Subscribe:Posts Comments

Sunday, January 23, 2011

Amanat Pro - Aspirasi Kali-1

Amanat Pro - Aspirasi Kali-1 `2011

Mantan-Mantan YDP UTHM ( Aspirasi) bergambar kenangan bersama Dato` Mustapha Mohamed
Dari kiri ; YDP MPP UTHM Sesi 08/09, ( Fadzil), YDP MPP UTHM Sesi 09/10 (Shahzada), YDP MPP UTHM Sesi 04/05 (Zulfadhli), Tok Pa ( Menteri Perdagangan & Industri) , YDP MPP UTHM Sesi 07/08 (Hasrul), YDP MPP UTHM Sesi 05/06 (Mokhzal), Tidak dapat hadir YDP MPP UTHM Sesi 06/07 (Hasnul), kerana kekangan peribadi ; takziah atas pemergian anak sulungnya yang meninggal dalam kandungan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Pertama sekali , pihak Pro-Aspirasi UTHM  mengucapkan terima kasih  kepada ribuan mahasiswa/i yang terus komited menyokong Pro -Aspirasi UTHM sejak 6 tahun yang lepas. Kita semua di gegarkan dengan beberapa isu yang telah memecahbelahkan mahasiswa pada tahun ini. Maka pihak kepimpinan Pro -Aspirasi mengambil inisiatif  memberikan amaran kepada pemecah belah mahasiswa dan mencetuskan ketidakharmonian supaya menghentikan provokasi ini. 

Nampaknya hari demi hari isu-isu kampus sentiasa menghantui masyarakat kita, seolah-olah tidak pernah habis. Belumpun reda isu boikot AGM Kelab KI , kini timbul isu edaran flyers haram . Sama ada benar atau tidak, atau sengaja dibuat-buat, kita tunggu hasil siasatan. Saya yakin selepas ini akan timbul lagi, lagi dan lagi. Punca dan tujuan dibangkitkan Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi kita tidak boleh duduk diam.

Apakah kita akan terus dilingkungi dengan masalah-masalah sebegini? Tidakkah lebih baik masa yang ada digunakan untuk memikirkan bagaimana menjayakan gagasan 1Malaysia yang bermatlamatkan perpaduan? Di manakah titik toleransi untuk kita bekerjasama?

Kami harap setiap kata-kata yang dapat melukakan hati sesiapa di kurangkan termasuk kepada penyokong Pro-Aspirasi supaya menjaga adab bagi mencerminkan idealisme Pro -Aspirasi yang mementingkan nilai intelektual. Kita tidak perlu terpengaruh dengan emosi apabila di provokasi oleh pesaing. 

Kita terus akan menjawab isu yang dibangkitkan pesaing yang jelas memulakan provokasi kepada kita semua. Selagi perjuangan ini diletakkan di dalam hati kita semua, Insyaallah kita akan mendapat pertolongan-Nya. Percayalah perjuangan ini adalah perjuangan murni yang telah kita kekalkan selama enam tahun berturut-turut di bumi bertuah UTHM.

Percayalah mahasiswa/i kami tidak akan memulakan sesuatu isu sekiranya mereka ini tidak menyerang kami secara terang-terang ataupun halus. Kami menerima komen bahawa percakaran isu-isu ini tidak membawa natijah yang baik kepada Melayu Islam. Kami bersetuju tetapi adalah tanggungjawab kami untuk melindungi Idealisme Pro -Aspirasi daripada di ganggu gugat oleh anasir-anasir ini. Kami jelas tidak akan mengeluarkan artikel-artikel yang tidak perlu sekiranya tiada yang memulakan. Pimpinan telah bersetuju pada dasarnya tahun ini kami akan menggerakkan pendekatan politik baru yang lebih segar, dinamik dan intelektual. Kami hanya akan bertahan dan menyerang sekiranya di serang. Kami tidak akan memulakan isu yang akan mengganggu gugat dan memecahbelahkan kampus.

