Subscribe:Posts Comments

Saturday, January 22, 2011

Apabila Jerat Makan Tuan. Satu Cerita Kelakar.

Apabila Jerat  Makan Tuan. Satu Cerita Kelakar.

Al -Kisah, di sebuah bumi bertuah, bernama UTHM, sebuah kisah kelakar tercipta akhirnya, cerita ini bermula dengan edaran flyers memboikot AGM Kelab Iqra`. Maka saling tuduh menuduh la antara penyokong Pro -Aspirasi dan Pro -Mahasiswa. Yang jelas kalau ikut emosi, semua mahasiswa akan tersentuh emosi kerana flyers tersebut ayatnya mempermainkan agama Islam. Maka seolah-olah Pro -Aspirasi yang jahat kerana ingin sabotaj kerana ikut logik pastilah bukan Pro -Mahasiswa kerana mereka tidak mungkin menganiayai saudara seagama berdasarkan penampilan penyokong-penyokong mereka . Malang sekali, sehari kemudian kali kedua flyers haram cuba diedarkan yan bertajuk "JANGAN BIARKAN MAHASISWA DIPIMPIN PEMIMPIN KOLOT"  yang pengedarnya telah terkantoi yang merupakan penyokong Pro -M.

Beberapa mahasiswa di kedai makan ketawa apabila mendengar kisah ini. 

" Jerat Makan Tuan," menurut mahasiswa tersebut.

Pertama berkenaan flyers Boikot Kelab Iqra`. Sampai kini sang pelakunya tidak di tangkap. Pro - Aspirasi jelas menolak perbuatan tidak bermoral ini lagi-lagi ayat yang mempertikaikan program Islamik. Adakah pihak Pro -Aspirasi terlalu dangkal untuk mencemarkan imej sendiri di mata mahasiswa? Bermain-main dengan agama? Apakah faedah kepada Pro -Aspirasi dengan mengedarkan risalah berikut? Kita yakin sang pelaku ini mempunyai agenda peribadi dan bergerak secara berkumpulan kerana edarannya merangkumi kolej-kolej kediaman kecuali Melewar. Analisa maknanya ada lelaki dan ada perempuan kerana KKTF 100% perempuan. 


Pro - Mahasiswa berdolak dalih selapas insiden kantoi itu,  dengan terpaksa mengakui sebagai  gentleman, ( Kerana kantoi, kalau x kantoi, masakan pula nak mengaku. Kalau benar-benar bagi menunjukkan keterbukaan, keberanian dan keadilan berilah tangan ke tangan. Tetapi apabila salah seorang pengedar itu kantoi barulah gelabah iaitu seperti di bawah ceritanya ;

22 Jan 2011 - Satu lagi flyers tersebar, dan menurut 4 orang saksi, mereka terlihat si pelaku sedang mengedarkannya menaiki motor apabila mereka melihat dia dalam keadaan mencurigakan sedang meletakkan flyers di motorsikal-motorsikal pelajar.
Si pelaku malangnya di kenali mereka. 4 saksi ini pada mulanya ingin tampil ke hadapan tetapi belum sempat, YDP MPPUTHM yang mendapat maklumat sama bertanya kepada si pelaku dan mungkin atas mengetahui dirinya telah di lihat, maka si pelaku terus mengaku ; Adakah flyers ini telah mendapat kelulusan untuk edaran ataupun flyer haram? Si pelaku adalah pengikut Pro -Mahasiswa. Minta pimpinan Pro -Mahasiswa mengambil tindakan displin kepada beliau kerana pihak Aspirasi merasakan dia mempunyai agenda sendiri bagi merosakkan nama Pro -Mahasiswa.

Minta YDP MPPUTHM dapat paparkan isi flyer terbaru tersebut yang bertajuk 

"JANGAN BIARKAN MAHASISWA DIPIMPIN PEMIMPIN KOLOT" ??

 Kita lihat petikan perbualan mereka di Facebook ;

  • Shahzada Khan Farhan Razi: ini hanya pertanyaan, betulkah kau yg sebarkan fliers "JANGAN BIARKAN MAHASISWA DIPIMPIN PEMIMPIN KOLOT" ??

