Subscribe:Posts Comments

Wednesday, January 19, 2011

YDP MPPUTHM SESI 09/10 ISYTIHAR PRO -ASPIRASI

YDP MPPUTHM SESI 09/10 ISYTIHAR
PRO -ASPIRASI

19 Jan - Yang Di-Pertua MPPUTHM Sesi 09/10 , Sdra. Shahzada Khan bin Nawab Khan mengisytiharkan beliau Pro -Aspirasi di facebook peribadinya semalam.
Menurut sumber yang boleh di percayai ini adalah bagi membawa satu transformasi perubahan kepada politik kampus memandangkan selama ini tidak pernah terjadi mana-mana MPP mengisytiharkan proksi mereka.

Akhirnya mahasiswa/i UTHM sedar bahawa kepimpinan MPP sekarang adalah di bawah pimpinan proksi Pro -Aspirasi. Walaupun secara hakikat sejak 2004 hingga 2010 adalah dibentuk oleh majoriti proksi Pro -Aspirasi tetapi tahun ini baru secara terbuka di war-warkan begini. 

Maka kelangsungan momentum  kemenangan proksi Pro-Aspirasi akan di teruskan pada tahun 2011. Ini tidak boleh di pandang mudah oleh proksi Pro -Aspirasi dan kerja kuat melalui hasil-hasil usaha kebajikan mahasiswa perlu terus di dukung oleh MPP Pro -Aspirasi.

Menurut MPP Pro -Aspirasi, mereka sedang mengusahakan  untuk beberapa isu terkini seperti Perwira tetapi mereka memilih jalan diplomatik tidak secara terbuka akan mengkritik pihak pengurusan kolej kerana atas dasar hormat-menghormati. Adalah lebih mudah mencari jalan penyelesaian dengan sifat saling hormat-menghormati dan tolak ansur. Menurut sumber dalaman, isu ini telah di bawa ke peringkat atasan oleh pihak MPP Aspirasi dan kenyataan rasmi akan di buat tidak lama lagi.

TAHNIAH MPP PRO -ASPIRASI & YDP MPP UTHM 

BERITA HARIAN ( VARSITI)

Shahzada Khan kuasai tiga bahasa, unggul dalam akademik, sukan

ASALNYA, penyertaan Shahzada Khan Nawab Khan, 22, sebagai Senator Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2007/2008 sekadar untuk memenuhi kuota keahlian badan kepemimpinan itu. 

Tanpa diduga, penyertaan secara 'paksa rela' itu membuatkan beliau menyedari potensi besarnya dalam bidang kepemimpinan. 

Prinsip memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap perkara dilakukan, tunjuk ajar dan sokongan rakan MPP membolehkan pelajar kacukan Pakistan-Cina itu menyerlah hingga diberi kepercayaan menerajui badan itu bagi sesi 2009/2010.

“Penyertaan sebagai ahli MPP pada tahun kedua pengajian diploma di UTHM adalah langkah pertama saya dalam berorganisasi kerana ketika zaman persekolahan, saya tidak aktif langsung, pandai pun tidak.

“Tidak dinafikan rasa terkejut apabila tugasan pertama diberikan sebagai Pengarah Pembangunan Jati Diri Kolej Matrikulasi yang memerlukan saya mencari 100 fasilitator untuk mengendali 2,000 pelajar kolej matrikulasi dalam tempoh seminggu.

“Pengalaman mengendali program itu menjadi pendedahan awal bagi saya belajar berkomunikasi sebagai pemimpin dan juga pengurusan, sekali gus membina keyakinan untuk melangkah lebih jauh dalam bidang kepemimpinan apabila berhasil menjayakannya,” katanya ketika dihubungi.

Kemahiran menguasai tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Cina, turut menjadi kelebihan Shahzada Khan mengasah bakat kepemimpinannya apabila terpilih menyertai program pengantarabangsaan pemimpin pelajar menerusi lawatan ke luar negara termasuk China, Mesir dan Indonesia.

“Antara pengalaman menarik apabila berjumpa pengerusi MPP Universiti Alexandria, Mesir; yang berumur 21 tahun, tetapi mempunyai kemahiran komunikasi dan ciri kepemimpinan cemerlang, membuatkan dia disenangi 180,000 pelajar universiti berkenaan.

“Turut dijadikan pengajaran, pelajar Indonesia yang benar-benar menghayati nilai mahasiswa dengan menghidupkan suasana kampus dengan pelbagai aktiviti ilmiah dan rekreasi walaupun kemudahan tidak seberapa,” katanya.

Misi Shahzada Khan dalam menerajui MPP UTHM adalah mendorong dan mengubah mentaliti pelajar universiti supaya memiliki tiga elemen utama untuk layak bergelar mahasiswa iaitu pencapaian akademik baik, kemahiran berorganisasi serta bersukan dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kemudahan universiti negara kita kini semakin baik dan selesa, justeru misi lebih utama kini adalah membuka minda mereka supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang belajar di universiti dengan menceburi pelbagai aktiviti agar benar-benar layak bergelar mahasiswa,” katanya.

Sebagai pemimpin pelajar, beliau menunjukkan contoh baik dalam hal itu apabila memiliki rekod pencapaian cemerlang dalam akademik termasuk mengungguli senarai dekan enam kali berturut-turut selain aktif bersukan termasuk berkayak dan bermain futsal.

“Walau sibuk dengan komitmen sebagai pemimpin pelajar, saya tetap memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam sehari untuk belajar dan tugasan akademik bagi memastikan pengajian tidak terjejas.

