Subscribe:Posts Comments

Sunday, February 20, 2011

KEBAJIKAN MAHASISWA UTHM SESI 2010/2011 - MPP UTHM PRO -ASPIRASI BUKTIKAN!!!

KEBAJIKAN MAHASISWA UTHM SESI 2010/2011 - MPP UTHM PRO -ASPIRASI BUKTIKAN!!!

Kami tidak bercakap kosong. Kami tidak beretorik pada musim-musim tertentu sahaja. Kami buktikan kepada anda apa yang kami lakukan!

Isu Umum ;

Usaha-usaha MPP 09/10

Isu:                        Pelajar tahun pertama melanggar kontrak menduduki kolej kediaman Taman Universiti semester 2 sesi 2009/2010
Kesan:                    Terdapat sekitar 30 orang pelajar perlu membayar yuran asrama walaupun tidak menginap di kolej kediaman akibat melanggar kontrak penempatan kolej kediaman tahun pertama.
Tindakan MPP:        Menyusulkan kepada TNC HEPA untuk menukarkan yuran wajib tersebut  (RM469) kepada denda RM50 sebagai penalti melanggar kontrak.
Hasil:                     Yuran wajib RM469 ditukar kepada denda RM100


Isu :                       Perkhidmatan pengangkutan transit dalam kampus UTHM yang kurang
memuaskan pada tahun 2009.
Penambahbaikan:    Kontrak tunggal Sikun Jaya Sdn Bhd pada tahun 2009 telah ditambahkan bilangan kontraktor perkhidmatan bas pada tahun 2010. Kini UTHM mempunyai 4 pihak yang beroperasi dan bersaing untuk memberi perhidmatan pengangkutan di UTHM [ Sikun Jaya, Color Plus, Eltabina dan UTHM ]
Tindakan MPP:        Kesinambungan daripada usaha MPP 08/09, MPP 09/10 teruskan usaha memantau dan menyusun semula perjalanan pergerakan bas dari masa ke semasa berdasarkan kesesuaian pelajar dan kapasiti pengangkutan.


Isu :                       Fasiliti Kolej Kediaman Taman Universiti yang kurang memuaskan
Kesan:                    Berlaku kerosakan perabot, paip bocor, siling bocor, tiada tempat membasuh pakaian, rumah terlalu padat.
Tindakan MPP:        Menyusulkan beberapa perkara:
1.      Perabot yang rosak digantikan dengan yang baru
2.      Rekabentuk sistem perpaipan dan kumbahan diubahsuai semula
3.      Membina tempat membasuh pakaian
4.      Mengurangkan kapasiti penduduk satu rumah
Hasil:                     Perabot-perabot yang rosak telah digantikan, sistem perpaipan rumah di KK Taman Universiti telah diubah secara drastik supaya tidak lagi air melimpah ke ruang tamu, tempat membasuh pakaian turut dibina, kapasiti menduduki sebuah rumah dikurangkan kepada 5orang. Penduduk di KK Taman Universiti kini lebih selesa berbanding sebelum ini.



Isu :                        Masalah tekanan air yang terlalu lemah di KK Taman Univerisiti
Tindakan MPP :          Meminta pihak universiti mengambil tindakan kepada kontraktor supaya menyelesaikan masalah ini.
Hasil:                      Beberapa siri tindakan dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini secara berperingkat:
1.      Meminta Syarikat Air Johor (SAJ) untuk meningkatkan tekanan air
2.      Memasang pam tambahan untuk menguatkan tekanan air
3.      Menambah beberapa tangki tambahan di blok A KK Taman Univerisiti
4.      SAJ membuat “bypass” pada paip utama air supaya air terus mengalir dari paip utama Batu Pahat ke Taman Univerisit.



