Subscribe:Posts Comments

Monday, January 24, 2011

ISU KOLEJ PERWIRA SELESAI

ISU KOLEJ PERWIRA SELESAI

Sdra. Hafiz Ariffin Mengutarakan Permasalahan Mahasiswa
25 Jan 2011 - Sesi dialog TNC HEPA bersama mahasiswa/i Kolej Kediaman Perwira pada malam ini telah membawa khabar gembira kepada mahasiswa/i di mana kemelut isu parking dan saman telah selesai di mana pemansuhan isu ini serta merta telah dilakukan.

Tahniah kepada semua MPP dan JKK yang telah membawa isu ini ke peringkat atasan. Beberapa isu berbangkit juga telah di utarakan dan mendapat respon pada sesi dialog tersebut.

Pihak Pro-Aspirasi akan terus membawa suara-suara mahasiswa melalui wakil-wakil yang ada untuk mencari jalan diplomatik sepertimana isu-isu ini yang telah diperbincangkan terlebih dahulu secara terhormat sebelum diumumkan pada malam ini.  Pendekatan diplomatik akan terus menjadi jalan penyelesaian bagi pihak Pro-Aspirasi.

Terima kasih semua kerana bersabar sehingga ke hari ini. Terima kasih juga kepada MPP Pro-Aspirasi yang terlebih dahulu berbincang secara tertutup dengan pihak atasan sehingga jalan keluar kepada kemelut ini dapat di atasi.

Kita lihat komen-komen MPP Pro - Aspirasi


Salam 1Malaysia. Pihak MPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada TNC HEPA, YBhg. Prof. Ir. Dr. Amir Hashim selepas beliau selesai "Road Show" di KK Pewira. Berdasarkan maklumat dan keputusan daripada TNC HEPA:

1. Sistem parking di KK Perwira telah dimansuhkan(semua pelajar boleh parking dalam)
2. Semua saman parking dikeluarkan oleh KK Pewira ditarik balik

Pihak kami juga ingin berterima kasih kpd Sdr. Hafiz Ariffin kerana berani dan lantang untuk menyuarakan masalah dan cadangan bagi menyelesaikan isu pelajar di KK Perwira.


Media Informasi ''Kami Perwira'' UTHM

Media Informasi ''Kami Perwira'' UTHM Wawancara langsung bersama YDP. Minta maaf sebab rakaman dibuat secara amateur. Apapun content video yang hendak dipertonjolkan. dari Wawancara , YDP menjanjikan bahawa pelajar yang menghuni perwira tidak akan teraniaya. Hidup YDP. (^.^).v.


    • Shahzada Khan
      saya yakin dan percaya rakan saya sdr Hafiz Arrifin ada menyampaikan masalah dan cadangan penyelesaian untuk isu2 di Perwira sebentar tadi, saya telah menghubungi TNC HEPA dan dimaklumkan semua cadangan tersebut diterima. Maaf tidak dapat hadir kerana mempunyai mesyuarat bersama Penolong Naib Canselor sehingga jam 11.50pm tadi.
      Insha Allah masalah selesai =) 


Sekian, terima kasih.

5 comments:

  1. wahh..syabas bete!hafiz terbaek..;)

    ReplyDelete
  2. tahniah. tbukti aspirasi tak tangkap muat macam pro m selalu buat. tu hasilnya. caya la

    ReplyDelete
  3. salam.. page perwira tak dapat kebenaran dek MT perwira.. sebab tu nama jadi Kami perwira agar tidak spesifikasi terhadap perwira itu sendiri. Ketidakbenaran untuk membuat fb perwira tidak didedahkan. Walau tidak wajib. tapi fb pages boleh menjadi satu keperluan yang agak bermanfaat dalam mengetengahkan program dan isu2.

    ReplyDelete
  4. ucapan saudara hafiz semalam banyak mengetengahkan masalah dan persoalan pelajar2 terutama pelajar baru...terima kasih..

    ReplyDelete
  5. fb adalah hak msing2 untuk menyampaikan info yg benar..xde slah nk wat facebook..pastikan maklumat yg sahih dan benar

    ReplyDelete