“Sukan seperti kayak, futsal dan joging juga rutin saya pada setiap petang dan saya berhasrat menceburi sukan kayak secara serius tahun depan untuk mewakili negara hingga ke peringkat antarabangsa seperti rakan,” katanya.

BIODATA: Shahzada Khan Nawab Khan
Tarikh lahir: 26 April 1988
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Tahun Tiga)
Cita-cita: Jurutera, ahli perniagaan
Minat: Melancong ke luar negara, mengikuti ekspedisi lasak, membaca blog pemimpin Malaysia
Hobi: Berkayak, bermain futsal, mandi pantai, menonton wayang, melayari internet
Tokoh dikagumi: Tunku Abdul Rahman, Tun Mahathir Mohamad
Pegangan hidup: Tiada manusia yang dilahirkan untuk menemui kegagalan, kegagalan adalah proses pembelajaran yang sebenar, ia tidak merugikan jika dimanfaatkan dengan betul erti kegagalan itu.

Anugerah/Pencapaian
- Anugerah Dekan enam kali (2006-2009)
- Anugerah Pelajar Cemerlang Desasiswa Pangsapuri UTHM 2007
- Anugerah Kepimpinan Mahasiswa Terbaik UTHM 2008
- Anugerah Puan Sri Sapura 2009, Anugerah Khas Buku Yayasan UTHM 2009, Anugerah Naib Canselor 2009 (Konvokesyen ke-8 2009 UTHM)
- Yang Dipertua MPP UTHM 2009/2010

Biasiswa
- Biasiswa Yayasan Tun Hussein Onn (diploma), Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (Ijazah Sarjana Muda).

12 comments:

  1. macam barua punya promote as-paria-si...bukan student u lain tak kenal mamat ni...naik pun dengan konspirasi kotor jatuhkan calon yang dapat undi majoriti student...mengaku takmengaku sama aja...student kenal anak buah UMNO di UTHM...

    ReplyDelete
  2. alaa ko jeles orang boleh gi jauh dan ko boleh duk depan laptop bagi komen2 bodoh camni

    patut bangga UTHM ada student mcm ni!

    ReplyDelete
  3. pergh... pigilah mabuk...

    ReplyDelete
  4. Woi... X gi sembahyang jumaat ke buat benda ni?
    Fitnah orang tak abis2...
    jangan jadi sial la fadzil...

    ReplyDelete
  5. zul..si pencelik mata..January 20, 2011 at 10:57 PM

    apasal perlu bertelagah dengan percapaian orang lain..buruk baik seseorang hanya tuhan yang tahu..menghina sesama saudara adalah lagi teruk..islam tak pernah manggalakkan serta membenarkan perbuatan tersebut..renung-renungkan lah..

    ReplyDelete
  6. Siapa fitnah siapa? Mana hujah? silakan masuk gelanggang.

    ReplyDelete
  7. Penipu ...ydp kita pendai berbahasa cina ker??aku classmate dia pun x tau

    ReplyDelete
  8. ape2 je la....
    nie la org melayu...
    begad0h sesame sendiri..
    bangse lain tg0k senyum je...
    tunggu mase reb0t peluang...

    ReplyDelete
  9. Kenapa nak dengki ngan Shah?

    Bial dia pandai sikit2 ke banyak ke. Kita orang melayu dan warga UTHM patut bangga kan?

    ReplyDelete
  10. Ni la perangai orang melayu kita....Sifat hasad dengki dengan kejayaan orang lain...Sampai bila pun korang xkan maju ke depan la ngok...
    Biar la dia nak promote sapa pun...naper??
    ko jeles ek?? tahu la kau xsehebat dia sbb mmg xkan pun jadi hebat...sbb perangai ko yang mngutuk org yg lebey tere ko tu la....ngok...bodoh bin bangang....Kalau berani, silalah kutuk depan-depan...ni guna hidden name...mmg dasar bacul jalanan...
    Ini ke yang ko belajar dari mak bapak ko??

    ReplyDelete
  11. maaf sbb mencelah...
    sbnrnye sye ni tidaklah pernah amek tau sgt siapa pro m n siapa pro a dlm uthm ni..
    tapi hakikat mmg pro a n pro m saling bergantung..
    percaya x??sbb apa no body is perfect..so kalo pro a salah pro m betulkan dan kalo pro m salah pro a kne betulkan...
    bukak minda anda semua wahai pemimpin pelajar uthm..
    soroti kembali naseb malaysia kalo mse dl2 xde org y perjuangkan kemerdekaan...kalo xde y bersusah payah cr jalan nk merdekakan negara..
    juga kenangkan kembali ap y jdi selepas perang salib??
    jadi wahai pemimpin2 uthm y cerdik pandai.
    mahukah kalian 1 hr nnt jdi begitu??kalo kite bijak pandai dlm pelajaran xsalah kita ajr org y kurang pandai n kalo kita bijak pandai dlm ilmu agama xsalah jga kalo nk ajar org..
    tapi biarlah cr y betul..
    sye sbg mahasiswa uthm amatlah xsuka dgn ap y jdi sekarang...igt kata pepatah ni :bersatu kita teguh bercerai kita roboh"...walau ap fahaman kita igt lah kita org melayu n islam...
    sayanglah agama n bgsa kita...
    xde sape2 y blh tlg melainkan kita sendiri..harap pihak pemimpin ke2-2 pihak faham kami pelajar bkn memilih kalian utk memimpin kami utk bertikam lidah tapi memimpin kami utk menjadi pelajar cemerlang n akidah y baik....

    ReplyDelete