]








Berhubung dengan aduan saudara mengenai lampu jalan dari UTHM ke Parit Raja yang didapati tidak berfungsi sejak akhir-akhir ini. Saya telah meninjau sendiri jalan sepanjang UTHM ke Parit Raja pada malam hari dan di sepanjang perjalanan kampu jalan berada di dalam keadaan baik kecuali antara persimpangan KK Melewar dan KK Perwira ke UTHM sememangnya gelap. Berdasarkan andaian saya jalan tersebutlah yang dimaksudkan pengadu dan  ini adalah disebabkan kerja-kerja pembesaran bahu jalan sedang giat dilakukan. Lampu-lampu jalan hanya akan dipasang setelah kerja-kerja tersebut disiapkan terlebih dahulu yang akan mengambil masa. Daripada kami pihak MPP menasihatkan mahasiswa mengambil langkah proaktif dengan berhati-hati sepanjang jalan tersebut memandangkan banyak kenderaan keluar masuk di kawasan kilang ke jalan besar lebih-lebih lagi pada malam hari. Antara alternatif ialah memastikan lampu kenderaan tidak rosak dan sekiranya boleh memakai ves keselamatan yang dapat memantul cahaya. Walaupun ianya seperti tidak rasional sekurang-kurangnya mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekian, terima kasih kerana prihatin dengan kebajikan mahasiswa.
6.

wireless perwira

email to someoneprinter friendly
Saturday 29 March 2008 - 11:59:43

Posted by mppadmin  :: 
boleh saya tahu biler wireless untuk kolej perwira blok baru bleh digunakan
[Submitted by elias]


Untuk menjawab persoalan saudara, perbincangan dengan pihak PTM telah dilakukan. Tarikh sebenar adalah susah dijangka kerana pada masa sekarang pemasangan kabel untuk  membuka perkhidmatan di blok baru KK Perwira sedang giat dilakukan. Pihak PTM mensasarkan pada semester hadapan perkhidmatan WiFi sudah boleh di capai. Pihak PTM tidak menetapkan  tarikh tetap pembukaan perkhidmatan kerana  bimbang mungkin berlaku masalah teknikal ketika proses awal perkhidmatan WiFi tersebut yang mungkin memakan masa sedikit untuk diperbetulkan untuk berfungsi pada tahap yang stabil dan konsisten.  Di sini kami lampirkan pengumuman yang dilakukan oleh pihak PTM :-
PENGUMUMAN
1. Tiga kawasan blok baru WiFi di KK Perwira sedang dalam proses pemasangan kabel untuk membuka perkhidmatan.
2. Bermula 18 Mac 2008 semua penggunaan streaming di WiFi adalah dilarang sama sekali.
3. Penggunaan WiFi di UTHM adalah berkonsepkan hotspot dimana penggunaan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu dan berhampiran. Penambahan akan dibuat setiap tahun untuk meningkatkan keupayaan ini.
4. Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut.
Daripada pihak MPP, akan sentiasa memantau perkembangan dalam lencarkan lagi proses tersebut. Sebarang cadangan sila emailkan kepada saya fadzil_mpputhm@yahoo.com

7.

salam...

email to someoneprinter friendly
Thursday 27 March 2008 - 20:23:21

Posted by mppadmin  :: 
salam...sy dari kolej kediaman perwira...sy nk buat aduan iaitu mengenai perkhidmatan pengangkutan tidak memenuhi keperluan pelajar..pemandu van tidak menepati masa...sia2 kami bayar perkhidmatan yang disediakan jikalau servis yang diberikan tidak memadai...
[Submitted by sarah_sakura]






Waalaikummusalam…… berdasarkan aduan saudari masalah pengangkutan sememangnya di dalam pemerhatian kami daripada pihak MPP. Di dalam aktiviti turun padang MPP bersama Mahasiswa, kami telah mengumpulkan aduan berkaitan pengangkutan dan diajukan kepada HEP yang bertanggungjawab memantau perkhidmatan pengangkutan. Pihak HEP telah mengadakan pemeriksaan mengejut beberapa kali untuk mencari bukti dan juga sebagai pendekatan psikologi dalam memastikan pemandu ini sentiasa mengikut masa. Bagi pihak MPP kami juga telah mengadakan pemantauan rahsia untuk memastikan samada aduan yang dikemukakan benar. Berdasarkan pemantauan kami, kami juga telah menjumpai fakta yang mengejutkan seperti pemantauan di KK Perwira menunjukkan bas sudah ada menunggu seawal pagi dan mengikut jadual bas akan bertolak pergi pada pukul 7.20 dan 7.40 pagi. Hanya segelintir pelajar sahaja yang ada menaiki bas ketika itu dan apabila jam menunjukkan pukul 8.00 pagi berpusu-pusu pelajar mula menunggu bas walhal jadual bas seterusnya adalah pada pukul 8.30 pagi. Ini akan menyebabkan kesesakan apabila jumlah penumpang bas tidak dapat menampung kehadiran pelajar ini. Yang lebih mendukacitakan apabila di tanya pelajar yang turun jam 8 tersebut kuliah bermula pada jam 8 yang akan menyebabkan kelewatan mereka. Jadual waktu bas telah di susun awal bagi mengikut kesesuaian waktu perjalanan untuk sampai ke kuliah pada waktu yang telah ditetapkan. Di sinilah kesedaran mahasiswa perlu di pertingkatkan untuk bangun awal dan menaiki bas awal. Berkaitan dengan van pula sememangnya saya daripada jabatan perundingan dan pengaduan awam telah menerima banyak aduan mengenai van yang kerap tidak mengikut masa, malah perbandingan di antara pemandu van yang dikatakan rajin dengan yang malas juga telah diajukan kepada kami. Tidak perlulah saya tunjukkan di sini no. plat mana yang dikatakan rajin itu kerana pelajar KK Perwira sendiri sudah pasti sedia maklum  dan kami juga telah mengajukan kisah ini kepada HEP. Berdasarkan perbincangan dengan HEP, selepas ini sekiranya mahasiswa mempunyai aduan berkaitan pengangkutan, aduan ini perlu di beritahu secara cepat untuk di ambil tindakan segera. Mahasiswa boleh menghubungi saya Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid ( 013-7107705) daripada Jabatan Perundingan & Pengaduan Awam MPP ataupun terus kepada  pegawai HEP yang bertanggungjawab dalam pengangkutan iaitu E. Hairul Nizat Bin Siban di talian +607-4537044. Sekadar contoh, satu kes pada semester ini seorang pemandu van telah dibuang kerja oleh pengusaha setelah mendapat aduan  berkaitan kes pemandu van mempunyai hubungan dengan pelajar di sebuah kolej kediaman. Tindakan segera ini dapat diambil melalui aduan yang cepat dan lengkap dengan bukti. Di sini kami pihak MPP menggariskan beberapa panduan kepada mahasiswa untuk membolehkan aduan yang diberikan mendapat respon yang positif iaitu setiap aduan pengangkutan memerlukan bukti yang lengkap iaitu masa, no. plat van/bas, dan sekiranya pelajar mempunyai kamera samada menggunakan telefon bimbit, jika boleh tangkap gambar waktu kejadian untuk pihak MPP ajukan dengan bukti yang kukuh dan lebih berkesan kepada pihak yang bertanggungjawab.  Sekian, terima kasih.

