Subscribe:Posts Comments

Sunday, January 30, 2011

MAHASISWA UTHM JANGAN TERIKUT BUDAYA POLITIK KAMPUS LUAR

MAHASISWA UTHM JANGAN TERIKUT BUDAYA POLITIK KAMPUS LUAR

Beberapa pihak cuba bermain dengan isu-isu yang lapuk untuk meraih undi walaupun mereka sedar yang MPP aspirasi di seluruh Malaysia telah melakukan kerja mereka dengan baik. Mari kita menyorot kembali sejarah dunia politik kampus tanahair dan khususnya UTHM.

Isu melibatkan IDEALISME, FITNAH-MEMFITNAH, FLYERS HARAM,  seperti cuba di angkat saban masa kini di kampus UTHM. Dan setelah berlalu ia seperti menampakkan tahap kematangan yang jelas kalangan pemain-pemain politik kampus .

Mungkin benar kata orang krisis adalah bisnes, ia ada untung ruginya. Jika rasa bosan dengan permainan harian yang kurang menyerlah maka ciptalah satu krisis yang menampakkan kitalah heronya. Pasti sentiasa orang akan melihat kita di seksa, ataupun kita seorang yang ulung, Tanpa krisis mana mungkin pepsepsi terbentuk dari persekitaran yang biasa.

Pihak Pro-Aspirasi UTHM melihat perkara ini mula mengganggu gugat keharmonian kampus. Mahasiswa mula menampakkan ketaksuban terhadap ideologi sehingga tidak dapat menilai baik dan buruk. Walaupun pendekatan pihak Pro-Aspirasi terus dengan budaya tidak merendah-rendahkan atau memburukkan pesaingnya tetapi saban hari kami di serang di dalam Facebook dengan isu-isu yang remeh dan tidak releven. Pihak Pro-Aspirasi tegas untuk mengelakkan konfrontasi yang boleh menganggu gerak kerja kami melalui perancangan 365 Hari Tahun 2011/2012 bagi Sasaran Kerja Tahunan pimpinan Aspirasi melalui wakil-wakil MPP akan datang. Kami menumpukan untuk fokus kepada blue print menawan kampus UTHM dengan majoriti 100% ataupun mengekalkan 2/3 majoriti kerusi MPP. Dan paling penting adalah blue print untuk kebajikan mahasiswa 2011/2012 melalui manifesto-manifesto calon-calon yang menepati visi dan misi Pro-Aspirasi dalam menjaga kebajikan mahasiswa/i UTHM.

Melalui mesyuarat dalaman Pro-Aspirasi, beberapa ancaman telah dibentangkan dan digariskan akan diberikan perhatian segera. Pertama adalah ;

(1) Ancaman politik kotor ataupun reverse psikologi oleh pesaing. Iaitu undi simpati melalui isu yang dilakukan pesaing, tetapi Pro-Aspirasi akan disalahkan melalui sentimen keagamaan, perkauman dan lain-lain yang menganggu emosi mahasiswa/i. Unit penyelidikan Pro-Aspirasi telah membentangkan di peringkat nasional sememangnnya pesaing-pesaing telah menggunakan teknik reverse psikologi secara meluas. Beberapa contoh ;

Pada Pilihanraya kampus tahun 2008/2009, Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS dalam surau Akademi Pengajian Islam dalam kawasan Universiti Malaya. Motifnya sudah tentu terarah untuk menuduh Aspirasi. 

Di UKM pula, pada 11 Januari 2011, pihak Gagasan Mahasiswa UKM (Pro Mahasiswa UKM) telah menyatakan mereka telah difitnah dengan poster yang memburukkan bakal-bakal calon mereka . Sama seperti kes simbah cat di UIA, pihak yang dituduh mensabotaj adalah pihak Aspirasi. Atau apakah poster tersebut sengaja dibuat untuk mempopularkan bakal-bakal calon secara tidak langsung dan dalam masa yang sama meraih simpati dari mahasiswa?

24 Januari 2011, pejabat MPP UIA didapati disimbah dengan cat merah dan ada tulisan ‘f*ck’ dan ‘babi’ disembur dengan spray di atas dinding serta ada Poster-poster yang ditampal di sekitar UIA diconteng dengan tulisan ‘anti WUFI’. Belum tahu siapa yang melakukan kerja ini, Harakahdaily terus menyatakan pihak yang terlibat adalah mereka yang punyai "perasaan ‘kurang senang’ oleh pihak tertentu dengan prestasi yang memberangsangkan oleh MPP UIA yang diterajui oleh Pro-Mahasiswa" Harakah yang dapat dulu berita ini dan terus menuduh pihak yang bukan Pro Mahasiswa sebagai dalangnya. Bentuk tulisan yang sama, spray dengan warna yang sama dan cat warna yang sama, adakah ini adalah kejadian yang berlaku secara kebetulan?

Akhirnya budaya ini sampai ke UHTM pada PRK tahun lepas iaitu ;

Surat Palsu ( Leterhead palsu) yang menuduh pihak Pro-Aspirasi UTHM menerima dana daripada UMNO Johor.

( Contoh Letterhead UMNO sebenar)

Berikut adalah perbezaan-perbezaan yang telah dinyatakan oleh seorang veteran UMNO.
1. Pada tulisan jawi, "PERTUBUHAN" ada dua huruf "wau" iaitu ڤرتوبوهن dan bukannya ڤرتوبهن seperti pada surat palsu.
2. Letterhead sebenar cuma ada logo UMNO di tengah-tengah dan bukannya bendera UMNO bersama.
3. Alamat surat menyurat terdapat pada "letterhead" yang asal.

4. BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT tercatat di bahagian bawah "letterhead" yang asal / original.
Pada mulanya blog Pro-Mahasiswa UTHM memaparkannya, tetapi di tarik balik kemudian kerana telah menjadi kes polis maka tiada pihak yang ingin mengaku.

Tahun 2011 ,kampus UTHM dikejutkan dengan edaran flyer haram,


21 Jan 2011 -  Pihak  Pro - Aspirasi mengutuk perbuatan edaran flyers Memboikot AGM Kelab Iqra` . Pihak Pro - Aspirasi tegaskan sekali lagi perbuatan ini jelas satu permainan politik kotor pihak yang mempunyai kepentingan diri bagi menganggu keharmonian kampus.Pihak Aspirasi juga menasihatkan mahasiwa/i suapaya tidak terpedaya dengan agenda pihak tertentu ini. Kita pihak Aspirasi mohon supaya tidak dikaitkan dalam isu ini kerana kita mula melihat terdapat pihak yang cuba menyalahkan Pihak Aspirasi. Ini politik kotor dan tidak mencerminkan budaya Intelektual yang di pegang dalam Idealisme Pro -Aspirasi.

(2) Ancaman serangan Facebook . Beberapa individu dan akaun di kenalpasti oleh Unit Risikan Pro-Aspirasi melalui serangan terhadap Pro-Aspirasi ;


(a) Farhan Razi
Status : Pro - Mahasiswa
Jawatan : Tidak dikenalpasti.
Kesalahan : Mengedar flyers haram.
Rujukan : http://aspirasiuthm.blogspot.com/2011/01/gempar-edaran-flyers-baru-pengedarnya.html



(b) Hadi Rahman
Status : Pro-Mahasiswa
Jawatan : Ko-ordinator Pro-Mahasiswa
Kesalahan : Cubaan memfitnah Pro-Aspirasi ( Note`s pada Facebook beliau telah di tarik balik selepas beberapa jam dipaparkan, tetapi telah di copy paste di blog Aspirasi.
Rujukan :http://aspirasiuthm.blogspot.com/2011/01/mahasiswa-kecewa-dengan-ko-ordinator.html

(c) Dare To Die
Status : Tidak di ketahui
Jawatan : Tukang Provokasi
Kesalahan : Memprovakasi penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa melalui kenyataan-kenyataan menyentuh keagamaan. Objektif bagi memperlihatkan seolah-olah Aspirasi tidak menghormati agama Islam.
Rujukan : http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=142325289161794&id=100000576537712

(d) Karizmi Muhammad ( Tahun lepas - Nazmi Muhammad)
Status : Pro - Mahasiswa ( Pakai Badge Aspirasi)
Jawatan : Tukang fitnah
Kesalahan : Menyamar pernah menjadi pro -aspirasi, tetapi kecewa dan lompat parti bagi seolah-olah dalam Aspirasi ini terdapat kekotoran dan kepincangan. Tukang fitnah No. 1 ( Wahid).
Rujukan : http://www.facebook.com/home.php#!/photo.php?fbid=502197888373&set=a.436828428373.226292.727848373


Sekian, terima kasih.

9 comments:

  1. Hehehe siap kena amik lagi gambar dkat facebook dorang ..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Admin

    Sertakan rujukan fitnah. Kalau ade bukti atau saksi kita akan paparkan.

    ReplyDelete
  4. Dasar pencacai HEP dan UMNO... Terhutang budi banyak sangat dengan HEP...Mahasiswa hilang hak pun masih buta kayu lagi si aspirasi ni...Universiti nak dikorporatkan pon masih jadi bodoh lagi...AUKU telah hasilkan mahasiswa bodoh dan lesu macam aspirasi...

    ReplyDelete
  5. jawatan farhan razi:AHLI YANG SETIA
    amek jawatan ni dari facebook shahzada khan..

    ReplyDelete
  6. "(c) Dare To Die
    Status : Tidak di ketahui
    Jawatan : Tukang Provokasi
    Kesalahan : Memprovakasi penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa melalui kenyataan-kenyataan menyentuh keagamaan. Objektif bagi memperlihatkan seolah-olah Aspirasi tidak menghormati agama Islam."

    sy tertarik ayat ni "Objektif bagi memperlihatkan seolah-olah Aspirasi tidak menghormati agama Islam".. kenapa perlu aspirasi terasa yg dia ni di sebelah pihak aspirasi ya..
    sedangkan tiada tuduhan yg dilemparkan kepadanya atau dikaitkan dengan pihak aspirasi..klu rasa dia bukan disebelah pihak anda rasanya x perlu pihak anda mempertahakan diri kerana mamat 'dare to die' ni.. biasanya org bila dilihat ada sangkut paut dgnya, dia akan terasa utk defend dirinya..

    ReplyDelete
  7. Kerana persepsi, mesyuarat Tertinggi Aspirasi dah berbincang untuk elakkan pendekatan provokasi, fitnah dan serangan peribadi kecuali untuk bertahan daripada serangan.

    Kami telah berbincang " Dare To Die" memberi implikasi buruk pada pihak Aspirasi. Masalah ianya tidak di ketahui siapa. Maka dia di senaraikan sebagai ancaman Pro -Aspirasi. Tugas sekarang pihak Pro -Aspirasi sedia bekerjasama dengan Pro -Mahasiswa memerangi Dare To Die kerana kenyataan menyinggung perasaan umat Islam.

    ReplyDelete
  8. hauhauhauhauhua..lawak2..aspirasi yang lawak..

    ReplyDelete
  9. lagi lawak bila si farhan razi nak tukar gambar. kalau rupa dah macam tu....tak ada sapa yg minat nk tunjuk kat mana-mana blog. pro mawas kan suka guna fake profile pic

    ReplyDelete