Subscribe:Posts Comments

Friday, January 7, 2011

Transformasi Kalender Akademik 2011/2012 oleh KPT

Transformasi Kalender Akademik 2011/2012 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

by Shahzada Khan on Saturday, January 8, 2011 at 12:16am
Pada 7 Januari 2011 (jumaat) jam 3.30pm, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengaturkan satu pertemuan bersama semua YDP2 IPTA dan IPTS bagi menerangkan Transformasi Kalender Akademik 2011/2012, berikut adalah informasi yang terkandung dalam sesi penerangan tersebut:

Makluman:
-Pelajar lepasan SPM/Setaraf akan memulakan pengajian DIPLOMA bermula 1 JUN 2011 di IPTA
-Bagi pelajar IJAZAH SARJANA MUDA pula, sesi pengajian akan bermula 3-4 SEPTEMBER 2011 di IPTA.

Rasionalnya: Adalah untuk melonjakkan program pengantarabangsaan IPTA supaya selaras dengan universiti lain di peringkat Antarabangsa.

Tujuan :
-Untuk mengembangkan kemahiran pensyarah dan pelajar melalui program pengantarabangsaan.
-Meningkatkan program mobiliti serta aktiviti pelajar dalam masa bulan Mei-September
-Untuk memberi kesempatan dan ruang untuk Research and Development dalam bulan Mei-September
-Untuk mengelak cuti perayaan yang kerap di antara bulan Mei-September.


Transformasi Kalender Akademik 2011/2012 untuk IPTA telah dikaji dengan teliti melalui kronologi seperti di bawah:

Julai 2009: Cadangan transformasi dibuat
September 2009: Mesyuarat post moterm dan brain storm dibuat
Disember 2009: Cadangan dibentangkan kepada YB Menteri Pengajian Tinggi [ terdapat 3 cadangan jadual baru]
Januari 2010: Penyelarasan jadual dilakukan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, JLKN, IPTA.
Febuari 2010: Perancangan perlaksanaan dibuat
Julai 2010: Dibincangkan dengan semua TNC Akademik semua IPTA
September 2010: Pembentangan Kertas kerja cadangan perlaksanaan
4 Januari 2011: Dibentang dan disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor

Perancangan di atas mengambil kira aspek:
  1. Kebajikan Pelajar
  2. Faktor kewangan  
  3. Sensitiviti perayaan kebudayaan

Perkara yang boleh dielakkan dalam transformasi kalender baru ini:
  1. sebilangan besar pelajar (2000orang) setiap tahun yang diterima masuk ke IPTA akan menghentikan pengajian mereka di IPTA kerana mendapat tawaran belajar di luar Negara, tindakan menghentikan pengajian mereka akan menyebabkan IPTA lopang dan kerugian peluang kepada mereka yang tidak mendapat tempat di IPTA.
  2. Pelajar matrikulasi perlu bertungkus lumus untuk menghabiskan silabus mereka untuk memasuki sesi pengajian Julai. Transformasi kalender akademik ke September akan melegakan keadaan pelajar matrikulasi yang akan memasuki IPTA.
  3. Pelajar politeknik yang tamat pengajian di bulan Julai tidak perlu tunggu kemasukan bulan Disember untuk menyambung pengajian di IPTA kerana mereka akan sempat memasuki pengajian IPTA pada bulan September.
  4. Penyelarasan kalender akademik ke September akan membuat IPTA selari dengan university antarabangsa dan memudahkan pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian ke Malaysia.

Transformasi kalender akademik 2011/2012 sepatutnya diimplementasi bermula 2013, namun melihat kepada kengkangan cuti umum yang terlalu banyak, maka Kalender ini di implementasi bermula 2011.

Maklumat tambahan: Pelajar Antarabangsa di Malaysia kini mencecah 80ribu orang, dengan melakukan pelan transformasi yang MENGGALAKKAN pelajar asing menyambung pengajian di Malaysia, ia tidak akan menjejaskan kuota dan penempatan pelajar TEMPATAN, ini kerana KPT telah menetapkan syarat bahawa pelajar asing tidak boleh melebihi 5% daripada jumlah pelajar di dalam satu-satu IPTA. Menjelang 2015, dijangka pelajar antarabangsa akan mencecah 150ribu orang.

Di dalam sesi pertemuan dengan KPT, Majlis YDP2 telah mengutarakan beberapa perkara dan cadangan untuk dipertimbangkan:
  1. Kalender pelajar Diploma di selaraskan juga kepada bulan September untuk mengelak minggu orientasi yang banyak dalam satu tahun yang menelan kos dan tenaga kerja.
  2. Cuti sekolah disamakan dengan cuti IPTA dan IPTS

Di peringkat UTHM, transformasi Kalender Akademik 2011/2012 memberi beberapa kelebihan:
  1. Memberi ruang dan masa yang cukup untuk empat buat bangunan Fakulti baru UTHM bersiap sedia untuk beroperasi pada September 2011 sejurus menyelesaikan masalah kapasiti ruang kuliah.
  2. Bulan Mei-September membuka ruang untuk perjalanan program Mobiliti Pelajar ke Luar Negara menjadi lebih lancar dan lama
  3. Program pertauliahan Palapes pada bulan Julai 2011 yang akan dihadiri oleh Yang DiPertuan Agong akan mendapat ruang dan kapasiti penempatan yang selesa untuk semua penerima tauliah Palapes dari seluruh IPTA (UTHM menjadi tuan ruma pertauliahan). (Dewan besar yang baru dijangka siap untuk program ini).
  4. Latihan Industri dan Latihan Mengajar akan menjadi lebih selesa dilakukan di antara bulan Mei-September kerana pelajar tidak perlu tergesa-gesa melakukan LI/LM untuk mengejar kemasukan Diploma ke Ijazah pada bulan Julai seperti biasa.
Sebelum tamat pertemuan bersama KPT, Majlis YDP2 IPTA menyatakan sokongan terhadap Transformasi Kalender Akademik 2011/2012.

SHAHZADA KHAN
YDP MPP UTHM

2 comments:

  1. salam,, pertanyaan adakah nnti tempoh pemblajaran akan dikurangkan @ same mcm skrg???

    ReplyDelete
  2. Shahzada Khan January 9 at 12:19am Report
    Tempoh pengajian akan sama 4-5 bulan, seluruh kalender berubah

    ReplyDelete