“PENGGERAK AGENDA MAHASISWA”
8.

kemudahan sukan

email to someoneprinter friendly
Thursday 20 March 2008 - 11:03:55

Posted by mppadmin  :: 
INGIN MEMINTA PIHAK MPP UTK MENYELESAIKAN MASALAH SEPERTI PENGGUNAAN DEWAN BADMINTON N LAIN2 FASILITI DI MANA JIKA DILIHAT,KEBANYAKAN STAF LEBIH MENGUASAI FASILITI2 YG DISEDIAKAN DARIPADA PELAJAR WALHAL KITA (PELAJAR) YG MEMBAYAR YURAN..MOHON MEMPERINCIKAN MASALAH INI..
[Submitted by highway]







9.

"Follow Up" untuk setiap aduan dan cadangan

email to someoneprinter friendly
Thursday 20 March 2008 - 11:02:36

Posted by mppadmin  :: 
Salam

Di sini saya ingin bertanyakan kepada administrator tentang feedback yang akan diberikan kepada pengadu dan juga pemberi cadangan. Walaupun berapa banyak sekalipun aduan dan cadangan diberikan melalui SACAM online ini, sekiranya para pengadu tidak mendapat response atau feedback daripada MPP, maka, saya akan mengatakan SACAM online ini tidak berfungsi walaupun telah ditambahbaik ciri-cirinya dengan memperkenalkan sistem username dan password. Merujuk kepada aduan saya pada 5 Mac yang lepas, saya masih tertanya-tanya bilakah saya akan menerima response daripada MPP...sama ada melalui email, ataupun lain-lain kaedah. Ingatlah, kita bekerja untuk pelajar dan biarlah usaha kita adalah telus dan berfokuskan kepada kebaikan bersama.

Saya bersedia untuk dihubungi bagi memberikan pandangan secara lebih dekat.

Terima Kasih.
[Submitted by Wong Siew Hung]

 











Terima kasih atas keprihatinan saudara terhadap SACAM Online. Kelewatan laman web MPP  adalah disebabkan oleh beberapa masalah teknikal berkaitan laman web di mana disebabkan pihak PTM sedang menaiktaraf server keseluruhan laman web UTHM. Pihak bahagian laman web MPP terpaksa menunggu sehingga penyelengaraan daripada pihak PTM siap pada bulan Mac bagi membolehkan pihak MPP menempatkan folder di tapak laman web UTHM. Walaubagaimanapun sepatutnya pada bulan April, SACAM Online sepatutnya sudah boleh berfungsi, tetapi disebabkan pihak Jabatan Perundingan & Pengaduan Awam yang bertanggungjawab untuk mengendalikan SACAM terpaksa membekukan sementara perkhidmatan ini di atas faktor untuk memberikan tumpuan kepada penyelesaian aduan terbuka  yang telah dikumpul dan menyelesaikan beberapa masalah dalaman MPP. Pihak Jabatan Perundingan & Pengaduan Awam juga telah melaksanakan satu aktiviti bertemu mahasiswa selama seminggu yang melibatkan kesemua ahli MPP di beberapa tempat yang telah dipilih selama seminggu pada bulan Mac iaitu pada 4, 5, 6, 7 & 10hb untuk mengumpulkan permasalahan mahasiswa secara bersemuka. Tetapi untuk makluman segala aduan daripada SACAM Online juga telah diberikan perhatian dengan diambil tindakan yang sepatutnya daripada pihak MPP. Tetapi maklumbalas kepada pengadu melalui SACAM seperti yang sepatutnya agak lambat kerana melibatkan beberapa masalah teknikal yang kini telah berjaya diselesaikan. Setelah penstrukturan semula organisasi pengendalian SACAM, mulai sekarang saya Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid ( Timb. Pengerusi Jabatan Perundingan & Pengaduan Awam) akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas pengendalian SACAM Online. Kesulitan ini amat kami kesali dan kami memohon maaf di atas kelewatan maklumbalas yang dilakukan. Semoga selepas ini kami dapat memberikan perkhidmatan dengan lebih efisien dari seperti yang sepatutnya. Sebarang cadangan penambahbaikkan boleh diemailkan kepada saya fadzil_mpputhm@yahoo.com.

10.

sijil MASUM

email to someoneprinter friendly
Friday 14 March 2008 - 10:04:32

Posted by mppadmin  :: 
saya juga ingin mengadu tentang masalah sijil masum. setelah 4tahun berturut2 mewakili universiti,saya tidak pernah mendapat sebarang sijil masum termasuk beberapa rakan saya yg telah bergraduasi.diharapkan agar MPP dapat menyusulkan kpd pihak universiti supaya memberi sijil penghargaan menyertai masum supaya ia boleh dijadikan sebagai bukti penyertaan dalam masum.selain itu atlit2 UTHM seperti atlit yg berkhidmat kosong,tidak pernah ada penghargaan dari pihak universiti.sekurang2nya lakukan majlis makan malam pn dh cukup dan diselingankan dengan majlis penyampaian sijil.baru ok.seperti yg atlit2 staf dapat tahun lepas.student xdpt pn.bajet makan utk atlit2 staf bukan main lagi tingginya...student xdak pn..so,diharapkan dpt mengambil tindakan selanjutnya
[Submitted by highway]

 


 





Berhubung dengan aduan ini. Pihak Jabatan Sukan dan Rekreasi MPPUTHM telah mengadakan pertemuan dengan pihak yang bertanggungjawab iaitu Pusat Ko-Kurikulum, Sukan, dan Kebudayaan (PKSK). Berdasarkan perbincangan, PKSK memaklumkan pihaknya boleh mengeluarkan sijil untuk pelajar yang terlibat dalam MASUM 2006/2007. Pihak PKSK meminta jasa baik tuan/puan untuk menghantar senarai nama satu pasukan untuk mencepatkan proses penghasilan sijil seperti pasukan Bola Sepak yang telah menerima sijil mereka. Walaupun sebenarnya pengeluaran sijil merupakan tanggungjawab pihak penganjur tetapi pihak PKSK akan membantu mengeluarkan sijil tersebut dan berharap pihak tuan/puan  dapat menghantar senarai nama secepat mungkin.