Farhan Razi
alhamdulillah,selesai sudah kuliah maghrib di surau kktdi.walaupun xbnyk input,tapi cukuplah buat saya..
pertanyaan atau tuduhan xdak masalah sebab YA,SAYA orgnya yg sebarkan risalah tu.tapi risalah boikot AGM KI pagi tu, BUKAN SAYA.saya dh ...lena diulit mimpi.sampai subuh baru terbangun.maaf,saya bukan abid,saya cuma org biasa..
anyway,utk pertanyaan lanjut mngenai risalah tu,saya MENJEMPUT shahzada,aiman idris dan ansharullah berkunjung ke bilik saya di kktdi,g4b-007.tapi selepas jam 11.30mlm ya.ada hal sikit nk kena selesaikan.. ;)
p.s:anyway,shah,kenapa tanya mlalui msj dan status?kenapa xtnya dalam status ni saja..



Anda nilai sendiri. Sudahlah tidak mahu mohon maaf, tapi Pro - Mahasiswa jelas secara tiba-tiba kerana takut bayang-bayang sendiri dan jerat mereka mula makan tuan. Maka mereka pun buat kenyataan gentleman la kononnya. Sebelum ini tak nak bagitahu tetapi lepas kantoi gelabah puyuh buat kenyataan kononnya berani dan untuk tegakkan keadilan. 

( p:s ; Minta pembaca kawal perasaan nak gelak lepas baca kenyataan di bawah).


Hampir 60% mahasiswa UTHM telah menerima risalah ProMahasiswa bertajuk "jangan biarkan mahasiswa dipimpin pemimpin yang kolot"..Ianya bukanlah susatu hasutan atau berniat untuk memburukkan kepimpinan mahasiswa di UTHM, tetapi realiti apa yang berlaku sekarang di kampus UTHM yang kita cintai..Kita sebagai mahasiswa yang cintakan keadilan janganlah kita dibayangi perasaan takut untuk menyuarakan keadilan..


    • Pro-Mahasiswa Uthm rata-rata memuji tindakan berani ProMahasiswa UTHM mengedarkan risalahnya secara bersemuka dengan mahasiswa..tidak seperti sesetengah golongan mengedarkan risalah dengan mencampakkannya ke dalam motor, bawah pintu dan sebagainya ibarat "sudah baling batu sembunyikan tangan"...

Agak-agaknya kalau pembaca bijak siapakah yang paling di syaki kini bermain kotor? Satu jari tunjuk orang , dan dia lupa 4 jari tunjuk kat diri sendiri. 

Wahai pembaca yang budiman, kami berkongsi andaian taktik-taktik ini adalah bagi menarik undi simpati kepada mereka. Dan menuduh Pro - Aspirasi yang mengedarkan flyers, maka mahasiswa/i akan membenci kami dan simpati kepada mereka. Amatlah malang mereka sanggup melakukan perbuatan keji ini yang dinamakan teknik reverse psikologi. Matlamat menghalalkan cara.

Teori Matlamat Halalkan Cara

Kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ kerap dikaitkan dengan cetusan oleh Machiavelli di dalam karyanya
mengenai pentadbiran negara, ‘The Prince’, bahawa kesesuaian sepatutnya menjadi asas suatu tindakan. Ini
dapat dilihat dari ungkapannya, “In the actions of all men, we must look to the end. Let a prince, therefore,
win victories and uphold his state; his methods will always be considered worthy, hence the dictum, ‘the end
justifies the means.’” (“Dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang
ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera(raja) mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya; kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbullah pernyataan, ‘matlamat menghalalkan cara’”) [Niccolo Machiavelli, The Prince]. Secara ringkasnya, kaedah ini bermaksud, seseorang itu boleh melakukan apa sahaja atau mengambil apa jua cara (walaupun salah) demi untuk mencapai matlamat atau tujuannya. Ini adalah kerana yang penting atau yang diambil kira ialah matlamat, yakni tercapainya matlamat, walau dengan apa cara sekalipun.

Apa yang lebih menyedihkan kita adalah terdapat di kalangan umat Islam sendiri yang telah mengambil kaedah Machiavelli ini. Umat Islam ada yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk cara yang haram demi mencapai matlamat mereka. Matlamat berlandaskan suatu ‘kesucian atau kemurnian’ sering dijadikan justifikasi untuk menghalalkan apa sahaja tindakan yang mereka ambil. Hal ini dapat dilihat pada individu, gerakan Islam mahupun pihak pemerintah. Contohnya, atas matlamat suci untuk menyara keluarga, ada pihak yang membenarkan ibu tunggal untuk melacur kononnya kerana darurat.

Dari itu, tidak dibolehkan berkhianat untuk mendapat pertolongan dan tidak boleh melanggar perjanjian untuk
mendapatkan kemenangan perang. Sebagaimana ‘matlamat’ itu sendiri harus sesuai dengan hukum syara’,
maka sesuatu cara/jalan untuk mencapai matlamat tadi juga mestilah dibenarkan oleh syara’. Ini adalah kerana
matlamat dan cara adalah perkara yang bersangkutan dengan perbuatan manusia. Maka, yang menjadikan
sesuatu perbuatan itu mubah atau terlarang adalah dalil syara’, bukannya ‘natijah’ yang terhasil atau matlamat
yang ingin diraih.

Sekian.

17 comments:

  1. As-PARIA-Si penakut...baling batu sembunyi tangan...tahniah pro-M...berani edar risalah secara terus kepada mahasiswa...membuka mata masyarakat kampus secara berani lagi bertanggungjawab...shahzada...tunggu masa anda akan dipanggil pihak polis...sebar risalah anti AGM KI...ada saksi nampak awak

    ReplyDelete
  2. Takkan la Shahzada (YDP) nak buat? x lojik. haha

    Yang ni jatuh fitnah x? taubat2

    ReplyDelete
  3. Tunggu dan lihat...kalau bukan shahzada...ada la konco2 dia tu yg akan diheret sama...nak buat jahat tak pandai...yang badan besar pengerusi kelab 1 malaysia tu pun satu...badan besar...akal kecik...buat jahat tak reti...nak kaitkan kononnya pro-M yang sabotaj kelab iqra'...taktik bodoh as-paria-si...

    dah...jangan layan orang bodoh...balaci UMNO...pak turut...

    ReplyDelete
  4. wah pro m dah berani masuk dalam kolej perempuan. bahaya ny

    ReplyDelete
  5. haha...si pondan yang kat atas tu dok bising apa...
    haha..dah kantoi dok tuduh org len lak..
    mmg dasar bacul..aku cabar ko..kalo berani...ko post la kat wall shahzada...tuduh dia yang wat..
    pro-maharewang konon..kecut telur gak ye korang ni..
    ingat berani...haha..suruh mahasiswa berani bersuara...sedangkan diri sendiri pondan...haha

    ReplyDelete
  6. cuba anda semua kaji mengapa flyer ini disebarkan secara terancang dan teliti sehingga semua kolej kecuali melewar?sgt pelik apabila kubu kuat pro M di melewar mereka tdak mengedarkan?kaedah flyer ini sgt berterusan kerana mereka mmg gemar menggunakan cara ini..sblum ini mereka edar boikot konsert dan israel,mmg sgt bgus,tp cra yg sama digunakkan utk kepentingan mereka apabila mengunakan taktik sama spanjang minggu ini dgn mengedarkan fleyer blog pro m dan fb pro m..utk tujuan promosi supaya ramai mahasiswa dpt mereka racuni pemikiran apabila flyer fitnah yg mereka rancang diedarkan.sgt jelas taktik pro m ini.lg flyer diteruskan utk tujuan menrcuni mahasiswa dgn flyer JANGAN BIARKAN MAHASISWA DIPIMPIN PEMIMPIN KOLOT".perancangan mereka telah tersusun jelas.tp utk flyer ini mereka terkantoi OLEH Beberapa SAKSI dan trus membuat pengakuan yg jelas.

    seorg bijak pandai akan memahami taktik ini kerana serangannye tersusun dan sgt licik dgn menggunakan islam utk memburukan saudara seagama mereka sendiri.sama2 renungkan dan fikirkan!!!!

