Ucapan Dasar Presiden: Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Malaysia
10.30 pagi, 21 Mac 2010
Dewan Senate UniKL, Kuala Lumpur
“Menakhodai Perubahan Generasi Dalam Mengekalkan Kedaulatan Negara Bangsa”
Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
1. Pertamanya, saya ingin memanjat kesyukuran kepada Illahi kerana telah memberi kesempatan dan peluang untuk kita semua bersama memilih dan memberikan mandat kepada barisan kepimpinan Alumni Aspirasi yang baru untuk terus melaksanakan dan bekerja bersama-sama kita semua dalam memenuhi tujuan penubuhan yang termaktub di dalam Pelembangaan kita. Saya secara peribadinya ingin mengucapkan ucapan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan saudara/saudari dalam memberikan peluang kepada saya untuk menakhodai dan memimpin bahtera perjuangan yang penuh signifikan ini dan amat bererti buat kita semua, tambahan pula ‘arah-atur kemudi perjuangan’ ini didokong bersama-sama dengan barisan jawatankuasa yang boleh saya sifatkan ‘cross-multidiscipline’ gabung tenaga pelbagai latarbelakang akademik di universiti yang berbeza serta pengalaman memimpin di dalam suasana yang agak berbeda dari segi ideologi-politik semasa negara. Pada hemat saya juga barisan jawatankuasa ini penuh komited dan bersungguh-sungguh dalam memastikan amanah yang diberikan oleh saudara/saudari ditunaikan sebaiknya.
2. “Menakhodai Perubahan Generasi Dalam Mengekalkan Kedaulatan Negara Bangsa” merupakan tema dalam mesyuarat agong tahunan kita pada kali ini dan ia juga merupakan akar nadi dan tunjang utama kepada inti-pati ucapan saya pada pagi ini.
PERUBAHAN GENERASI – KEDAULATAN NEGARA BANGSA
3. Hampir kita semua yang hadir pada hari ini, telah menempuhi fasa kehidupan tidak kurang daripada 20 ke 30 tahun tempohnya, kita telah melalui suatu tempoh kehidupan yang begitu subjektif untuk ditafsirkan oleh akal-fikir, namun yang pastinya terdapat ombak-ombak kecil membadai pelayaran tersebut dan hari ini telah menjadikan kita tabah dan kuat untuk terus tekad meneruskan perjalanan kehidupan sebagai khalifah Allah dimuka bumi.
4. Setiap hari kita meningkat dari segi kematangan dan usia, Kita berubah dari satu generasi ke satu generasi, dari generasi kanak-kanak kepada generasi muda remaja sekolah belasan tahun kemudian kita berubah kepada generasi muda Mahasiswa/Mahasiswi, setelah memperolehi segulung ijazah dan diploma, kita berubah kepada generasi muda perkerjaan ‘young profesional’ dan kemudian kebanyakan daripada kita sudah ke arah generasi muda berkeluarga ‘young parent’, kita akan terus berubah dan berubah, beranjak generasi mengikut fasa – fasa yang tertentu samada ‘slow pace’ ataupun ‘fast pace’.
5. Setelah mencapai kemerdekaan Negara kita telah ditadbir dan diuruskan melalui pelan perancangan indikatif dan sistematik , Setakat ini Kerajaan telah mengeluarkan 3 – Rangka Rancangan Jangka Panjang, 10 – Rancangan Lima tahun dan 10 – Kajian Semula Rancangan Lima Tahun. Kita juga sedang dan telah melalui fasa-fasa melalui 3 dasar utama Negara iaitu; Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990 ; Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991-2000; Dasar Wawasan Negara (DWN), 2001-2010; Selain daripada Pelan dan Dasar ini, Kerajaan juga telah melancarkan Wawasan 2020 (1991-2020) yang di dalamnya terkandung matlamat pembangunan yang hendak dicapai menjelang tahun 2020. Dan seterusnya sedikit masa lagi kita bakal berdepan dengan cabaran Model Ekonomi Baru yang pasti mengubah gaya kehidupan kita ke arah masyarakat berpendapatan tinggi.