Sekian,  terima kasih. Sebarang permasalahan sila hubungi …………………..



11.

bajet

email to someoneprinter friendly
Friday 14 March 2008 - 10:04:20

Posted by mppadmin  :: 
saya ingin mencadangkan agar bajet untuk setiap kelab dinaikkan kerana seperti yang kita ketahui bajet untuk satu tahun bagi setiap kelab/persatuan hanyala rm8000.so 1 sem hanya 2 xtvt shj.jika difikirkan secara logik,1 xtvt hanya diperuntukkan sebanyak rm2000.jadi,jika kita lihat dr segi bajet makanan sahaja pn dh cukup.bajet makanan pn lebih kurang rm 1+++.so bagaimana kelab ingin menjalankan program dgn baki bajet yang ada?saya ada mendengar 1 program apa ntah yg telah dijalankan sebelum ini,pada mulanya makanan hanya ditempah untuk minum pagi,makan tghri, & minum petang.kemudian,diubah menjadi makan tghri shj.at last,terus membatalkan tempahan kerana bajet utk yg lain x mencukupi.ini berlaku seolah2 makan telah dicatu.so harap rakan2 sekalian mengambil tindakan yg sebaik mungkin...

(program tu xtau sapa punya n program apa..)
[Submitted by highway]

 








Berhubung dengan cadangan agar bajet untuk setiap kelab dinaikkan. Penjelasan mengenai kadar bajet sebanyak RM8000.00 setahun telah diperbincangkan di mana  penerangan dan mesyuarat antara HEP bersama wakil kelab yang juga telah disertai oleh wakil MPP telah diadakan tentang pemberitahuan penetapan dan kewajaran had 4 program dengan peruntukan sebanyak RM8000.00 setahun. Berdasarkan perbincangan tersebut tiada bantahan daripada mana-mana kelab di dalam mesyuarat tersebut setelah diberikan penerangan tentang kewajaran tersebut. Motif utama dasar tersebut adalah untuk membolehkan pengurusan kelab berdikari untuk mencari penajaan sendiri bagi melatih mahasiswa untuk berkomunikasi dengan dunia luar untuk menghadapi dunia realiti sebenar dan tidak berharap kepada peruntukan universiti semata-mata. Walaupun secara purata 4 program dibahagikan dengan bajet RM8000 setahun ialah RM2000,  pihak kelab/persatuan juga telah dimaklumkan mengenai bajet satu program boleh  melebihi RM2000 tetapi  bergantung kepada perancangan kelab/persatuan iaitu seperti mengadakan hanya 2 program sahaja setahun dengan misalan satu program RM4000 dengan syarat tidak melebihi bajet RM8000 setahun. Bergantunglah kepada kebijaksanaan sesuatu organisasi kelab./persatuan untuk melaksanakan perancangan program tahunan mereka. Mungkin dengan hanya 2 program sahaja dengan bajet RM8000+ Penajaan tetapi program tersebut berkualiti dan membawa impak yang besar kepada mahasiswa maka ianya merupakan satu kejayaan kepada kelab/persatuan tersebut berbanding kepada program yang banyak tetapi tidak membawa kesan yang mendalam terhadap pergerakan aktiviti mahasiswa di dalam dan luar kampus. Walaubagaimanapun pihak MPP sedia untuk berunding sekiranya dirasakan penetapan tersebut membawa kesan negatif terhadap aktiviti pelajar. Sekiranya pihak kelab/persatuan sebelum ini berasa gusar untuk bersuara di dalam mesyuarat yang telah diadakan kerana faktor-faktor seperti risau dengan  tindakan daripada pihak universiti misalannya sekiranya membantah dasar tersebut, kami daripada pihak MPP sedia untuk dibawa berunding secara dalaman antara kelab/persatuan dan pihak MPP sahaja.  Dan ini memerlukan komitmen dan sokongan daripada semua kelab untuk mengetengahkan isu tersebut untuk pihak MPP berbincang dengan TNC HEPA bagi memperbincangkan dan memperhalusi isu ini. Sebarang komen mengenai isu ini sila emailkan kepada saya secepat mungkin untuk dibincangkan bersama kabinet MPP yang lain pada mesyuarat MPP yang akan datang. (fadzil_mpputhm@yahoo.com).

12.

pakaian sukan

email to someoneprinter friendly
Friday 14 March 2008 - 10:04:10

Posted by mppadmin  :: 
bdk2 sukan yang mewakili universiti ke kejohanan peringkat kebangsaan seperti liga hoki masum dan bola sepak Tm uni-league tak diberikan t-shirt atau pakaian sukan.kena pakai duit sendiri plak tu.kenapa ini berlaku di universiti yang ade peruntukan yang banyak sedangkan universiti lain memberikan ape saje yg pelajar perlukan terutama dalam bidang sukan tanpa diminta.sepatutnya universiti berbangga sebab ader lagi pelajar yang mahu mengharumkan nama UTHM tetapi macam tak dihargai.lagi satu kenapa fasiliti2 sukan tidak dijaga dengan baik.sebagai cnth gelanggang bola keranjang.usang.memalukan u aje.sedangkan padang hoki bertaraf antarabangsa.MPP sila ambil tindakan.
[Submitted by arfezz85]

 







Sedang diusahakan sebab pihak PKSK kata pelajar bayar 50%. Tetapi kes ini wakil kebangsaan. Sepatutnya wakil kebangsaan dapat secara percuma. Masih dalam perbincangan. Staff PKSK tak ade semua sibuk dengan MASUM kat UKM dan minggu depan Sabah.

13.

kebersihan kafe di komplek dewan kuliah blok G3

email to someoneprinter friendly
Thursday 06 March 2008 - 01:00:04

Posted by mppadmin  :: 

kebersihan di kafe blk G3 idak terurus.habuk penuh diatas meja.menyukarkan pelajar untuk makan.sila pantau keadaan disana.
[
Submitted by arfezz85]








Pihak MPP telah turun padang untuk melihat sendiri situasi yang dikatakan saudara, habuk tersebut adalah akibat daripada  daripada asap yang dikeluarkan kilang berhampiran. Pihak MPP akan memperbincangkan permasalahan ini dan cuba merangka jalan penyelesaian yang mungkin sesuai untuk dijadikan alternatif penyelesaian memandangkan isu kilang ini masih tidak dapat diselesaikan di peringkat universiti. Apa-apa makluman berkaitan kes ini akan dimaklumkan kemudian. Sekian, terima kasih di atas keprihatinan anda mengenai isu kesihatan kampus.