    ReplyDelete
  7. zul..si celik mata..January 22, 2011 at 9:42 AM

    sungguh pelik..sesuatu yang janggal kita dengar..apabila sesuatu yang salah atau terserlah perbuatannya, masih ada yang terus taksud menyokong tindakan tersebut dengan yakin perjuangan mereka masih relevan dan menghalalkannya..sy tertarik juga dengan semangat ini tapi sayangnya mata yang celik diselubungi lapisan gelap dari kebenaran..yang salah disembunyikan dengan menuduh dan menghina orang lain..bangganya mereka dengan sikap ini..jauh betul menyimpang dari apa yang mereka harap diteladani..wahai kawan-kawan, nerjuang kerana agama itu adalah satu sifat yang sy sangat setujui tapi janganlah benang yang basah pun masih dan di dirikan..renung-renungkan lah..

    ReplyDelete
  8. Pro Mahasiswa la yg patut menang... Natural dan membela pejalar... Berani kerana benar... Berani edar flyer kerana benar... Berani edar flyer secara terang-terangan sebab nak balas balik flyer senum kambing yg haram tu... Apa pulak kaitan nya dengan " Matlamat menghalal kan cara"... Sememang nya org tidak mahu pemimpin yg kolot, ayat tu tak salah... Lain la ayat dalam senyum kambing suruh boikot AGM KI... Kepada Umat Islam... Bersatu lah... Bersatu lah... Jangan buat malu umat Islam...

    ReplyDelete
  9. saya yakin pro-m tidak buat pengedaran flyers BOIKOT AGM tu. sy pun tak menuduh pro a sebab takda bukti tapi yang saya bangga ada orang yang mengaku terhadap pengedaran flyers pemimpin yang kolot tu. mahasiswa perlu berani, bukan bersembunyi dalam mengambil tindakan lagi-lagi sebagai pemimpin. kalau betul shah yang buat pengedaran flyers boikot AGM KI xpela Allah ada kalau bukan shah, saya doakan yang terbaik untuk die smg nama die bersih.Pengakuan farhan tu sangat berani dan sy kagum. susah nak cari mahasiswa yang berani sekarang ni.

    ReplyDelete
  10. cuba anda perhatikan ini...
    "sgt pelik apabila kubu kuat pro M di melewar mereka tdak mengedarkan"....
    maksudnye penutupan melewar adalah salah satu agenda terancang.....
    sesungguhnya orang yg dizalimi doaknya akan sentiasa dimakbulkan... TUNGGULAH WAHAI PEMIMPIN YANG ZALIM...

    ReplyDelete
  11. Salam..ana hnya org luar..mmg luar trus..xde kne mngena ngn UTHM pn...ana cma t'bc..
    bg ana apa antum dpt dgn tuduh-menuduh..xbaik tuduh klu xtau kesahihannya lg..nnt dipanggil fitnah..
    lgpn knp xckp ke dpn..jd ank jntan..ckp kt dpn trus..jgn jd mcm antum kata bling btu..sorok tngn
    b'kata bnrlh walaupn ianya pahit..jikalau apa yg antum ckp tu btul, xprlu lh takut nk utarakn...
    ana t'pnggil utk komen sbb ana t'bc ayat2 yg xsdp dibaca..sblm kata org, kita kna sdr diri sniri dlu, kita ni hamba Allah yg xlari dr melakukn kekhilafan dan x terkecuali ana..

    ReplyDelete
  12. Orang yang berani mengaku tu sebab dia kantoi kan?

    Kenapa x edar jer dari tangan ke mahasiswa?

