Subscribe:Posts Comments

Tuesday, February 8, 2011

Isu Yuran Latihan Industri. Makluman seperti berikut. Harap Maklum

Isu Yuran Latihan Industri. Makluman seperti berikut. Harap Maklum












Saya harap pelajar tak attack saya dengan pelbagai soalan lagi. Saya dah cuba dapatkan makluman dari pengurusan akademi FKAAS. Makluman daripada mereka mengenai yuran LI adalah seperti berikut:
 

    • Penyelaras Latihan Industri
      Untuk makluman, saya telah merujuk perkara ini dengan Pejabat Bendahari dan berikut adalah kadar yuran yang perlu dibayar oleh pelajar;

      1. Pelajar yang menjalani LI pada Sem III - Tiada yuran dikenakan.
      2. Pelajar yang menjalani LI pada Sem I... & II (Sem Lazim) (Bukan Lanjutan) - RM530.00
      3. Pelajar yang menjalani LI pada Sem I & II (Sem Lazim) (Lanjutan) - RM180.00
      * Pelajar ini perlu lengkapkan Borang Hijau.

      Saya telah berbincang dengan TD (A&A), pelajar-pelajar yang menjalani LI pada Sem II ini iaitu kohort pelajar DF07 - kemasukan sem II sesi 2007/2008, dikira pelajar extend dan mereka perlu lengkapkan borang hijau untuk melayakkan mereka mendapat kadar yuran seperti perkara 3.


      Penyelaras Latihan Industri Berkaitan dengan FKMP, majoriti pelajarnya menjalani LI pada semester lazim (lanjutan), dan sebab itu mereka melengkapkan borang hijau. Ini adalah apa yang dimaklumkan oleh Penolong Pendaftar FKMP kepada saya (Jika terdapat perbezaan makluman dari kawan-kawan sepengajian di FKMP, saya tak dapat nak beri makluman lain kerana makluman ini dari Pendaftar FKMP sendiri). Harap maklum.

No comments:

Post a Comment