14.

tahniah

email to someoneprinter friendly
Wednesday 05 March 2008 - 20:34:07

Posted by mppadmin  :: 

tahniah kerana telah m'upgrade kan laman web mpp
[
Submitted by highway]


Terima kasih di atas sokongan anda. Dari kami pihak MPP memerlukan sokongan mahasiswa semua bagi memastikan pergerakan mahasiswa menjadi kuat. Perlu di ingatkan sekiranya pergerakan dan kesedaran mahasiwa megenai politik kampus adalah lemah maka kita akan melahirkan pemimpin yang lesu dan tidak bermaya. Sebarang komen untuk penambaikkan mengenai laman web MPP boleh diemailkan kepada Jabatan Penerbitan, Informasi & Multimedia iaitu saudari Norsarah binti Mohd. Temiri.
( Sarah84_mpputhm@yahoo.com) .
15.

semekum

email to someoneprinter friendly
Wednesday 05 March 2008 - 20:33:36

Posted by mppadmin  :: 
kenapa portal web MPP masih kosong lagi???
[Submitted by huz_amy2004]

 


Waalaikummusalam....... Terima kasih atas keprihatinan saudara/saudari terhadap laman web MPP. Portal Web MPP telah di isi oleh maklumat dan akitiviti-aktiviti MPP. Kelewatan pemberitahuan adalah disebabkan oleh beberapa masalah teknikal berkaitan laman web yang sekarang telah berjaya diselesaikan. Kesulitan ini amat kami kesali dan kami memohon maaf di atas kelewatan maklumbalas yang dilakukan. Semoga selepas ini kami dapat memberikan perkhidmatan dengan lebih cepat dari segi maklumbalas dan konsisten. Selain itu, sumbangan daripada mahasiswa dalam bentuk artikel atau apa-apa maklumat adalah digalakkan. Semoga dapat melayari portal MPP dengan gembira selepas ini. Sebarang cadangan penambahbaikkan boleh diemailkan kepada Jabatan Penerbitan, Informasi & Multimedia iaitu saudari Norsarah binti Mohd. Temiri.
( Sarah84_mpputhm@yahoo.com) .
16.

Keprihatinan

email to someoneprinter friendly
Wednesday 05 March 2008 - 15:59:59

Posted by mppadmin  :: 
Salam kepada MPP SESI 2007/08.

Saya James Wong, ingin mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan berkaitan isu kebajikan mahasiswa demi kebaikan bersama warga UTHM.

1. ISU KESELAMATAN DI MAKMAL - Adalah sesuatu yang cukup mendukacitakan apabila saya sebagai pelajar kanan FKAAS mendapat tahu 2 org pelajar tahun akhir diploma telah ditimpa kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan di makmal kayu. Lebih teruk lagi, seorg drpdnya hampir putus paha dan seorg lagi retak pergelangan kaki kerana incident mesin makmal yang jatuh drpd forklif. Saya difahamkan seorg technician sedang memandu forklif ini dan 2 pelajar terbabit diminta untuk menahan mesin (yang berat dan bulky) drpd terjatuh TANPA sebarang perhatian terhadap keselamatan! PERSOALANNYA ialah, apakah seseorg pelajar boleh diarah oleh seorg technician (atau pensyarah) untuk melakukan kerja-kerja sebegini di makmal? Ini bukan kerja kita dan kita harus tahu, HAK kita sebagai pelajar adalah untuk dibantu dan dibimbing utk menjalankan amali di makmal, bukan melakukan "kerja" di makmal! Sudah masanya perbincangan secara serius dijalankan untuk memastikan pensyarah dan technician adalah telus utk melaksanankan tanggungjawab mereka dlm mendidik mahasiswa. Balik kepada persoalan saya, saya berharap, pihak yang bertanggungjawab dalam incident ini akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, MPP perlu memainkan peranan. Jika Technician, pensyarah, ketua makmal atau DEKAN yang perlu bertanggungjawab, maka pastikan mereka ini perlu memikul tanggungjawab ini. Jangan ada kompromi dan "tutup kes", kerana setakat ini, kes ini adalah dirahsiakan daripada pengetahuan umum pelajar! Saya amat KECEWA dengan incident ini.

2. MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR - Dalam kesempatan ini, saya amat berharap MPP sekarang akan lebih berani dalam berdepan dengan HEP. Ingat, kita harus bekerja untuk mahasiswa dan bukannya dengan HEP. Kita sebenarnya tidak bekerja untuk HEP tetapi hanya bersama-sama dengan HEP untuk memastikan aktiviti pelajar berjalan lancar di universiti. Kepada YDP, saya berharap saudara akan lebih yakin dalam mengetengahkan sebarang isu. Kepada Jabatan Perundingan dan Pengaduan Awam, dekatkanlah diri anda dengan pelajar dan juga setiap PTJ. Saya akan sentiasa menyokong agenda dan perjuangan MPP jika ianya adalah berpaksikan kepada kebajikan mahasiswa dan universiti.

3. PROGRAM DAN AKTIVITI PELAJAR - Saya melihat seolah-olah HEP terlalu mengongkong aktiviti pelajar pada semester ini. Saya berharap MPP akan cuba membawa isu ini untuk dibincangkan dengan TNC HEPA tentang kewajaran had 4 program untuk setiap kelab dan persatuan setahun. Jika berterusan begini, saya yakin, banyak kelab akan kurang aktif dan menjadi tidak bermaya. Saya begini mengenangkan tahun-tahun sudah (2005,2006,2007) bila tiap-tiap minggu terdapat pelbagai aktiviti pelajar yang boleh disertai.

4. ISU WIRELESS - Saya berharap MPP akan meng-follow-up perkhidmatan wiressless ini dari semasa ke semasa dengan Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Jika ada penaiktarafan service, cuba sampaikan kepada kepada pelajar agar tidak menjadi idu. Saya faham isu ini tidak mungkin selesai, tetapi jika kita sebagai MPP dapat mengurangkan polemik isu ini di kalangan pelajar, bukankah ia lebih baik? Kerana saya yakin, tidak ramai pelajar di luar sana yang peka terhadap apa yang telah MPP usahakan.

5. ISU MESIN RO - Sebelum saya bersara, saya telah diyakinkan oleh HEP unit perumahan tentang kelulusan tender bagi menempatkan lebih banyak mesin RO di KK Tun Fatimah, KK TDI, KK TSN, KK Perwira dan KK Melewar. Saya berharap MPP akan meng-follow-up perkara ini secepat mungkin. Begitu juga dengan tender untuk menempatkan kedai makan cina (halal) di kawasan kampus.

