Subscribe:Posts Comments

Monday, January 10, 2011

Calon Pro - Aspirasi Hati-Hati dengan Politik Kotor Pro- Mahasiswa

Calon Pro - Aspirasi Hati-Hati dengan Politik Kotor Pro- Mahasiswa


Pro - Aspirasi Tolak Budaya Provokasi dan Politik Kotor Pro-Mahasiswa :

(1) Calon-calon Aspirasi di minta berhati-hati dengan provokasi murahan penyokong atau proksi Pro-Mahasiswa yang akan cuba mendapatkan MAKLUMAT DAN DATA melalui pertanyaan atau apa-apa cara melalui Facebook.

(2) Elakkan daripada berbual dengan orang yang tak di kenali di dalam Facebook anda, kerana terdapat kes penyamaran individu perempuan yang cuba berkenalan dengan calon lelaki sebelum ini. Pihak Pro-Aspirasi risau mengenai keselamatan perbualan anda kerana dalam kes terdahulu Pro-Mahasiswa akan menyerang peribadi calon-calon Aspirasi sepertimana provokasi kepada  MPP terdahulu yang cuba diaibkan melalui manipulasi gambar ketika program. KITA menolak serangan kepada peribadi mahasiswa kerana perbuatan cuba mengaibkan orang di tolak oleh agama Islam.

(3) Mahasiswa juga diminta jangan tertipu dengan kenyataan-kenyataan Pro-Mahasiswa yang menerapkan ideologi seolah-olah mereka memperjuangkan mahasiswa. Fakta menunjukkan rekod mereka ini hanya pandai bersuara tetapi pelaksanaan amatlah menghampakan

(4) Pro-Mahasiswa juga pandai berlakon seolah-olah mereka memperjuangkan sahsiah mahasiswa. Walhal jelas permainan politik kotor mereka. Semasa pilihanraya kampus yang lalu, kes CONTENG banner calon Pro-Mahasiswa sendiri , kemungkinan besar adalah dilakukan oleh Jentera Pro-Mahasiswa sendiri. Mereka menggunakan pendekatan reverse psikologi , menuduh pihak Pro-Aspirasi  mendalangi perbuatan kotor itu, bagi mendapatkan undi simpati mahasiswa. Calon-calon Pro-Mahasiswa di minta berhati-hati dengan jentera mereka sendiri kerana mereka mengamalkan politik menghalalkan cara sepertimana calon Pro-M sebelum ini yang terpinga-pinga di serang sebegitu yang mana mereka bersikap neutral sebelum itu tetapi apabila di provok oleh oleh pihak Jentera mereka sendiri dan akhirnya membenci golongan Pro-Aspirasi. 

Sekian.

15 comments:

  1. abes tu yang ASPIRASI cite psl proM ni bukan kira mengaibkan dan memburukkn org ke..
    ASPIRASI CAKAP TAK SERUPA BIKIN

    ReplyDelete
  2. bagus betul pemikiran pro A ni....sangat ketinggalan zaman~lol

    ReplyDelete
  3. Aspirasi macam barua...tak habis-habis membodohkan budak-budak kampus

    ReplyDelete
  4. aspirasi Universiti..?
    Better words..ASPIRASI UMNGOK..

    ReplyDelete
  5. kenapa korg yg komen nie melatah, jika anda rasa anda betul, terangkan apa yg salah pada Pro-Aspirasi..adakah dengan maki hamun menunjukkan anda seorang yg Pro-Mahasiswa yg intelektual dan islamik..renungkan dulu sebelum memberi komen..

    ReplyDelete
  6. ckp lek lok BRO..pandang2 dlu..jgn men serkap jarang jek..kang kene makan dek rimau kot..!!

    ReplyDelete
  7. 1)Team aspirasi-konsert mlampau (born for nature)..brfikir n mlaksanakan tindakan seolah2 diri tidak bertuhan..
    2)xprofesional..kes BTN kat LANGKAWI..huhu..sape support..? sape dalang..? sape kepala..? sape boss..? tujuan..? oh ya..mramaikan n mncari figur2 aspirat..
    3) bantuan n sokongan dr umno tuk prk lepas bjumlah rm20 ribu..kalau xda angin masakan pokok brgoyang..
    4)aspirasi-program tuk mahasiswa..? ade x..? stakat hiburan xyah cakap la..anda mmg terer..
    5)seminar kepartian kelab 1Malaysia..? huhu..
    rse cukup kot..bnyak lg yg nk dbritahu..jaga2 ngan admin fb pro-a..bnyak maklumat boleh dikorek krana dia..wssalam..!

