Subscribe:Posts Comments

Sunday, February 13, 2011

KUMPULAN PRO MAHASISWA BERPECAH 2 !

KUMPULAN PRO MAHASISWA BERPECAH 2 !

 Pro-Mahasiswa kini menghadapi krisis dalaman di antara aktivis senior dan aktivis junior akibat daripada salah faham dan berbeza ideologi. Perkara ini dimaklumkan oleh beberapa pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua.

Majoriti aktivis muda Pro-Mahasiswa tidak bersetuju dengan beberapa ideologi yang dibawa oleh aktivis-aktivis senior. Mereka juga mendakwa Pro-Mahasiswa terlalu bersifat membangkang dan terikut-ikut dengan fahaman parti politik luar PAS dan PKR.
 
Ada juga mahasiswa tidak bersetuju dengan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Saudara Farid Jalpah, kerana kebanyakan keputusan dan kenyataan beliau memburukkan Pro-Mahasiswa itu sendiri. Majoriti mereka lebih bersetuju jika Saudara Izzuddin Hilmi memegang tampuk pemerintahan Pro-Mahasiswa.

Siswi muda terutamanya pelajar Tahun Satu sering kali dipaksa dan dikerah untuk 'berjuang' kerana Pro-Mahasiswa percaya siswi adalah kekuatan bagi mereka. Majoriti siswi Pro-Mahasiswa tidak ingin perkara seperti tahun lepas berlaku lagi kerana ia memburukkan siswi dan nama Universiti Malaya. (insiden tahun lepas)

Kini hanya tinggal aktivis-aktivis senior yang masih setia dengan gerakan Pro-Mahasiswa. Krisis ini berlarutan sehingga kini dan masih tiada solusi untuk memperbaiki ikatan silaturrahim antara mereka. Krisis ini menyebabkan pergerakan Pro-Mahasiswa menjadi perlahan dan pasif, tidak seperti tahun-tahun lepas.

DIKIRIM MELALUI EMAIL 
 

9 comments:

  1. aspirasi...hahaha!!!

    ReplyDelete
  2. barulah kami tau...siapa disebalik pro m....patut pun mereka ini suka timbulkan isu utk dptkan publisiti....dan saya pun sebelum ini tertanya2 apa dia pro m...rupanya kumpulan pelapis politik luaran.....dan saya juga terkejut dgn tindakan agresif pro m ...yg bertindak berani di ukm tahun lepas dgn membakar pc2...kalu mereka ini pelajar universiti dan mengamalkan politik dalaman universiti...saya percaya tindakan agresif...tak akan berlaku....saya berharap.....UTHM bukan tempat Pro M yg suka mencari publisiti.....dan saya rasa tertipu dan warga mahasiswa semua tertipu....kami akan menyokong kumpulan yg selari dgn pentadbiran universiti dan menyokong ideologi kerajaan pemerintah....KAMI TDAK AKAN TERTIPU PRO M YANG BERSIFAT DUA ALAM>>>>>>>>>>>

    ReplyDelete
  3. oooo.... gitu plak... kt uthm???!!! samer ker??!!

    ReplyDelete
  4. lucu la....sendirik post, sendiri komen...hahaha

    ReplyDelete
  5. ideologi kerajaan...pro BN la aspirasi ni

    ReplyDelete
  6. saya sokong PAS. saya sokong ASPIRASI. ada masalah ke? tak penah pulak kene halau ke apa pun. PRO M suka buat cerita syok sendiri.

    ReplyDelete
  7. sahril iman 2 sape?

    ReplyDelete
  8. Saya sendiri pelajar UM,sejak bile plak PROMAHASISWAUM berpecah kepada 2????? dan sejak bila plak PROMAHASISWA UM ni PAS?? Abis tu PENGGERAK @ ASPIRASI tu org bawahan UMNONGOK la ek???? macam mne plak tu?? masuk TV,, dah jelas2 ASPIRASI dgn BN?? guaner plak tu?? jgn buat Provokasi Murahan la weh!!

    ReplyDelete
  9. saya student UM. memang ada kes ni.....kes terpencil....

    ReplyDelete