    Pelik la, ade betul jugak blog ni cakap. Kenapa lepas kena cam baru mengaku, kalau awal2 kan bagus. Orang pun x salah faham. Lagi2 kalau bijak kenapa la nak edar flyers tu kan isu flyer boikot AGM KI baru je lepas.

    Lagi2 kena cam tergesa-gesa lepas edar tu 4 saksi tu nampak, kurang2 berlakon la pergi salam. Lepas terkantoi baru terhegeh2 mengaku untuk keberanian. Kalau orang lain baca pun nampak sangat.

    Lagi satu Pro-M kenapa nak back-up org yg dah nyata buat masalah displin? walaupun dia orang kuat, salah tetap salah. Bagi la org lain backup, macam karizimi yang menyamar tu okey gak fungsi dia, bagi dia keluarkan kenyataan. Kalau lidah rasmi Pro-M takut kalau isu ni memang susah nak cover, tercalit sama imej buruk pengikut tu.

    Penganalisis Politik.

    ReplyDelete
  13. Kaedah Mencari Kebenaran

    Dalam manusia mencari kebenaran, berbagai-bagai jalan dtempuh orang. Antaranya ialah;

    1. Mengikut orang ramai
    2. Mengikut Orang besar
    3. Mengikut Ulama-ulama'
    4. Mengikut Penguasa negara....

    xpayah arrr nk gado2.. berdamai sudah.. wat per nk heboh2, bnda kecil jer kot...

    ReplyDelete
  14. BETOL3X
    BERDAMAI LAGI BAGUS....BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH...
    LEBIH BAIK BERSATU....INDAHNYA ERTI SEBUAH KEMAAFAN....
    PERJUANGAN BIARLAH BERLANDASKAN ISLAM......
    JANGAN KERANA HAL BEGINI, HUBUNGAN KITA SESAMA SAUDARA SEISLAM HANCUR....
    FIKIR-FIKIRKAN.....

    ReplyDelete
  15. baling batu sorok tangan..org cmni ikat kaki ngn tangan gantung kaki keatas kepala kebawah je..agama sendiri lgi mau kutuk ker??? biar x warak jgn jdi kufur..

    ReplyDelete
  16. saper kita nk menghukum org lain?! kita bukan Allah S.W.T. Skang ni.. diam2 sudah.. klo gado2 pn xda maknanya.. semakin terok plak nanti.. sabar tu separuh daripada iman.. org yg marah2 ni xda iman ar gamaknya..

    ReplyDelete
  17. jgn mudah utk b'kata2 jika berkenaan agama..tu yg ana dpt iluvislam bru2 ni.....hurm..xfhm btul ana...antum blh fikir, ana psti antum mmg pndai2 belaka, jd jgnlh kita judge org sesuka hti...kita xda kelayakn utk judge seseorg tu, tmbh2 psl iman seseorg tu..krn hnya Allah sahaja yg berhak..dan maha mengetahui.
    jika btul hamba Allah itu bersalah, psti dy akn dpt blsn..mgkn di dunia dia t'lps, tapi igtlh di akhirat nnt smua perkara yg kita lakukn akn dihisab dan akan m'dpt blsn yg setimpal ats apa yg kita lakukn..Astaghfirullahal a'zim..takutnya ana...krn ana sniri xlri dr bt ksilpn tiap2 hri..
    bg ana,jika spe2 yg ada bukti majulh ke dpn..kemukakn jgn takut utk berkata bnr..tp spe yg xde, jgn ikut org je..org bgtau,,kita trima bulat2..tu ibarat lembu yg dicucuk hdungnya...lps tu kita mengata org...apa ni????
    dgr dr dua2 belah pihak..jgn dgr sblh sj..jgnlh terlalu fanatik pd 1 kump shingga xtau bezakn yg baik atau buruk..jgn disbbkn kita..kump kita jd truk..ktua yg baik pn blh dpt buruk klu org yg dipimpinnya bt hal...sbb org akn kata ktua tu xmmpu kwl ank buahnya..jd mrilh kita sma muhasabah diri kita..ana kata ni utk ana jgak..
    kedamaian itulh yg t'baik...

    ReplyDelete