Kita juga akan terus komited melahirkan pimpinan-pimpinan mahasiswa yang memahami secara dasar Idealisme Pro -Aspirasi. Pro- Aspirasi adalah gerakan mahasiswa di kampus yang berjuang untuk idealisme dan perjuangan mahasiswa seperti isu-isu negara, semasa, pendidikan, ekonomi, hal ehwal luar negara dari perspektif mahasiswa. Corak perjuangan kita adalah melalui saluran yang betul dan diplomatik iaitu pihak kami menggunakan pendekatan  duduk berbincang dengan pihak pentadbiran universiti dalam mencari jalan penyelesaian dalam isu kampus dan mengikitiraf kerajaan yang di pilih oleh rakyat secara sah bagi menyuarakan hasrat mahasiswa dalam isu-isu semasa. Kami juga mengiktiraf keprihatinan kerajaan melalui Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia setiap tahun. Kami menolak pendekatan agresif yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat dan negara seperti demontrasi haram. 

Pada ketika ini bukan masa untuk kita selesa walaupun secara kasar setiap tahun kita menang majoriti kerusi dalam Majlis Perwakilan Pelajar . Kita perlu terus  komited dan kerja keras bagi mengambil hati mahasiswa/i UTHM. MPP yang mewakili Pro -Aspirasi perlu meneruskan kejayaan dalam membela kebajikan mahasiswa/i. Kita juga perlu mendekati mahasiswa/i seperti kebiasaan yang dilakukan setiap tahun. 

Pemahaman mengenai undi juga perlu diterapkan ke dalam sanubari mahasiswa/i. Terdapat kefahaman yang kurang jelas di kalangan mahasiswa mengenai kuasa undi dan kuasa pembentukan kabinet. Anasir yang tidak bertanggungjawab memainkan isu ini tanpa segan silu bagi membuatkan mahasiswa/i simpati dengan mereka. Konsep seperti pelantikan Majlis Tertinggi MPP  haruslah dipersetujui oleh majoriti di kalangan pemenang dalam pilihanraya kampus. Mereka memainkan isu mempersoalkan undi tertinggi kenapa tidak mendapat jawatan tertinggi tetapi memang jelas pelantikan jawatan tertinggi adalah keputusan  majoriti mesyuarat pembentukan kabinet kali pertama di antara 26 ahli MPP. Maka persoalan-persoalan seperti ini walaupun remeh tetapi harus diberikan perhatian serius kerana setiap undi pun adalah penting kepada kita dan kita tidak ingin kehilangan undi ini. 

Mahasiswa/i baru harus di dekati dan di selami permasalahan mereka ini. Kerana mereka ini masih bersih dan kebiasaanya terkejut dengan politik kampus ini. Mereka mengharapkan mahasiswa/i dapat bersatu hati bagi membela kebajikan mereka ini. Dan Pro -Aspirasi tegaskan kita komited untuk bersatu padu di mana kita memberi peluang kepada kaum-kaum minoriti seperti Cina, India ataupun daripada Sabah/Sarawak untuk menghantar pimpinan mereka bertanding di dalam MPP. Kami juga telah bergabung dengan Pro -Perpaduan sejak sebulan yang lepas dan kami menjemput  Pro -Mahasiswa untuk menyertai pakatan kami ini memandangkan majoriti sokongan mahasiswa yang dicerminkan sejak 6 tahun lepas dan MPP sesi ini yang di wakili oleh 19 ahli MPP Pro -Aspirasi daripada 26 ahli MPP. Kami bersedia untuk menjalinkan rundingan dan melupakan kisah silam yang berlaku dan kalau ada perkara salah faham  yang dilakukan pimpinan Pro -Aspirasi yang terdahulu, kami memohon maaf, lembaran baru harus di buka kini.  Pilihan kini di tangan anda. 

Akhir kata, semoga tahun ini adalah tahun gemilang kepada Pro -Aspirasi.


1 comment: