Subscribe:Posts Comments

Thursday, January 13, 2011

MAJLIS DIALOG MAHASISWA `2011


Salam & Selamat Sejahtera. Dialog Mahasiswa Bersama MPP akan diadakan pd 15 Januari 2011 (Sabtu) jam 8 mlm di Dewan Kuliah 2. Anjuran MPP dgn kerjasama Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM.

SILA MAKLUMKAN NAMA DAN NO MATRIK UNTUK KEHADIRAN ANDA DAN TEMPAHAN MAKANAN SEBELUM SABTU KEPADA Nik afnan:0134267294

TENTATIF PROGRAM

8.00 malam Para pelajar mengambil tempat di DKA 2
8.15 malam Nyanyian Lagu Negaraku Dan Lagu Gemilang UTHM

8.20 malam Bacaan Doa
8.30 malam Tayangan Montaj MPP & Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM
8.35 malam Ucaptama (Wakil Daripada MPP)
8.50 malam Ucaptama (Wakil Daripada Kelab 1 Malaysia)
9.00 malam Moderator program mengambil alih majlis
9.05 malam Sesi dialog Pihak Penganjur bersama mahasiswa Sabah dan Sarawak
9.35 malam Sesi dialog Pihak Penganjur bersama para mahasiswa Cina
10.05 malam Sesi dialog Pihak Penganjur bersama para mahasiswa India
10.35 malam Sesi dialog terbuka Pihak Penganjur bersama para mahasiswa
11.05 malam Jamuan Makan Malam
11.20 malam Pembentangan Resolusi Dan Penggulungan daripada Pihak Penganjur
Bersurai

OBJEKTIF

PENYERAHAN RESOLUSI KEPADA MPP UTHM SESI 09/10 DAN MPP UTHM SESI 10/11 (AKAN DATANG) MENGENAI KEBAJIKAN MAHASISWA/I. ITEM-ITEM DI DALAM RESOLUSI JUGA DI HARAP DIMANFAATKAN KEPADA CALON-CALON MPP AKAN DATANG UNTUK DIMASUKKAN SEBAGAI MANIFESTO. ARKIB RESOLUSI TERBUKA KEPADA SEMUA.

Untuk memberi peluang bagi setiap wakil etnik minoriti menyuarakan pendapat dalam satu medium, maka setiap etnik boleh menyuarakan dan mendengar sendiri permasalahan yg dapat dikongsi bersama dalam kampus.

Sesi terbuka di buat pada akhir bagi memberi peluang kepada semua mahasiswa/i untuk bersuara. Hanya sesi awal khas mengikut etnik bagi menggalakkan penglibatan minoriti dalam perbincangan. Pihak penganjur melihat sejak akhir-akhir ini di dalam Facebook khususnya mahasiswa drpd etnik menyuarakan ketidakpuashatian terhadap dasar seperti program-program di kampus hanya melibatkan golongan majoriti dan mengenepikan mereka. Penganjur menggalakan perbincangan ilmiah bagi mengatasi masalah seperti ini.

MEMO

Keutamaan makanan kpd yg berdaftar kerana makanan adalah terhad kerana kelulusan makanan bergantung kepada senarai nama yg di hantar. Kita cuba elkkan pembaziran. Pengalaman sy dalam 4 tahun dlm dialog seperti ini, pada tahun 2006,2007 , Dialog Ilmiah seperti ini hanya dapat menarik sedikit mahasiswa yg hadir. Maka kita berhati-hati dalam soal peruntukan bagi elakkan pembaziran. Di jemput hadir semua mahasiswa utk hadir.

Pengangkutan seperti biasa.

Sumber : Mohd Fadzil

No comments:

Post a Comment