Akhir kata, teruskanlah berjuang untuk memastikan yang terbaik untuk mahasiswa dan universiti. Saya sedia untuk dihubungi bagi membincangkan isu-isu yang dikemukakan di talian 016-8580899. Terima kasih.
[Submitted by Wong Siew Hung]


 














1.  Sememangnya isu keselamatan di makmal merupakan isu yang hangat dan telah diperdebatkan di dalam mesyuarat MPP sejurus selepas kejadian kes kemalangan yang membabitkan pelajar yang membabitkan kecuaian staf. Pihak MPP telah merangka tindakan yang boleh di ambil oleh pihak MPP berkenaan isu ini. Pihak MPP juga kesal kerana kemalangan ini telah mengakibatkan kecederaan kepada 2 pelajar terbabit berdasarkan faktor kecuaian daripada pihak staf makmal tersebut. Sememangnya tindakan mengarahkan pelajar tersebut untuk menolong memindahkan mesin tersebut  merupakan satu kesalahan kerana tugas pelajar hanyalah menjalankan amali di makmal iaitu belajar sahaja. Tugas memindahkan barang merupakan tugas pembekal dan juruteknik makmal. Pensyarah pula sebagai pengajar. Memandangkan kemalangan telah berlaku pihak MPP sedang mengusahakan tentang kebajikan pelajar tersebut. Kami telah di yakinkan oleh pihak HEP urusan insurans sedang diuruskan dan hanya perlu menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital sahaja untuk proses seterusnya. Pihak universiti juga telah membantu membayar kos pembedahan melalui tabung wang ihsan selain daripada sumbangan melalui budibicara pihak atasan universiti dalam meringankan kos pengurusan pelajar tersebut dalam tempoh ini seperti kos perjalanan ulang alik ke hospital.  Pihak MPP pula telah mengambil inisiatif dengan menghantar wakil MPP melawat mangsa di hospital dan juga telah mengutip derma kilat untuk disumbangkan kepada pelajar tersebut. Pihak MPP juga telah menelefon keluarga mangsa beberapa kali untuk bertanya khabar dan perkembangan kesihatan pelajar tersebut. Pihak MPP juga sedang mengusahakan status akademik pelajar tersebut dan akan sentiasa memerhatikan perkembangan kes ini.

2.  Terima kasih atas keprihatinan saudara Wong Siew Hong berkenaan dengan perjuangan MPP. Sememangnya kami sentiasa berani untuk berhadapan dengan HEP berkaitan dengan kebajikan pelajar selagi perjuangan tersebut adalah rasional dan relevan demi kebajikan mahasiswa. Memandangkan saudara merupakan mantan MPP dan pernah berkhidmat selama dua tahun untuk kebajikan pelajar maka sememangnya pengalaman saudara pastinya amat luas dan berguna untuk kami. Sememangnya daripada saya sendiri sepanjang 6 bulan memegang Jabatan Perundingan & Pengaduan Awam merupakan satu cabaran kepada pendatang baru seperti saya dan juga  keseluruhan ahli MPP yang kesemuanya merupakan muka baru. Kemungkinan pendekatan kami berlainan dengan saudara dalam beberapa hal dan isu.  Kami akan melihat dan mempelajari daripada pengalaman saudara dan akan menajdi pengajaran kepada saya untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan saya dalam Jabatan ini berdasarkan prestasi saudara ketika memegang exco ini. Terima kasih atas nasihat saudara.  

3. Berkaitan dengan program dan aktiviti pelajar, penerangan dan mesyuarat antara HEP bersama wakil kelab yang juga telah disertai oleh wakil MPP telah diadakan tentang pemberitahuan perubahan dan kewajaran had 4 program dengan peruntukan sebanyak RM8000.00 setahun. Motif utama dasar tersebut adalah untuk membolehkan pengurusan kelab berdikari untuk mencari penajaan sendiri dan tidak berharap kepada peruntukan universiti semata-mata. Berdasarkan perbincangan tersebut tiada bantahan daripada mana-mana kelab setelah diberikan penerangan tentang kewajaran tersebut. Walaubagaimanapun pihak MPP sedia untuk berunding sekiranya dirasakan perubahan tersebut membawa kesan negatif terhadap aktiviti pelajar. Dan ini memerlukan komitmen dan sokongan daripada semua kelab untuk mengetengahkan isu tersebut untuk pihak MPP berbincang dengan TNC HEPA. Sebarang komen mengenai isu ini sila emailkan kepada saya secepat mungkin untuk dibincangkan bersama kabinet MPP yang lain. (fadzil_mpputhm@yahoo.com).

4.  Daripada kami MPP sememangnya isu wireless merupakan jumlah aduan kedua terbanyak berdasarkan statistik aduan terbuka kami. Kami sentiasa meng-follow-up perkhidmatan ini. Perjumpaan bersama Pusat Teknologi Maklumat sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. Jawapannya secara jelas mengenai perbincangan dan permasalahan isu wireless bolehlah merujuk kepada maklumbalas no.3 ( page 8) dalam paparan maklumbalas SACAM.

5.Pihak MPP sentiasa meng-follow-up tentang perkhidmatan mesin RO Water. Merujuk kenyataan saudara Wong Siew Hung, sememangnya HEP unit perumahan sememangnya telah mengeluarkan tender untuk menambah bilangan RO Water iaitu sebanyak 2 buah di KK Perwira dan sebuah di KK Tun Dr. Ismail. Tetapi beberapa masalah telah terjadi iaitu tender yang dikeluarkan adalah kepada pembekal lama iaitu pemilik mesin RO water di KK Perwira dan KK TSN. Berdasarkan tender tersebut pihak pembekal tersebut sepatutnya menambah bilangan mesin RO Water berdasarkan kontrak yang telah dilanjutkan bermula dari tarikh 1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2008 dengan pertimbangan daripada pihak universiti untuk mengurangkan kadar penyewaan tapak kepada pembekal terbabit. Pihak universiti sedang menunggu laporan daripada pihak yang bertangunggjawab berkenaan isu RO Water, sekiranya pihak pembekal masih tiada pergerakan perkembangan seperti yang sepatutnya dan terus ingkar maka pihak universiti mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak pembekal terbabit dan mencari pembekal lain. Daripada pihak MPP kami sentiasa akan terus berhubung dengan pihak HEP unit perumahan untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan. Oleh kerana pihak HEP unit perumahan tidak meletakkan tarikh sasaran kerana ianya membabitkan prosedur pemberian tender maka pihak MPP sedaya upaya akan cuba memastikan masalah ini diselesaikan secepat yang mungkin.  Berkenaan tender untuk menempatkan kedai makanan cina (halal)  di kawasan kampus masih  dalam proses dimana di jangkakan pada semester hadapan di tempatkan di kafeteria blok G. Kelewatan ini disebabkan proses kontrak antara HEP dengan pengusaha makanan cina (halal) tersebut mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

pehal kena tukar umah plak????

