Subscribe:Posts Comments

Tuesday, January 11, 2011

Pertemuan Klasik Mantan YDP-YDP UTHM ASPIRASI (2004-2010)

Pertemuan Klasik Mantan YDP-YDP UTHM ASPIRASI (2004-2010)

Mantan-Mantan YDP UTHM ( Aspirasi) bergambar kenagnan bersama Dato` Mustapha Mohamed
Dari kiri ; YDP MPP UTHM Sesi 08/09, ( Fadzil), YDP MPP UTHM Sesi 09/10 (Shahzada), YDP MPP UTHM Sesi 04/05 (Zulfadhli), Tok Pa ( Menteri Perdagangan & Industri) , YDP MPP UTHM Sesi 07/08 (Hasrul), YDP MPP UTHM Sesi 05/06 (Mokhzal), Tidak dapat hadir YDP MPP UTHM Sesi 06/07 (Hasnul), kerana kekangan peribadi ; takziah atas pemergian anak sulungnya yang meninggal dalam kandungan.


Pertemuan semasa program pada 06 Januari 2011 pada program Bicara Orang-Orang Muda (BOOM) Anjuran Alumni Aspirasi Malaysia bersama Dato` Mustapha Mohamed telah menemukan kembali YDP-YDP MPP UTHM (Aspirasi) sejak 2004 hingga 2010. 

Pertemuan ini mengimbau kembali saat-saat manis dan duka mengenai perjalanan karier masing-masing sejak zaman mahasiswa sehinggalah ke alam pekerjaan. 

Tapi yang pasti adalah kenangan kepimpinan mereka mengendalikan Majlis Perwakilan Pelajar sesi masing-masing dan semangat ASPIRASI yang di bawa oleh mereka dalam menjaga dan memperjuangkan suara-suara mahasiswa yang mewakili masyarakat kampus pada zaman masing-masing.

Program BOOM ini adalah ruang bagi memberikan pandangan orang-orang muda kepada kepimpinan negara daripada isu pendidikan, ekonomi, dasar-dasar kerajaan hinggalah ke dunia kampus. Tok Pa mendengar luahan hati anak-anak muda dalam program ini  dan memberikan jaminan untuk membawa suara-suara orang muda kepada Perdana Menteri atas kapasiti sebagai menteri kabinet Malaysia. 

Mengulas mengenai politik kampus semasa di UTHM, Mantan YDP MPP UTHM Sesi 08/09, Saudara Mohd Fadzil bin Abdul Hanid memberikan pendapatnya yang tersendiri ;

" Sememangnya saya lahir daripada perjuangan Aspirasi sejak tahun 2007 lagi, tetapi secara jelasnya sejak semester lepas saya telah menubuhkan Pro-Perpaduan melalui salurannya tersendiri iaitu http://mediakampusuthm.blogspot.com, sebagai kuasa pengimbang bagi mana-mana proksi"

" Yang pertamanya saya ingin supaya Pro- Aspirasi mendengar pendapat saya dalam beberapa perkara berbangkit yang dirasakan tertangguh sejak sekian lama, Alhamdullillah, saya melihat perubahan yang mendadak dalam Aspirasi dalam menterjemahkan idea-idea baru saya dalam politik kampus, sekarang ini pihak Pro-Perpaduan sedang berbincang dengan pihak Pro-Aspirasi untuk bekerjasama atau bergabung dalam menghadapi pilihanraya kampus yang akan datang"

"Kita akan melihat transformasi poltik kampus yang menarik dalam beberapa minggu yang akan datang. Tetapi harus  di ingat sekurang-kurangnya, pengabaian golongan minoriti dalam politik kampus iaitu pihak Pro-Mahasiswa juga perlu diberikan perhatian, alangkah baiknya kalau pihak Pro-Mahasiswa sudi untuk bersama-sama bernaung di bawah Pro-Aspirasi bagi membentuk perjuangan mahasiswa yang bersatu, pihak saya sudi untuk menjadi orang tengah"  kata-kata Fadzil dengan penuh semangat. 

SEMOGA LEGASI PRO-ASPIRASI SELAMA 6 TAHUN BERTURUT-TURUT DITERUSKAN DI BUMI UTHM. SAMA-SAMA KITA DOAKAN.

KUASA DI TANGAN ANDA MAHASISWA/I. UNDI ASPIRASI UNTUK MAHASISWA. 




1 comment:

  1. weck.....fadzil ckap bajet pandai politik,,,haha

    ReplyDelete