Mahasiswa Kecewa dengan Ko-Ordinator
Pro -Mahasiswa
Pro -Mahasiswa
21 Jan 2011 - Kenyataan di Facebook Ko - Ordinator Pro Mahasiswa, Hadi Rahman menimbulkan spekulasi hangat dan menerima banyak komen yang mempertikaikan motif kenyataan tersebut .
Kita lihat sama - sama kenyataan beliau :
Assalamualaikum wbt...
Warga Kampus UTHM sekali...
Isu Pembubaran Kelab Iqra
Sepanjang saya memegang tampuk kepimpinan Kelab Iqra' pada 2 sesi lalu, terlalu banyak cubaan pihak pentadbiran UTHM yang berhasrat ingin membubarkan Kelab Iqra'. Ia jelas,terang dan nyata, isu pembubaran Kelab Iqra' telah diusulkan oleh Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar pada ketika itu. Ia terbukti apabila saya mendapat salinan fotokopi minit mesyuarat TNC HEPA bersama Pusat-Pusat Tanggungjawab (PTJ). Antara alasan yang sama sekali tidak boleh diterima akal adalah : Perkara 3.4 adalah Mesyuarat bersetuju dengan cadangan supaya Kelab Iqra dibubarkan sahaja kerana banyak masalah dan tidak membantu dalam pembangunan sahsiah pelajar malah banyak menjalankan aktiviti tanpa menerima pandangan Pusat Islam. .Saya sebagai presiden pada ketika itu MENAFIKAN apa yang telah dikatakan oleh pihak HEP.
Dimaklumkan oleh salah seorang pihak jentera aspirasi yang murapakan rakan sekelas, sememangnya ia ada kaitan jelas melibatkan Pro-Aspirasi dan Hal Ehwal Pelajar dalam apa jua bengkel bagi calon-calon MPP Pro-A seperti di Langkawi, JB, Mersing dan lain-lain tempat. Bagi Isu pembubaran Kelab Iqra', anda boleh merujuk kembali laman blog saya di link dibawah :
Pilihanraya Kampus UTHM sesi (09/10)
Warga kampus sekalian...
Terlalu banyak fitnah yang telah ditaburkan oleh pihak Pro Aspirasi dalam cubaan menjatuhkan saya pada ketika Pilihanraya Kampus lepas... Antaranya adalah :
1. Sebaran SMS palsu dimana kebanyakan pelajar baru menerima sms bahawa salah satu manifesto saya adalah mengharamkan pemakaian seluar jean di kampus UTHM
2. Sebaran 4 siri flyers senyum kambing yang berunsur fitnah, sindiran dan fitnah semasa yang digunakan oleh pihak Pro-Aspirasi UTHM.
3. Banner saya diconteng dan dicat berdekatan dengan kompleks G3.
dan sebenarnya banyak lagi cubaan-cubaan yang telah dilaksankan semasa proses Pilihan Raya Kampus berlangsung...
Kami highlight kan yang merah di atas di mana logik di antara perenggan dimasukkan kenyataan tersebut. Sebagai pembaca kenyataan di atas adalah berunsur jahat dan berniat untuk menghasut bagi tujuan motif politik. Kemudian kita lihat komen beliau di bawah yg menafikan.
Hadi RahmanFadzil : Cuba baca betul2... Saya tak ckp isu pembubaran kelab Iqra' ni ada kaitan dgn Pro Aspirasi..
saya menyatakan "ada kaitan jelas melibatkan Pro-Aspirasi dan Hal Ehwal Pelajar dalam apa jua bengkel bagi calon-calon MPP Pro-A seperti di... Langkawi, JB, Mersing dan lain-lain tempat." Bukan isu pembubaran kelab Iqra'... Tiada kenyataan fitnah disitu....
Pihak Pro-Mahasiswa berkempen semenjak dulu tidak pernah guna taktik sedemikian..
Saya ada bukti individu yg jelas mengenai sebaran flyrs, sms dan lain2 fitnah... Terus terang disini ada 2 org jentera aspirasi yg kini tidak libatkan diri dlm aspirasi menceritakan hal sedemikian. dan dua kali pertemuan sy berjumpa dgn pihak berkenaan...
Kalau tidak ingin memfitnah kenapa perlu kaitkan nama Pro -Aspirasi dalam perenggan isu pembubaran KI? Beliau bermotifkan politik dan berniat jahat kepada penyokong-penyokong Aspirasi. Kenapa perlu mempergunakan nama Aspirasi untuk menagih simpati untuk diri sendiri sebagai Ko -Ordinator Pro -M.
" Tolong jadi profesional untuk bersaing. Kenapa nak buruk-burukkan gerakan mahasiswa lain? Malah tiada bukti atau saksi yang dikemukakan " menurut salah seorang mahasiswa UTHM yang kecewa dengan isu yang berlaku.
Sekali lagi pembaca yang budiman, apakah logik Pro -Aspirasi untuk sabotaj Kelab Iqra`. Boleh mencemarkan imej Pro -Aspirasi dalam isu ini kalau kami terbabit. Kami berpendapat dalangnya dikalangan mereka sendiri yang ingin menagih simpati mahasiswa/i. Malah kenyataan dalam flyers tersebut yg mempertikaikan program islamik adalah tidak masuk akal kerana majoriti Aspirasi adalah beragama Islam. Adakah terniat kami ingin menganiayai saudara sendiri? Fikirkan mahasiswa yang bijak lagi intelektual.
Sekian.
Aspirasi UTHM..
ReplyDeleteJangan la suka buat kenyataan seolah2 kamu mewakili mahasiswa...
Dah jelas pun korang yang buat.. Suka anayai orang dalam mana2 Pilihan Raya Kampus...
Pro Aspirasi mmg proxy HEP...
Buat mcam2 kt orang lepas tu tak nak mengaku...
Aduhai... Zalim betul aspirasi...
kenyataan di atas agak berterus terang jika difahamkan secara mendalam..yang dinyatakan jelas kemudian dinafikan balik..apakah motif menuduh pihak lain atas kejadian yg berlaku..pada PRK yang lepas juga ada unsur fitnah tapi bila diminta kemukakan bukti, orang yang keras menuduh diam seribu bahasa..memang setiap perkara dalam hidup mesti berlandaskan islam tetapi jika mulut hanya betah berbicara,tetapi perbuatan jauh menyimpang, islam itu macam kabur diperjuangkan..renung-renungkah lah..
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletesedih sgt bile mane byk flyers yg berader d kwasan kampus yg memburukan pasal agama..if bnde ne bkaitan dgn pesatuan, jgn la kaitkn ia dgn agama..
mcm dh melampau sgt..isu agama xbleh dbuat maen2..
sya ingt satu pekatan dlm flyers 2 yg lbh kurg mcm ne "buat ape pg pgram2 agam buang masa je"..astagfirallahhalazaim...ne bleh mnimbulkn fitnah..harap mereka sedar dgn tindakan yg mereka cube lakukan.. sesungguhnya Allah bsama2 org yg benar..wassalam
susah betul nak tegakkan islam kat uthm ni biar pon majoritinya adalah islam...sehinggakan kelab yag beteraskan islam 100% pon nak dihancurkan..nauzubllah..ya Allah, kau hancurkan lah golongan penentang islam...
ReplyDeletediorg ni mmg...dah kalah dlm ideologi...diorg serang peribadi pulak...kalo mcm ni sampai bila minda mahasiswa nak maju!!!politik menjatuhkan org lain...
ReplyDeletebetul2. sokong cik anon di atas. pro m memang suka serang peribadi orang lain. dah akhirnya bila kene balik mula mnegelabah.
ReplyDelete