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:40:20

Posted by mppadmin  :: 
nape kna tukar umah???
menyusahkan je,brg nak antar balik..nanti datang nak kena bwk blik...pe nie...baik wat boleh siimpan brg je kat umah..tak pun wat lah duk umah tue sampai abis taun trus...kan senang kan...huhuhuhu
[Submitted by asu]

 


Berhubung dengan persoalan saudara/saudari mengapa pertukaran rumah berlaku di antara semester 1 dan semester 2 dan mengapa barang tidak boleh simpan di dalam rumah di sebabkan oleh beberapa masalah yang timbul iaitu :-

1)        Ketika cuti semester pihak kolej kediaman akan melaksanakan proses pembersihan bilik. Oleh kerana itu ianya memerlukan bilik tersebut dikosongkan.
2)        Pihak kolej kediaman juga menerima tempahan bilik daripada pelajar yang mengadakan program dan aktiviti ketika cuti.
3)        Pihak kolej kediaman juga menerima tempahan penyewaan daripada pihak luar seperti atlet sukan daripada IPTA yang lain dan oleh kerana itu pihak kolej kediaman perlu memastikan bilik dikosongkan dan di bersihkan.
4)        Isu keselamatan barang kerana pihak kolej kediaman akan membenarkan pekerja perkhidmatan pembersihan masuk ke rumah untuk kerja-kerja pembersihan.
5)        Persediaan untuk kemasukan pelajar baru dengan penstrukturan semula rumah untuk pelajar senior dan junior yang baru masuk.

Berkenaan isu ini, pihak MPP mengalu-alukan cadangan yang bernas daripada mahasiswa sekiranya mempunyai idea bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Emailkan kepada saya fadzil_mpputhm@yahoo.com.


Masalah Penetapan supervisor secara terus oleh fakulti

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:40:07

Posted by mppadmin  :: 
Assalam.
Saya mahasiswa bakal berdepan dengan cabaran PSM di tahun 4 pada sems depan. Isu yang saya cuba bawa adalah, mengenai penetapan supervisor secara terus oleh fakulti yang telah dilaksanakan oleh FKEE. Masalah yang wujud disebabkan oleh penetapan secara rambang ini adalah, segelintir pelajar merasakan bidang kajian pensyarah tersebut adalah diluar "minat" pelajar dibawah pengawasan penyarah tersebut. Keadaan ini menyebabkan segelintir pelajar merasakan akan tidak dapat perform dalam PSM mereka disebabkan terdapat pensyarah yang mereka perolehi tidak dapat membantu secara terus akan tajuk pelajar sendiri menyebabkan pelajar terpaksa memilihi tajuk yang dicadangkan oleh penyarah.
Keadaan ini menwujudkan situasi yang kurang dalam hubungan antara supervisor dan pelajar. Oleh yang sedemikian, saya mencadangkan agar fakulti untuk mengadakan suatu perjumpaan dahulu bersama pelajar dan kemudian pelajar diberi peluang pertama untuk memilih supervisor yang mereka agak senang dengannya. Jika ada pelajar yang tidak mempunyai arah tuju, barulah fakulti mengambil langkah untuk mencadangkan kepada pelajar tersebut pensyarah yang masih kekosongan. Saya berharap, perkara ini akan mendapat perhatian daripada mpp dan segala proses perundingan akan dijalankan sebelum pelajar mendaftar masuk pada awal sems ini. Sekian terima kasih
[Submitted by riyaz]

 



Masalah majoring

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:39:52

Posted by mppadmin  :: 
Assalam.
Saya merupakan mahasiswa bakal tahun akhir fakulti FKEE. Isu yang saya cuba bawa adalah berkaitan dengan penukaran subjek majoring pada tahun 4 yang telah diisi borangnya pada ketika kami di tahun 2. Walaupun, saya sendiri pernah berjumpa dengan En Esa (pen. pendaftar) dan timbalan dekan (akdemik) , Prof Siti Hawa berkaitan dengan perkara diatas, namun tiada tindakan balas seperti yang telah dijanjikan ada diadakan suatu perjumpaan bersama pelajar pada "masa terdekat". Oleh yang sedemikian, saya memohon pihak MPP untuk membantu kami mahasiswa/i bakal tahun 4 untuk berjuang menukarkan bidang majoring kepada yang berkaitan. Perkara ini perlu dilakukan dengan SEGERA memandangkan perkara ini ada sangkut paut dengan pendaftaran matapelajaran sems 1 tahun 4. Diharapkan perkara ini akan mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak MPP. Sekian Terima kasih.

Riyaz.
[Submitted by riyaz]

 



luahan perasaan....

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:39:02

Posted by mppadmin  :: 
salam,saya nak bagi tau sikit.kenapa universiti ni melayan pelajar-pelajar macam pelajar sekolah dan kenapa kemudahan yang disediakan tidak boleh digunakan oleh pelajar. Bayar yuran untuk kemudahan tapi x dpt guna.terasa mcam belajar di sekolah asrama.suma kena pantau pastu kena kongkong.lagi satu kenapa pengurusan kat sini sangat lemah.walaupun universiti baru sepatutnya pihak u kena berusaha untuk memperbaiki kelemahan tetapi malangnya usaha tersebut tiada.sepatutnya kite mencontohi universiti yang lain supaya membenarkan dan menyokong segala usaha pelajar untuk beraktiviti tetapi malangnya disini tiada.
[Submitted by arfezz85]

 








Waalaikummussalam.... pihak MPP memandang serius sekiranya pihak pengadu mengatakan yuran yang di bayar tidak setimpal dengan kemudahan yang disediakan.  Pihak MPP berharap pengadu memperincikan maksud kemudahan yang tidak boleh digunakan dan ayat “ sume kena pantau” dan aktiviti yang dikatakan tidak dibenarkan dan tiada sokongan daripada pihak universiti. Tanpa perincian pihak MPP tidak dapat mengajukan permasalahan tersebut. Kami akan menyokong pelajar selagi ianya untuk kebajikan dan kebaikan pelajar. Sekiranya pihak pengadu risau mengenai isu keselamatan peribadi pengadu, pihak MPP akan merahsiakannya. Komen-komen mahasiswa seperti anda sememangnya digalakkan dalam memajukan visi dan aspirasi universiti. Sekian, terima kasih.