    ReplyDelete
  8. (1) Tuduhan melulu. Memandangkan ini program mahasiswa, semua dalam proses belajar, ada kelebihan & ada kelemahan. Bukan setakat Konsert Born 4 Nature, Konsert Gaza juga krew daripada Aspirasi masih membantu dalam aspek teknikal. Kita tak mencari salah org , tetapi kita semua bersangka baik dan menolong apabila di minta.

    (2) Program kepimpinan jatidiri pihak kami syorkan mahasiswa untuk ikuti , x de salahnya program di Langkawi, pihak Pro-M buat program x de pulak nak bising-bising. Cam budak-budak Pro-M.

    (3) Fitnah. Kes polis pasal surat layang. Tanggung sendiri dosa nanti. Best betul kalau kami betul-betul dapat dana tu. Sekali lagi cam budak-budak. Patut pihak Pro-A yg pertikai macam mana Pro-M tahun lepas kaya bagi budak-budak baju masa PRK, Banner dan macam2 lg. Dana daripada mana?

    (4) Sila ke arkib untuk perjuangan Aspirasi

    http://aspirasiuthm.blogspot.com/2010/12/arkib-aduan-mpp-uthm-sesi-20082009.html

    http://aspirasiuthm.blogspot.com/2010/12/arkib-test-1.html

    (5) Kita alu-alukan Kelab Sahabat 1 Malaysia kalau ingin menyokong kita, nampaknya Pro-M menuduh anda bermacam-macam. Terima kasih kerana membantu kami mendapatkan sokongan kelab-kelab.

    ReplyDelete
  9. sudah2..xguna nk brtekak kat sini..buat tmbah dosa jek..biar la..biar la aspirasi trus slesa..biar la die..

    ReplyDelete
  10. ERKK..sy student baru kat sini..bang,bukan kelab 1 malaysia ni org aspirasi gak ek..?

    ReplyDelete
  11. ya allah..bntulah kami mlepasi fitnah ini..andai dirimu tahu situasi kami aspirasi..trlalu kotor cara pmikiran dan fitnah sbegini...xpelah..ssungguhnya kami mmaafkan kamu..truskan prjuangan saudara seislamku..igtlah..kamu mulia krn ISLAM..

    ReplyDelete
  12. Fakta bukan Fitnah, Imbau kembali bagaimana, Pro-M serang peribadi mahasiswa.

    http://promahasiswauthm.blogspot.com/2010/03/dimana-setiausaha-agung-ketika-skt-mpp.html

    Pro-M serang individu-individu dalam MHS kemudian mohon maaf .

    http://promahasiswauthm.blogspot.com/2010/04/pembantu-mhs-turun-dari-langit.html

    http://promahasiswauthm.blogspot.com/2010/04/kenyataan-rasmi-memohon-maaf-ke-atas.html

    ReplyDelete
  13. bagaimana pulak kelab iqra,rakan masjid,sahabat surau yg byk membantu pro m??

    ReplyDelete
  14. tumpang tanya skit ye..
    klu ada puak kelab iqra, rakan masjid dan sahabat surau banyak membantu Pro M, apa masalahnya?
    kenapa ada petikaian sedemikian.. mungkin puak2 ni merasakan perlunya ada perubahan dalam tampuk mpp sebelum ni yang jelasnya kurangnya pengisian rohani dri tampuk mpp pro a.. apabila program berbentuk kerohanian jelasnya figure yg dilihat adalah dri figure Pro M, figure Pro A kemana..
    mohon jelaskan..

    ReplyDelete
  15. Sy berpendapat x kisah kelab-kelab buat pendirian nak sokong mana-mana pro.

    Itu kebebasan demokrasi.

    Apakah maksud program pengisian rohani dari figure MPP Pro-M?

    Pemikiran mengaku lebih Islam daripada orang lain hanya memalukan diri. Adakah kamu ingin mengatakan MPP Pro-A tidak islamik? Manusia x berhak menentukan tahan iman. Allah S.W.T lebih mengetahui.

    Soal Iman atas individu, bukan kumpulan. Hisab atas individu.

    MPP Pro-M skrg pun ramai yg x islamik,

    Fakta :

    (1) MPP Pro-M pernah di lihat keluar dengan perempuan di wayang Square One.
    (2) Pakai seluar pendek ketika bersukan
    (3) Salah seorang di kaitkan dengan golongan songsang.
    (4) Hisap rokok ( MPP Pro-A bersih daripada rokok).

    Pro-M tahu tapi buat-buat x tahu. Jadi sebelum nak cakap orang lain cermin diri sendiri.

    ReplyDelete