Subscribe:Posts Comments

Wednesday, February 16, 2011

Apakah Itu Pro Aspirasi UTHM?

Apakah Itu Pro Aspirasi UTHM?  


Pihak Pro-Aspirasi mengajak mahasiswa untuk berfikir sejenak mengenai kepimpinan mahasiswa uthm. Anda semua layak mengundi bagi memilih barisan kepimpinan mahasiswa melalui Pilihanraya kampus akan datang bagi memilih barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Sehubungan dengan perkara itu pihak kami ingin menjelaskan beberapa perkara berkenaan perjuangan mahasiswa melalui platform PRO-ASPIRASI.

Soalan-Soalan Lazim :

Apa itu Pro-Aspirasi :
Pro- Aspirasi adalah gerakan mahasiswa di kampus yang berjuang untuk idealisme dan perjuangan mahasiswa seperti isu-isu negara, semasa, pendidikan, ekonomi, hal ehwal luar negara dari perspekttif mahasiswa. Corak perjuangan kami adalah melalui saluran yang betul dan diplomatik iaitu pihak kami menggunakan pendekatan  duduk berbincang dengan pihak pentadbiran universiti dalam mencari jalan penyelesaian dalam isu kampus dan mengikitiraf kerajaan yang di pilih oleh rakyat secara sah bagi menyuarakan hasrat mahasiswa dalam isu-isu semasa. Kami juga mengiktiraf keprihatinan kerajaan melalui Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri malaysia setiap tahun. Kami menolak pendekatan agresif yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat dan negara seperti demontrasi haram.

POLISI
Ideologi mahasiswa yang sayangkan universiti melalui pandangan yang intelektual.

VISI DAN MISI

Melahirkan generasi “Kepimpinan Mahasiswa” yang akan memacu universiti ketahap kelas pertama sekaligus menjana generasi baru kepimpinan negara

FAKTA-FAKTA PENTING PRO-ASPIRASI ?

(1) Pilihan Mahasiswa menyuarakan isu-isu kebajikan mahasiswa.
(2) Sejak Tahun 2004-2010 ( 6 Tahun berturut-turut ) , Kabinet MPP UTHM di kuasai oleh Pro-Aspirasi.
NOSTALGIA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM
SESI 05/06, MPP UTHM SESI 06/07, MPP UTHM SESI 07/08, MPPUTHM SESI 08/09, MPPUTHM SESI 09/10 ( KABINET PRO - ASPIRASI)



(3) Pro-Aspirasi mendukung perpaduan kaum dengan memberikan kaum-kaum lain untuk mendapatkan kerusi dalam pilihanraya kampus.
(4) Pro-Aspirasi berfikiran terbuka dalam konteks sosio politik kampus. Kami mengiktiraf peranan-peranan, kelab-kelab, persatuan untuk bergerak aktif.
(5) Kebanyakan program-program universiti, pihak Pro-Aspirasi akan turun membantu universiti kerana semangat sayangkan universiti. Pro-Aspirasi akan menggalakan penyokong-penyokongnya menghadiri temuduga bagi mendapatkan tempat dalam Minggu Haluan Siswa dan Pesta Konvokesyen yang  membuktikan komitmen kami membantu mahasiswa dalam organisasi.

Di mana anda boleh mendapatkan maklumat dan berita-berita aspirasi terkini ?

Sebarang maklumbalas, cadangan, pertanyaan sila  e-mailkan dia alamat sama ;


Sekian, terima kasih.
" Aspirasi Mahasiswa, Pemangkin Universiti"
Unit Media Baru,
Pro-Aspirasi,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

No comments:

Post a Comment