Isu:                              Kekurangan kapasiti kolej kediaman di UTHM
Kesan:                         Pelajar kanan sukar mendapat rumah sewa di Parit Raja, harga rumah sewa luar terlalu mahal, kolej kediaman sedia ada jauh dari kampus
Tindakan MPP:           Membuat usul kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan seterusnya kepada Perdana Menteri supaya di dalam Rancangan Malaysia ke-10 di sertakan penambahan kolej kediaman di dalam UTHM.
Hasil:                           Usul telah diterima, kolej kediaman dengan kapasiti 5000 orang akan dibina di dalam kampus induk UTHM, kerja-kerja pengukuran telah dimulakan, dijangka siap pada 2012. Dijangka menyelesaikan masalah-masalah seperti penempatan pelajar kanan, masalah sosial, masalah kemalangan jalan raya , dan masalah mencari rumah sewa.


Isu:                              Masalah kehadiran kilang Evergreen Fibreboard berhampiran UTHM
Tindakan MPP:           MPP 08/09 pernah menyusulkan memorandum menutup kilang kepada Timbalan Perdana Menteri pada 2009.
-Susulan itu, MPP09/10 kemudian menyusulkan memorandum bantahan dan menutup kilang tersebut kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 23/06/2010.
-Dengan bantuan pelajar biasa, satu pasukan media dari TV1 (Titik Sentuhan) telah bertemu dengan MPP  untuk membuat liputan isu ini, dan isu ini telah didedahkan di dalam media.
Hasil memorandum:    Jabatan Alam Sekitar Batu Pahat (JASBP) mengeluarkan 4 kompaun dalam tempoh 1 bulan kepada kilang tersebut. JASBP turut menulis surat secara rasmi kepada MPP untuk memberitahu tindakan susulan berdasarkan memorandum MPP  sedang diambil terhadap kilang tersebut.


Isu:                              Liputan wireless UTHM yang tidak menyeluruh, tiada Wifi di Taman Universiti
Penerangan:                 Wireless UTHM menggunakan pencawang untuk menyampaikan signal wifi. Dalam satu kolej kediaman terdapat beberapa signal pencawang. Satu pencawang hanya boleh menampung beberapa user dalam satu-satu masa (cth 20 orang). 20 orang pertama tersebut akan dapat login dan menggunakan wifi, makala orang ke 21 dan keatas tidak akan dapat menggunakan wifi walaupun telah “connect” kepada signal pencawang. Tujuannya adalah untuk menjaga kualiti dan kelajuan perkhidmatan wifi yang diperoleh.
Tindakan MPP:           MPP telah mengusulkan kepada pihak universiti supaya menambah pencawang kepada kolej-kolej kediaman utama seperti di Perwira dan Taman Melewar yang mempunyai kapasiti pelajar yang tinggi. Namun UTHM tidak mempunyai peruntukan kewangan yang cukup untuk menambah pencawang yang banyak pada tahun 2010.
Hasil perbincangan:     Universiti memutuskan untuk memasang pencawang wifi kepada KK Taman Universiti untuk member perkhidmatan wifi, kini KK Taman Universiti telah mempunyai perkhidmatan Wifi. Penambahbaikan akan terus dilakukan secara berperingkat berdasarkan bajet tahunan yang diperoleh daripada kerajaan melalui bajet tahun 2011.


Isu:                              Fasiliti bilik kuliah yang kurang memuaskan dan rosak
Kesan:                         Banyak aircond tidak berfungsi, projector rosak, meja dan kerusi patah, plak dinding rosak
Tindakan MPP:           Melancarkan satu program PENGAUDITAN BILIK KULIAH, dengan bantuan rakan-rakan exco MPP, kami telah mengaudit semua bilik kuliah di UTHM, hasil maklumat audit diserahkan kepada pihak Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM untuk membuat tindakan membaiki fasiliti dengan segera. Tindakan MPP ini diperlukan kerana di UTHM hanya terdapat 2 staf sahaja yang memantau keseluruhan bilik kuliah UTHM, maka MPP dan rakan exco MPP bersama-sama membantu univerisit untuk keselesaan pelajar UTHM.