6. Apa yang saya singkapkan tadi merupakan suatu pandangan menyeluruh untuk membawa saudara/saudari melihat apakah sebenarnya masalah pokok ‘root of problem’ dalam kita semua mengetahui dimana kita ‘where we are’ dan bagaimana kita berperanan ‘how we can play our role’ dalam memastikan bahtera yang kita kemudi ini tidak ketinggalan dalam persaingan dunia tanpa sempadan bagi membolehkan kita sama-sama menjaga nasib pejuang-pejuang aspirasi yang berjuang bermati-matian di universiti dahulu dalam mempertahankan kedaulatan Negara Bangsa.
HALATUJU ASPIRASI
7. Mereka ini boleh kita katakan sebagai ‘The Un-Sang Heroes’ – wira – wira yang tidak pernah didendangkan; kita semua sedar dan insaf, semua antara kita telah berjuang di universiti atas tiket aspirasi, memenangkan calon-calon aspirasi dengan penuh keringkat dan adakala air mata mencurah ke bumi, tiada siapa yang tahu hanya kerana mahukan universiti kita aman dan rakan-rakan mahasiswa memahami dengan jelas dasar kerajaan serta seterusnya memberikan impak positif terhadap sosio-politik Negara yang kita sayangi.
8. Namun sekarang isu yang timbul – yang menentang diberi peluang, yang menyokong dimana salahnya sehinggakan mereka dibiarkan mengganggur tanpa pembelaan pihak kerajaan yakni pihak Barisan Nasional khususnya UMNO. Bukan isu rakan aspirasi kita memilih perkerjaan atau ‘demand’ gaji tinggi, atau tiada kelayakan setaraf dengan jawatan yang dipohon. Isunya- tiada perancangan yang tetap dan berterusan dalam menyelesaikan kemelut utama ini hingga ke akar umbi.
9. Oleh hal demikian, atas kemahuan dan pandangan ramai pihak yang saya temui, saya dengan ini mengumumkan isu pembasmian pengangguran ahli aspirasi akan menjadi halatuju utama persatuan kita dalam tempoh 2 tahun (2010-2011) dan ia akan juga menjadi KPI utama bagi jawatankuasa ini. Sebuah program kempen pengangguran sifar ‘Zero-Unemployment’ di kalangan ahli aspirasi akan dilaksanakan di bawah Biro Jaringan Industri, Kerjaya dan Antarabangsa dan biro ini akan diterajui oleh seorang Naib Presiden kerana ia merupakan isu yang kritikal dan perlu ditangani sebaiknya. Mereka perlu membentangkan laporan setiap dapatan melalui database yang diperolehi daripada setiap universiti pada setiap kali Mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan 2 bulan sekali.
10. Mahu tidak mahu, kita harus mengakui hakikat bahawa sokongan mahasiswa di universiti awam terhadap kumpulan aspirasi semakin menurun dan adakala amat mengusarkan kita dan pimpinan negara, walaupun tahun ini kita telah dikhabarkan aspirasi masih memenangi semua universiti namun hanya yang terlibat sahaja yang mengetahui sejauhnya kebenaran tersebut. Manakala episod IPTS pula lain ceritanya, gerakan kumpulan pembangkang telah mula bertapak semenjak 3 ke 4 tahun yang lepas, suara aspirasi di IPTS hanya sayup-sayup kedengaran, kadang kala apabila angin bertiup kencang langsung tiada kedengaran. Justeru itu bagi memastikan kelangsungan kepimpinan aspirasi, halatuju kedua kita ialah dengan mengerakkan dan menambah kekerapan bagi program pengkaderan mahasiswa/mahasiswi universiti awam dan swasta yang mana ia akan dijalankan dibawah program bimbing dan jelas ‘guide and clarify’, ia akan dikendalikan dibawah Biro Pendidikan dan Latihan, yang mana biro ini juga akan diterajui oleh seorang Naib Presiden.
11. Halatuju ketiga ialah kita perlu menguatkan lagi hubungan kekeluargaan antara kita semua atas semangat ‘setia-kawan’ antara ahli-ahli aspirasi yang telah mendaftar berdasarkan peruntukkan perlembagaan persatuan. Ahli-ahli aspirasi juga perlu menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan perkembangan terkini isu-isu semasa Negara dan membolehkan ahli aspirasi menjadi jurucakap ‘agen bertindak’ kepada pihak kerajaan dalam menjelaskan pelbagai isu-isu yang sensitif dan penting bagi keselamatan kedaulatan negara bangsa.