“ PENGGERAK AGENDA MAHASISWA”

new idea

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:38:32

Posted by mppadmin  :: 
tiba2 ja terlintas nk bg idea.
1-mintak wat tempat pam angin.reasonnya mcm yg kita tgk,stesen minyak smua x bleh pkai..y not kita wat khs utk student.kesian t'utama org yg nek basikal.then bg gak org rsa cmna nk pam angin(sbb ada bdk yg xtau nk pam angin tyr lg)

2-mintak wat parking b'bumbung utk student tdi n tf.sbb kt tsn dh ada.so blh la mintak.hbs rsk kenderaan2 student

3-bg aku,utk memeriahkan lg pesta konvo,buat pertandingan memancing kt tsik blkg ni.mintak la permisyen cmna pn.janji dpt.then,utk dptkan ikan mintak ja pusat memancing mn2 sponsor.x pn wat integrated ngan LKIM(lembaga kemajuan ikan m'sia) @ institut pertaniank ka or yg sama waktu dgnnya..

tu ja kot...
ada idea aku boh lg

[Submitted by highway]

 







1.         Segala cadangan penambaikkan kemudahan yang dicadangkan akan diperbincangkan dan diajukan kepada universiti. Tetapi untuk penjelasan kebiasaannya penyediaan kemudahan baru akan mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur sebelum diluluskan dan juga proses tender, pelaksanaan dan penyelenggaraan. Terima kasih kerana memberi cadangan yang bernas.

2.     Segala cadangan penambaikkan kemudahan yang dicadangkan akan diperbincangkan dan diajukan kepada universiti. Tetapi untuk penjelasan kebiasaannya penyediaan kemudahan baru akan mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur sebelum diluluskan dan juga proses tender, pelaksanaan dan penyelenggaraan. Terima kasih kerana memberi cadangan yang bernas.

3.    Cadangan anda sememangnya sudah ada di dalam perancangan tentatif Pesta Konvokesyen UTHM kali ke-15 pada bulan Ogos ini. Tempat pertandingan memancing tersebut sekiranya jadi akan diadakan di tasik berdekatan JKR di dalam UTHM.  Terima kasih kerana memberi cadangan yang menarik ini.

pengawal

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:38:20

Posted by mppadmin  :: 
nak tanya, kenapa pengawal di uthm terlalu ramai.padahal kita tak perlukan ramai pengawal.tapi takder keje...
[Submitted by arfezz85]

 








Berhubung dengan aduan sdra/sdri mengenai persoalan tersebut, melalui perbincangan dengan Ketua Keselamatan Bahagian Keselamatan UTHM, Kapt. (B) Yusoff Bin Romli, sememangnya beliau menjelaskan bahawa staf keselamatan yang ada adalah berdasarkan keperluan universiti. Berdasarkan andaian beliau, pengawal yang dikatakan sebagai ramai hanya terjadi pada waktu pertukaran syif di mana pada ketika itu kesemua pengawal mungkin kelihatan berkumpul bersama-sama. Dan melalui ayat anda kami merumuskan anda lebih memaksudkan pengawal yang kelihatan bersantai atau tiada kerja. Beliau memandang berat aduan tersebut sekiranya benar dan beliau menjelaskan pihaknya sentiasa memantau prestasi kerja pengawal-pengawal keselamatan di UTHM. Sekiranya terdapat aduan, pengadu boleh secara terus megadu kepada beliau di pejabat keselamatan di kampus induk. Sekiranya pengadu berasa bermasalah untuk berurusan dengan pihak keselamatan, pengadu juga boleh menghubungi saya secara terus (Fadzil- 013701105) untuk saya menjadi orang tengah berkenaan dengan apa-apa aduan. Sekiranya boleh aduan perlulah cepat dan disertakan dengan apa-apa bukti atau hujah yang kuat untuk memastikan aduan tersebut mendapat respon yang positif. 

komen

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:38:05

Posted by mppadmin  :: 
pengawal di uthm lebih besar dari pensyarah yang ader PHD.selalu menyibuk hal pelajar.perkara yang remeh diperbesar2kan.kalau keadaan ni berlaku pelajar yang ada di dalam kampus mesti tertekan.
[Submitted by arfezz85]

 








Melalui perbincangan  dengan Ketua Keselamatan Bahagian Keselamatan UTHM, Kapt. (B) Yusoff Bin Romli, aduan daripada anda adalah bersifat tuduhan secara melulu tanpa sebarang bukti untuk di ambil tindakan. Sekiranya boleh selepas ini sebarang perselisihan faham antara mahasiswa dan pengawal keselamatan, pihak beliau mengalu-alukan untuk perbincangan dua hala untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul. Saya daripada wakil MPP juga sedia membantu untuk menjadi orang tengah diantara pelajar dan pihak keselamatan. Saya juga berjanji untuk menyokong mana-mana pelajar yang terasa dianiayai oleh pihak keselamatan selagi kebenaran berpihak kepada pelajar. Ingatlah perjuangan mahasiswa merupakan perjuangan MPP juga.

“ PENGGERAK AGENDA MAHASISWA”


parking

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:37:48

Posted by mppadmin  :: 
sediakan parking motor berbumbung dekat kampus bandar...ujan panas motor kami gak..
[Submitted by asu]

 








Segala cadangan penambaikkan kemudahan yang dicadangkan akan diperbincangkan dan diajukan kepada universiti. Tetapi segala cadangan akan diperhalusi terlebih dahulu samaada diluluskan atau tidak bergantung kepada sesuatu situasi dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti tempat, bajet dan lain-lain faktor teknikal. Tetapi untuk penjelasan kebiasaannya penyediaan kemudahan baru sekiranya lulus akan mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur sebelum diluluskan dan juga proses tender, pelaksanaan dan penyelenggaraan. Terima kasih kerana memberi cadangan yang bernas.