Isu:                              Jalan Alternatif Perwira-Kampus Induk yang bersemak tinggi
Penerangan:                 Jalan alternatif tersebut bukanlah harta dan dibawah penyelengaraan pihak UTHM, maka tiada sebarang peruntukan yg diberikan untuk membersih mahupun menyelenggara kawasan tersebut.
Tindakan MPP:           MPP mengusulkan kepada pihak HEP, PPH dan Bendahari untuk melakukan kerja pembersihan semak pada kawasan tersebut. Usul MPP adalah supaya jalan alternatif tersebut di bersihkan secara berkala.
Hasil:                           Pihak pentadbiran university telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan untuk membersihkan jalan alternatif secara berkala. Semak yang tinggi di jalan tersebut telah dibersihkan awal semester 1 dan 2 sesi 2010/2011. 


Isu:                  Tempat parkir motosikal di G3 kurang
Penerangan:                 Berlaku beberapa insiden motosikal pelajar jatuh dan rosak akibat berlaku keadaan parkir yang sangat sempit di kawasan G3.
Tindakan MPP:           Mengusulkan kepada pihak Keselamatan UTHM untuk menambah kawasan parkir, dan membuat usul kepada pihak PPH untuk mempercepatkan proses mengecat kawasan parkir motor.
Hasil:                           500 tempat parkir baru motosikal disediakan di kawasan G3.


Isu:                        Kebersihan tempat buangan kafetaria kolej kediaman
Penerangan:                 Berdasarkan pemantauan semasa MPP, terdapat banyak longkang dan paip yang tersumbat di kawasan kafetaria. Akibatnya air kotor daripada sisa makanan dan masakan melimpah masuk kafetaria dan menghasilkan bau yang busuk.
Tindakan MPP:           Membuat usul kepada pihak PPH bagi membersihkan semua kafetaria
Hasil:                           Semua longkang dan paip yang tersumbat di kafetaria diselenggara.


Isu:                        Kurang kawalan keselamatan di kolej kediaman Taman Universiti dan Pelajar Tanpa Asrama Kelisa
Penerangan:                 Berlaku beberapa insiden dimana motosikal pelajar dicuri, dan mahasiswa bebas bergaul diantara blok lelaki dan perempuan kerana tiada pemantauan daripada pihak keselamatan.
Tindakan MPP:           Mengusulkan kepada pihak HEP dan Keselamatan UTHM untuk membina pondok pengawal dan mengupah pengawal keselamatan bagi menjadi keselamatan dan masalah-masalah yang berkaitan dengan sosial mahasiswa.
Hasil:                           Pihak pentadbiran UTHM bersetuju mengupah pihak swasta untuk menyediakan pengawal keselamatan di kedua-dua kolej kediaman dan pelajar tanpa asrama bagi menjalankan tugas mengawal keselamatan.


Isu:                        Keadaan jalan raya yang rosak di UTHM
Tindakan MPP:           Mengusulkan kepada pihak PPH supaya mengambil tindakan membaiki jalan-jalan yang rosak
Hasil:                           Jalan raya telah dibaiki, ia memakan masa sekitar 3 minggu bagi memastikan “crusher run” yang ditabur adalah benar-benar mampat dan tidak berlaku tanah mendap dan rosak semula.



Isu:                              Pelajar kanan memerlukan penginapan di kolej kediaman
Penerangan:                 Sekumpulan pelajar kanan tidak sempat mencari rumah sewa ketika kontrak penginapan di kolej kediaman mereka hampir tamat, maka mereka memulakan semester baru mereka tanpa rumah.
Tindakan MPP:           Memohon kepada Unit Perumahan Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk membuka semula permohonan untuk menginap di kolej kediaman bagi pelajar kanan pada semester 1 sesi 2010/2011
Hasil:                           Permohonan MPP berjaya dan peluang untuk pelajar kanan memohon kolej kediaman di buka semula dan majoriti besar kumpulan pelajar kanan tersebut mendapat penempatan di kolej kediaman.

 
Isu:                              Sebilangan pelajar tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen kerana tarikh konvo bertindih dengan peperiksaan akhir semester
Tindakan MPP:           Mencari jalan dan berunding dengan pihak Pengurusan Akademik, pihak Dekan Fakulti yang terlibat dan penyelaras subjek yang bertindih tersebut supaya kumpulan pelajar tersebut boleh mengambil peperiksaan akhir pada masa yang lain
Hasil:                           Sekumpulan besar pelajar tersebut dibenarkan untuk mengambil peperiksaan pada waktu lain dan mereka dapat menghadiri Majlis Konvokesyen di IPT mereka sebelum ini.


Isu:                              Harga makanan kafetaria dan Arked yang tidak konsisten (kadang kala mahal, kadang kala murah)
Tindakan MPP:           Mengkaji harga dinding yang sepatutnya dikenakan oleh peniaga makanan, MPP turun padang dan memantau secara berkala penetapan harga makanan bagi kafetaria-kafetaria yang banyak mendapat aduan daripada pelajar
Penerangan:                 Di fahamkan bahawa Arked adalah tempat menjual makanan yang mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding kafetaria lain di UTHM, maka harga makanan di sana adalah lebih mahal berbanding kafetaria lain.
Hasil:                           Kafetaria-kafetaria yang dipantau tersebut dilaporkan kepada pihak HEP dan pihak pengurusan sendiri turun dan memantau harga makanan pada awal tahun 2010, kini harga makanan kafetaria di UTHM stabil.



Isu:                             Pertindihan tarikh peperiksaan akhir iaitu tarikh dan masa sama dengan peperiksaan MUET.
Tindakan MPP:           Mohon PPA mengubah tarikh peperiksaan akhir yang melibatkan subjek fakulti kepada tarikh lain mengikut persetujuan semua pelajar yang terlibat.
Hasilnya:                     Pelajar yang terlibat boleh mengambil kedua-dua peperiksaan.


ISU/MASALAH AKADEMIK


 
BIL
ISU/MASALAH
ULASAN ISU/MASALAH
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PUSAT TANGGUNGJAWAB YANG TERLIBAT
5
Jadual kuliah
Jadual kuliah pelajar dari pukul 5-7 ptg tidak sesuai kerana waktu untuk riadah dan latihan utk pelajar mewakili universiti dlm acara sukan.
Menetapkan jadual kuliah yang lebih teratur
PPA
6
Ujian pada hari Sabtu dan Ahad
Hari sabtu dan ahad adalah hari untuk pelajar menyertai aktiviti kelab dan ko-korikulum.
Diadakan minggu ujian supaya waktu ujian dapat diseralaskan.
Tidak pasti
7
Projek akademik
Terdapat subjek yang memerlukan pengambilan data diluar dr universiti. Perlu ponteng kelas utk laksana kan projek.
Pelajar boleh memohon pengecualian kuliah sekurang-kurangnya 2 hari dlm 1 semester utk melaksanakan projek.
Tidak pasti


8
Syarat bergraduan band 2
Seperti yang diketahui, 2 tahun lepas terdapat seramai 700 orang tidak dapat bergraduan kerana syarat bergraduan adalah band 3, maka TNC A pada ketika itu telah bersetuju untuk menurunkan kepada band 2, tetapi kini UTHM sedang menuju kearah universiti bertaraf antarabangsa, dan kualiti graduan perlu ditingkatkan supaya boleh bersaing dengan baik dengan graduan daripada universiti lain. Akibat daripada syarat bergraduan band 2,standard graduan di UTHM kini menjadi lebih rendah berbanding IPTA lain yang menetapkan syarat band 3 dan ke atas.

