Latarbelakang: ASPIRASI
Pada akhir tahun 1999 sebuah pergerakan golongan mahasiswa yang mendokong kepimpinan kerajaan telah diwujudkan. Sokongan terhadap, kumpulan aspirasi ini semakin meningkat sehingga berjaya memenangi keseluruhan kampus IPTA di Malaysia pada tahun 2003. Sebuah ikatan longgar antara pemimpin mahasiswa semua universiti awam yang menyokong kerajaan telah diwujudkan atas nama Sekretariat Rundingan Majlis Perwakilan Mahasiswa Kerajaan IPTA (SRASI) yang kemudian dikenali kini sebagai ‘ASPIRASI’. Setelah bergerak hampir 10 tahun, Aspirasi kini telah berjaya didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor (ROS) pada 16 Julai 2009 dengan menggunakan nama ‘Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI).
Ahli-ahli ASPIRASI ini mempunyai latar belakang pengajian, pekerjaan dan pengalaman memimpin yang berbeza. Mereka bersedia membantu dan mencurah idea untuk pembangunan persatuan dan melatih barisan muda dalam menyediakan pelapis pemimpin di masa depan. Aktiviti-aktiviti ini dapat mewujudkan satu kerjasama, jalinan maklumat, semangat perpaduan, kemesraan, keharmonian dan tolenrasi serta dapat menyediakan pemimpin-pemimpin mahasiswa yang lebih terkehadapan selain persediaan untuk membentuk generasi pelapis kepada kepimpinan Negara.

No comments:
Post a Comment