12. Perjalanan menahkodai perubahan generasi dalam mengekalkan kedaulatan Negara bangsa ini bukan suatu perkara yang mudah dan pantas untuk mendapatkan keberhasilannya, ia tetap memerlukan suatu jangka masa ‘persistence’ yang akan ditentukan oleh Key Result Indicator (KRI) yang akan memandu Key Perfomance Indicator (KPI) berasaskan 3 halatuju yang telah saya gariskan tadi bagi tempoh 2 tahun mendatang, yang penting kita perlu bersama lakukan semua ini. Let’s do it together!
CABARAN: NILAI-NILAI ASPIRASI
13. Dalam memenuhi tuntutan halatuju yang digariskan tadi, pelbagai cabaran dan dugaan akan kita tempuhi bersama , namun usah gusar dan gentar kerana inilah adat resam perjuangan ‘No Pain No Gain’. Kita harus mempunyai nilai tersendiri dalam perjuangan kita bagi memastikan tagline persatuan kita ‘RACE FOR THE FUTURE’ akan tiba pada maknanya.
14. Nilai Pertama: Price ( Harga ) – kita sekarang persatuan baru pasti banyak constraint yang kita hadapi, jadi kita perlu bijak menggunakan apa yang kita punyai sekarang- seperti kedudukan,jawatan,networking dalam memastikan kita mampu menjalankan aktiviti persatuan dalam serba kekurangan. Nilai Kedua: Quality(Kualiti) – sebagai ahli aspirasi, kita harus menjadi ahli yang berkualiti dengan meluangkan masa dengan menyertai aktiviti dan aktiviti yang kita jalankan perlu dirancang dengan teliti dan hasilnya perlu tinggi nilainya supaya ia akan menjadi tarikan penyertaan untuk program berikutnya.
15. Nilai Ketiga: Support (Sokongan) – ahli aspirasi perlu melapangkan dada untuk terus menyokong sesama ahli aspirasi berbanding bukan ahli dalam apa sahaja bantuan yang diperlukan. Ahli aspirasi juga perlu menjadi ‘mata dan telinga’ kepada persatuan dalam menyampaikan maklumat kesusahan rakan aspirasi supaya persatuan boleh memikirkan bagaimana cara untuk membantu. Nilai Keempat: Reputation (Reputasi) – ahli aspirasi dan jawatankuasa perlu memastikan brand ‘Aspirasi’ terus menjadi pilihan utama di dalam hati semua mahasiswa/mahasiswi dan setiap graduan dalam mereka membuat keputusan platform mana yang ingin disertai. Demi memastikan kelangsungan ini, marilah kita semua berusaha secara synergy agar Aspirasi tetap dihati semua.
PENUTUP
16. Jika Aspirasi tidak memiliki nilai-nilai keunikan tersendiri kita akan dilihat tidak menarik dan ini akan menimbulkan kelemahan pada kita semua yang akhirnya akan merosakkan dan meruntuhkan sebuah rangkaian yang telah kita bina sedekad yang lalu. Percaya dan yakinlah dengan kemampuan persatuan kita, kita harus bangga menjadi anak muda yang menyertai kumpulan aspirasi yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri. Kita yang bangunkan aspirasi dan kita jugalah yang bertanggungjawab memastikan aspirasi ini terus mekar dan menjadi pilihan sejagat. Kita adalah ASPIRASI, Aspirasi adalah KITA.
17. “Apabila kita hendak melihat wajah Negara pada masa hadapan lihatlah generasi mudanya pada hari ini sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi tentunya negara itu pada masa hadapan sebuah negara yang aman dan makmur (baldatun toyyibatun wa rabbul ghafur) tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.”
18. Saya bagi pihak rakan-rakan jawatankuasa sekali lagi, ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan semua pihak dalam menjayakan mesyuarat agong pertama kita pada kali ini.
Berpatah arang dari berundur
Segala kekusutan akan digempur
Bekerja bersama satu keluarga
Sejahtera kehidupan seluruh warga
No comments:
Post a Comment