 Ubah semula syarat bergraduan MUET kepada band 3
Senat
9
Jadual waktu kuliah yang sering bertindan dengan subjek lain dan tidak sesuai waktunya
Pada awal semester 2 sesi 2009/2010, banyak kuliah daripada setiap fakulti telah bertindan dengan jadual kuliah daripada fakulti lain cth: pelajar FKMP yang mengambil subjek kenegaraan daripada FSSW, akibat daripada pengeluaran jadual yang berbeza waktu daripada dua fakulti tersebut untuk subjek kenegaraan, pelajar-pelajar terpaksa mencari waktu berlainan dan menyusun semula jadual waktu mereka untuk mengadakan kuliah untuk subjek tersebut, tetapi pelajar mengalami kekalutan untuk mencari waktu yang sesuai kerana rata-rata pelajar dalam 1 seksyen kenegaraan terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti
Mengadakan 1 pensyarah sebagai wakil untuk mengajar subjek seperti kenegaraan untuk 1 fakulti sahaja, pelajar-pelajar daripada fakulti berbeza tidak akan bercampur dalam 1 seksyen bagi mengelak masalah berbangkit seperti mencari masa yang sesuai untuk ujian atau pembentangan projek.
Setiap fakulti
10
Wang anugerah konvokesyen lambat masuk
Terdapat ramai pemenang anugerah seperti anugerah Puan Sri Sapura dan Anugerah Cancelor lambat mendapat wang anugerah mereka. PPA dan bendahari memakan masa sehingga 1 semester bagi menguruskan hal berkaitan wang anugerah. Untuk pengetahuan, bendahari mengatakan bahawa anugerah seperti Puan Sri Sapura tidak mendapat tajaan untuk diberi kepada pelajar, maka wang yang diterima oleh pelajar adalah daripada dana univerisiti dimana pelajar dianggap sebagai penceramah dan bayaran wang penceramah tersebut adalah sebagai wang anugerah.

1.Pastikan tajaan telah diperoleh sebelum memberi anugerah kepada pelajar.

2. Keluarkan memo atau menghubungi pelajar-pelajar berkenaan status anugerah tersebut.
PPA dan bendahari
11
Masalah pengurusan tempat latihan industri di UHKI
Terdapat ramai pelajar yang mengadu mempunyai permasalahan mengenai pengurusan tempat latihan industri di UHKI. Antaranya ialah :

-          Layanan staf UHKI (di kaunter ) yang tidak memuaskan dan tidak mesra

-          Pelajar masih ramai tidak mendapat tempat latihan industri walaupun di saat-saat akhir


Sistem pengurusan yang lebih efektif dan berkesan serta layanan yang memuaskan daripada staf UHKI
UHKI
12
Masalah penggunaan bahasa
Penggunaan Bahasa Melayu dalam pembelajaran walaupun dengan adanya pelajar antarabangsa di dalam kuliah tersebut
1.Menggunakan Bahasa Inggeris pada waktu pembelajaran

2.Pelajar antarabangsa diasingkan dan diajar pada waktu lain/palajar antarabangsa ditukar pada seksyen lain

PPA
13
Pelajar antarabangsa berasa lesu dan tidak aktif di UTHM

Mereka tidak mahu sekadar pergi kelas belajar dan kemudiannya balik ke bilik.
Menjadi medium yang sesuai untuk  berkomunikasi dengan pelajar  tempatan
Pejabat Antarabangsa

Pejabat Hal Ehwal Pelajar

14
Terdapat jurang di antara pelajar antarabangsa dengan pelajar tempatan
Mereka sukar nak berkomunikasi dengan pelajar tempatan

Setiap pelajar asing yang datang diwajibkan menjalani kursus intensif Bahasa Malaysia.
Pejabat Antarabangsa

Pejabat Hal Ehwal Pelajar

16
Pelajar antarabangsa menghadapi masalah kurang pemahaman bahasa Melayu
Sekiranya terdapat kelas yang bercampur dengan pelajar antarabangsa, pensyarah akan menggunakan Bahasa Inggeris yang kadang kala kurang difahami oleh pelajar antarabangsa serta pelajar tempatan
Setiap pelajar asing yang datang diwajibkan menjalani kursus intensif Bahasa Malaysia
Pejabat Akademik
17
Pelajar antarabangsa memerlukan sebuah kelab yang rasmi bagi  membolehkan mereka terlibat dalam kegiatan berorganisasi
Mereka berasa lesu kerana sukar mendapat peluang untuk berorganisasi.
Menubuhkan sebuah kelabpelajar antarabangsa sebagai platform untuk member mereka peluang berorganisasi dan menimba pengalaman.
Pejabat Antarabangsa

Pejabat Hal Ehwal Pelajar



 
Usaha MPP di peringkat Fakulti FKMP

Diterajui oleh:
1.            SHAHZADA KHAN BIN NAWAB KHAN
2.            PUA TIONG ENG
3.            SUFIAH BINTI MOHAMAD
4.            HAFSA BINTI MOHAMMAD NOR
5.            MELISSA YAU WEE LING
6.            SYAZWAN LIYANA BINTI SULAIMAN

MPP FKMP telah mengatur pertemuan bersama Dekan FKMP iaitu Profesor Dr. Sulaiman bin Hj Hassan
Dan Timbalan Dekan Akademik FKMP iaitu  Prof. Madya Dr. Hj Badrul bin Omar pada 30 Jun 2010.

Perjumpaan selama 3jam itu telah diisi dengan Amanat daripada Dekan FKMP kepada pelajar-pelajar FKMP, dikesempatan itu, MPP telah mengusulkan Tujuh (7) isu berserta cadangan bagi penambahbaikan kualiti pembelajaran di FKMP


Isu:                         Subjek kuliah/teori 3jam credit yang terlalu membebankan ( ada  makmal dan projek makmal)
Kesan:                  -jam belajar digunakan untuk projek dan makmal
-pelajar kekurangan masa untuk fokus kepada tugasan dan pembelajaran kuliah.
Cadangan:           -laporan makmal perlu dikurangkan beban
-satu kumpulan hanya menulis 1 laporan
                                -laporan berbentuk ringkas
-projek yang diberi perlu mengambil kira beban tugasan yang diberi semasa kuliah.


Isu:                         Makmal 1jam kredit terlalu tinggi beban laporannya (1 makmal 10 laporan, 1 laporan sekitar 15-20 muka surat, 1 sem 2 makmal)
Kesan:                  -satu laporan mengambil masa yang terlalu lama (minimum 3 jam untuk menyiapkan 1 laporan)
-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ujian dan aktiviti sepanjang semester kerana terlalu sibuk dengan penulisan laporan
Cadangan:           - menyediakan templat  laporan yang dapat diisi terus oleh pelajar
-graf dan sebarang carta boleh di fotostat untuk kegunaan 1 kumpulan
-tidak perlu menyalin semula teori dari dalam buku modul
-memastikan pelajar menghantar laporan pada hari yang sama




Isu:                         Semester pendek hanya untuk pelajar tahun akhir, dan tiada pensyarah untuk
mengajar semester 3
Kesan:                  -Pelajar terpaksa menambah tempoh pengajian sekiranya gagal satu subjek kerana kredit belajar setiap semester adalah 18jam.
-Pelajar tidak berupaya membaiki keputusan CGPA sekiranya tidak mampu mengambil kredit tambahan dalam 1 semester.
Cadangan:           -membuka semester 3 kepada semua pelajar FKMP tidak mengira tahun belajar
- menyediakan pensyarah untuk mengajar subjek-subjek yang kritikal setiap semester 3 bagi mengelak masalah tiada pensyarah.

Isu:                         Kerosakan mesin-mesin untuk menjalankan projek tahun akhir
Kesan:                  -projek tahun akhir tergendala
Cadangan:           -membuat penyeliaan secara berkala untuk semua mesin-mesin supaya memenuhi
keperluan projek pelajar.
-memberi tumpuan penyelengaraan terhadap mesin-mesin yang digunakan bagi membuat projek-projek pelajar

Isu:                         1 subjek mempunyai terlalu ramai pensyarah (5 pensyarah).
Kesan:                  -berlaku kekeliruan dengan cara mengajar
-pemberian tugasan terlalu banyak ( 1 pensyarah 2 tugasan )
-masalah merujuk untuk pembetulan ujian oleh pensyarah yang berlainan
Cadangan:           Kepelbagaian pensyarah mengajar satu subjek adalah sangat efektif dan mengurangkan masalah bias atau pemberian markah yang tidak seimbang, namun MPP mencadangkan supaya bilangan 5 orang dikurangkan kepada 3 orang sahaja untuk keselesaan pelajar merujuk kepada kesan di atas.

Isu:                         Tiada lawatan ke industri yang diwajibkan untuk mana-mana subjek mekanikal
Kesan:                  -pelajar kurang pendedahan kepada teknologi industri semasa
-pembelajaran hanya tertumpu kepada teori dan peralatan di UTHM
-kurang komunikasi antara pelajar dan industri
Cadangan:           -Penasihat Akademik perlu menganjurkan lawatan industri untuk anak-anak PA
-mewajibkan setiap PA untuk melakukan lawatan industri sekurang-kurangnya 1 kali sepanjang pengajian di UTHM.

Isu:                         Sahsiah pelajar mekanikal tidak diberi perhatian yang cukup
Kesan:                  -pelajar hadir ke kelas dengan memakai baju round neck dan selipar
Cadangan:           -semua pensyarah perlu tegas menyatakan syarat memasuki kelas mereka ketika penerangan RPP pada hari pertama pertemuan. ( ketika RPP diterangkan, perlu disertakan kod pakaian ketika kuliah)



 PRO - ASPIRASI REALISTIK . MARI MENGUNDI CALON-CALON PRO - ASPIRASI UTHM!!!











7 comments:

  1. eeeeee yeke...bkn prjuangan brsama2 mpp dr pro-m ke....klw x...xleh jd asenye...sbb pro-a nie ikot ckp hep je..mcm lembu kena tarik ngn tuannye.....

    ReplyDelete
  2. ha`ah la...mmg betul pun....pasal PRO ASPIRASI adalah perjuangan MAHASISWA selari dengan Pentadbiran universiti...x per ikut telujuk hep...mmg kerja mpp pun memalui hep....x la wat kerja sembunyi disebalik takbir...wat kerja gunakan masjid dan surau untuk memperdayakan mahasiswa dan meracuni pemikiran mahasiswa semua untuk menentang hep dan universiti...busukan nama universiti dalam surat2 kabar politik luar...apa namanyer tue...politik kampus punya cerita...kampus kasi setel la...ni mtk simpati dr parti politik luar wat per...pigi daa....

    ReplyDelete
  3. pro A terbaik....sy sokong pro A!!

    ReplyDelete
  4. argh! Aku tak peduli dierang kena cucuk hidung ke apa! yang pasti hasil2 kerja Pro Aspirasi MEMANG TERBAIK!!
    aku sokong Pro Aspirasi!!!

    ReplyDelete
  5. isu besar di heboh kn.. isu2 kecil??? di mana die?? adakah itu dinamakan menolong pihak pelajar?? saya bukn hendak menidakkan segala yang berlaku.. tetapi.. saya antara org yang rapat dengan mereka bergelar mpp 2009/2010.. byk yang saya minta tolong darpd pihak mereka.. tp tiada respon... harap tak berlaku pada taun ini.. tak kira la PRO mane pn... salam

    ReplyDelete
  6. saya pun ada mtx tlg mpp pro m dulu....hasilnya hingga kini tiada apa-apa....last ari2 kawan saya mtx tlg isu kelab,tp abg anas tak layan...kecewa kawan saya...

    ReplyDelete