WIFI Slow

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:37:29

Posted by mppadmin  :: 
Salam. Wifi kt UTHM nie rase2 da sebulan lbh mcm idop segan mati x mau. Bkn x dpt signal or signal putus,tp mcm gitula lbh kurang prasaannye.Cube try la cek klu nk rs mcm mane.Sy da 2 kali anta aduan kt PTM tp xde reply. Harap ambil tindakan segera. Trima kaseh.

p.s: sy dok kt TDI
[Submitted by beelunn]








Waalaikummusalam........ Daripada pihak MPP , kami akan melakukan pemantauan terhadap perkhidmatan ini . Dan kami ingin meminta cadangan daripada mahasiswa khasnya pengguna WIFI untuk mencadangkan kawasan yang sering berlaku masalah berkenaan konsistensi wireless untuk pihak MPP mengajukan cadangan penambahan antena WIFI untuk menampung jumlah pengguna yang banyak di sesuatu kawasan rangkuman WIFI kepada Pusat Teknologi Maklumat. PTM juga mencadangkan kepada mahasiswa yang berada di kolej-kolej kediaman menggunakan alternatif yang disediakan sekiranya berlaku gangguan WIFI iaitu pihak PTM telah menyediakan makmal komputer untuk digunakan mahasiswa.   Sekiranya ”server down” langkah awal mahasiswa boleh menelefon terus ke Unit Penyelengaraan PTM iaitu di nombor 074537292. Jawapannya secara jelas mengenai perbincangan dan permasalahan isu wireless bolehlah merujuk kepada maklumbalas no.3 ( page 8) dalam paparan maklumbalas SACAM.


bekalan elektrik

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:37:02

Posted by mppadmin  :: 
jm 3 dalam umah hanya de bekalan elektrik kat bawah je...susah lah camnie
[Submitted by asu]

 






Pihak MPP mengharapkan mahasiswa yang menghuni kolej kediaman sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang di hadapi kolej kediaman terlebih dahulu membuat aduan kepada biro pengaduan awam Jawatankuasa Kolej Kediaman masing-masing terlebih dahulu. Sekiranya masih tiada respon atau tindakan daripada sana, barulah diajukan kepada kami. Kerana permasalahan yang membabitkan kolej kediaman di bawah peranan Jawatankuasa Kolej Kediaman. Pihak MPP akan membantu sekiranya permasalahan tersebut tidak dapat diselesaikan pada peringkat tersebut. Tetapi untuk aduan ini, kami akan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Kolej Kediaman Melewar. Saya akan emailkan kepada anda selepas mendapat penjelasan daripada pihak berkenaan. Sekian, terima kasih.

wifi bg laju skit

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:36:18

Posted by mppadmin  :: 
name je wifi tapi tak pape
slow je pun cam kura2
[Submitted by asu]

 





Berhubung dengan aduan ini, daripada pihak MPP , kami akan melakukan pemantauan terhadap perkhidmatan ini . Dan kami ingin meminta cadangan daripada mahasiswa khasnya pengguna WIFI untuk mencadangkan kawasan yang sering berlaku masalah berkenaan konsistensi wireless untuk pihak MPP mengajukan cadangan penambahan antena WIFI untuk menampung jumlah pengguna yang banyak di sesuatu kawasan rangkuman WIFI kepada Pusat Teknologi Maklumat. Sekiranya ”server down” langkah awal mahasiswa boleh menelefon terus ke Unit Penyelengaraan PTM iaitu di nombor 074537292.

aduan untuk buat parking kereta berbumbung kat melewar bg kereta

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:35:58

Posted by
mppadmin  :: 
kereta selalu kotor
panas

[Submitted by asu]

 





Segala cadangan penambaikkan kemudahan yang dicadangkan akan diperbincangkan dan diajukan kepada universiti. Tetapi segala cadangan akan diperhalusi terlebih dahulu samaada diluluskan atau tidak bergantung kepada sesuatu situasi dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti tempat, bajet dan lain-lain faktor teknikal. Tetapi untuk penjelasan kebiasaannya penyediaan kemudahan baru sekiranya lulus akan mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur sebelum diluluskan dan juga proses tender, pelaksanaan dan penyelenggaraan. Terima kasih kerana memberi cadangan yang bernas.








aktiviti bg byk skit

email to someoneprinter friendly
Tuesday 06 May 2008 - 20:36:37

Posted by mppadmin  :: 
bg byk aktiviti luar kuliah
aktiviti mpp wat tak nampak pun
ade wat ke?student tak tau pun
[Submitted by asu]

 







Berkaitan persoalan saudara/ saudari berkaitan aktiviti MPP. Aktiviti MPP sememangnya padat, kami terikat dengan kewajipan untuk mengikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai wakil untuk membawa suara mahasiswa UTHM. Selain itu diperingkat dalaman kami mengfokuskan untuk menyelesaikan isu-isu semasa kampus yang membabitkan kebajikan pelajar. Saya ingin menjelaskan situasi MPP sesi kali ini, dengan kekuatan sebanyak 18 ahli MPP dan di tambah dengan kemasukan 2 senator baru-baru ini maka untuk penganjuran aktiviti-aktiviti dan program-program MPP, terpaksa kami  bataskan. Sekiranya perbandingan dibuat dengan MPP sesi 2006/2007, MPP sesi tersebut mempunyai kekuatan sebanyak 28 orang  maka sudah pastilah sekiranya perbandingan ini dibuat maka adalah kemungkinan lebih banyak program dan aktiviti yang dilakukan  ketika itu. Walaubagaimanapun pihak MPP sesi ini berusaha keras untuk mencapai prestasi seperti MPP sebelum ini, hasilnya kini sehingga bulan Mei, kami telah berjaya menganjurkan program PC FAIR, Aktiviti Turun Padang MPP bersama Mahasiswa, Majlis Dialog Mahasiswa, Program EMAS (Sahsiah), Program Pembangunan Jatidiri Kolej Matrikulasi Johor dan pada 30 Mei ini pula, satu  program sedang dalam proses perancangan iaitu  Program Malam Bersama Pemimpin. Berkaitan pelajar tidak tahu atau tidak maklum, pada setiap program/aktiviti, promosi dan publisiti sudah dilakukan dan pelajar perlu sentiasa peka dengan hebahan mengenai  program-program MPP. Walaubagaimanapun, saya akan mengambil komen sdra/sdri sebagai kayu pengukur aras yang menunjukkan kemungkinan publisiti untuk program MPP mempunyai kelemahan yang masih perlu diperbaiki. Saya akan mengusulkan di dalam mesyuarat MPP mengenai komen anda supaya penambaikkan hebahan program MPP seterusnya akan lebih berjaya dengan harapan setiap pelajar akan mendapat tahu mengenai segala perjalanan MPP. Terima kasih atas komen anda. Sebarang kemusykilan email kepada saya, fadzil_mpputhm@yahoo.com. Sebelum terlupa saya ingin membuat hebahan mengenai Aktiviti Turun Padang MPPUTHM Bersama Mahasiswa Fasa 11 di bawah kelolaan saya yang di jangka akan dilakukan pada bulan Julai atau Ogos. Tarikh tepat akan dimaklumkan kembali. Tempatnya adalah di setiap perhentian menunggu van@bas kolej kediaman, kampus bandar dan dataran anggerik, pelajar boleh membuat aduan secara bersemuka dan bermesra dengan MPP yang dibahagikan mengikut kawasan. Dapatkan button badget secara percuma yang bertulis “ We Love UTHM” daripada MPP tersebut. Semoga anda berpuashati dengan perkhidmatan kami.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment