Warga Mahasiswa/i UTHM digesa keluar mengundi
Batu Pahat 16 Feb. - Para mahasiswa di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia digesa menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi pada pilihan raya kampus bagi pemilihan barisan pemimpin bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011.
Mantan Yang Di - Pertua MPP UTHM Sesi 08/09 , Mohd Fadzil bin Abdul Hanid yang dihubungi Pro - Aspirasi hari ini berkata, inilah masanya untuk warga UTHM berperanan memilih pemimpin mahasiswa.
Beliau diminta mengulas mengenai pemilihan barisan pemimpin bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011 yang akan diadakan pada minggu ini.
Mohd Fadzil berkata, pilihan raya kampus dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa sebagai calon pemimpin masa depan serta mengenal realiti pilihan raya yang sebenar.
Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid ketika merasmikan Malam Suai Mesra Mahasiswa Anak Perak baru-baru ini. |
Mengulas lanjut, beliau memberikan isyarat bahawa momentum kemenangan wakil-wakil proksi Pro - Aspirasi yang telah 6 tahun menguasai tampuk kepimpinan MPP UTHM akan kekal selagi mana individu-individu yang bertanding nanti mempunyai kekuatan tersendiri bagi meyakinkan mahasiswa memilih mereka di mana melalui idealisme yang jelas dan realisitik untuk di buat kelak akan memainkan peranan penting untuk mereka menang sekaligus mengekalkan momentum kemenangan Pro - Aspirasi.
" Peranan sebagai mahasiswa bukan sekadar belajar, tetapi peluang memegang kepimpinan mahasiswa seharusnya digunakan sepenuhnya untuk mengutip pelbagai ilmu bukan akademik seperti kepimpinan, berorganisasi, berpolitik yang boleh diperoleh samada secara langsung atau tidak langsung. " Mohd Fadzil berkata ketika merasmikan Video Korporat Pro - Aspirasi di Parit Raja.
Sebagai nasihat akhir, Mohd Fadzil mengingatkan calon-calon yang bertanding agar mengekal sifat budi pekerti yang baik, menghormati calon-calon lain, berpolitik secara positif bukan negatif. Jangan menuding jari mencari kesalahan orang lain tetapi yang penting memperkuatkan diri sendiri agar di hormati orang lain.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment