Subscribe:Posts Comments

Friday, February 25, 2011

Keputusan Penuh Pilihanraya Kampus ( Seluruh IPTA) : Pro- Aspirasi 17, Pro Mahasiswa 3

Keputusan Penuh Pilihanraya Kampus 
(Seluruh IPTA) : Pro- Aspirasi 17, Pro Mahasiswa 3


Pilihan raya kampus di UNIMAP telah berakhir pada 24 Februari 2011 dengan menyaksikan kumpulan Pro Aspirasi menyapu bersih kesemua 19 kerusi yang dipertandingkan. Elemen Pro M ditolak secara total di UNIMAP. Dengan berakhirnya pilihan raya di UNIMAP maka berakhirlah musim PRK (pilihan raya kampus) bagi sesi 2011 dengan keputusan 17 bagi pro pelajar dan 3 bagi Pro M yang hanya berjaya menguasai (UM, UKM dan UIA).

Secara keseluruhan, daripada sejumlah 602 kerusi yang dipertandingkan, kumpulan pro Aspirasi masih lagi menguasai 70% daripada jumlah kerusi Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh negara. Pro M hanya kuasai 26.07% sahaja dan selebihnya adalah daripada calon bebas. Banyak versi keputusan pilihan raya kampus telah dimanipulasikan oleh media-media pembangkang untuk menunjukkan sesuatu kampus telah dikuasai mereka.

Realitinya, hanya di tiga IPT sahaja pembangkang kuasai, majoriti yang lain masih lagi cintakan demokrasi cara Aspirasi. Majoriti menolak cara politik kotor, politik kasar, politik melampau dan ganas di IPT yang cuba dibawakan oleh kumpulan Pro M. Selamat bertugas pada semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar seluruh negara. Ingat tempoh ini hanya setahun sahaja sebelum pilihan raya kampus diadakan sekali lagi. Bila majoriti menang, itulah manifestasi demokrasi yang sebenar.

Sumber : Angin Perubahan

10 comments:

  1. alhamdulillah,,takziah n tahniah kpd pro-aspirasi n pro-Mahasiswa..kpd pro-A,pimpinlah dgn baik.kpd pro-M,pimpinlah UM,UKM N UIA dgn baik..Pro-M kna kental cket coz yela kampus TERTUA dipegang,ofcoz lebih susah berbanding kampus kecik2..rmai budak2 yg amat intelek d sne..PANDAI mereka memilih..kredit tu PRO-M..

    ReplyDelete
  2. Saya suka Aspirasi.. ProM hipokrit.

    ReplyDelete
  3. a'a,,pro M hipokrit..pro A x hipokrit. telus menuju mahasiswa..d kalgn kami sosial,kami tunjuk kat sume org.buat apa nk sembunyi walaupun sosial tu contoh yg buruk..tangkap gambo bercampur lelaki pompuan xpe,u hukum manusia halalkn,hukum islam belakang crita la..btol x???

    ReplyDelete
  4. haha.. i like ur statement. ;))
    bilala UTHM nak slalu2 ada dalam keadaan aman harmonikan.??
    penuh dengan aktiviti2 berfaedah dan bermanfaat kepada semua. means boleh guna kat dunia n sumbang saham untuk akhirat kelak..
    Kan best mcm tu. xde la rase sia2 join aktiviti ape2 pon. xpayah risau2. ingatla kita nie sume manusia akhir zaman. tanda2 kiamat pun da dekat. Apa salah persiapkan diri dengan perkara2 yg sewajarnya.waktu sekarang ni lah seronok nak buat timba ilmu, lakukan aktiviti.. nnt masa depan da sibuk dgn perkara lain pula~ Senang bercakap tp payah nak laksanakan. Bangunlah wahai manusia dr lenamu. xde yg terlambat before MATI. Kepada pemimpin2 sekalian, tanggungjawab anda sangat amat berat. Semoga kalian tabah dan teguh berdiri. Tahniah dan takziah kepada semua kepimpinan yang telah terpilih.

    ReplyDelete
  5. kpda spe2 yg nak bangkang kerajaan tu...pk2 la...korng msuk bljr tu kerajaan tggung kos anda belajar...bukn seribu..dua ribu...berbelas ribu.....nak tegak kn keadilan ada caranya..anda sbgai mahasiswa mest anda berpikiran tggi n waras...demokrasi yg terpimpin..bukn demokrasi emosi...pihak universiti nak lahirkn mahasiswa yg berintegriti tinggi..bukn beremosi membrontak...
    perjuangan keadilan yg harmoni memberi output yg tidak ternilai....
    renung renungkan.....

    ReplyDelete
  6. haha. a'ah mmg kerajaan tggung. tapi duit kerajaan ke semua tu?? duit poket diorang?? bukak2la minda sikit¬ membangkang bukan atas perkara yg x sewajarnya. tapi perkara yg mmg sewajarnya. contoh analogi plg senangla aku bg, mak ko bg ko duit suruh ko blaja, tp ko g beli ganja. salah ke x perlakuan tu? tepuk dada tanya imanla¬

    ReplyDelete
  7. memilih pro-M bukan bermakna menolak segala kebaikan yang telah dilakukakn pihak kerajaan. lihat saja pada dasar dan ideologi pro-M itu sendiri, lantas teruskan perdebatan sihat bersama.

    MPP UNISEL

    ReplyDelete
  8. sejak bila pulak proM mewakili pembangkang dan proA mewakili kerajaan? akta AUKU no politic in campus kot.. sesiapa manifesto bagos undi jelah dia xde hal. kan?

    ReplyDelete
  9. tiada politik di kampus?? itu lapok, skrg visi nya berbeza setelah AUKU dimansuhkan.. Mahasiswa punya hak bersuara.. kita bukan benci kerajaan tp kita benci gagasan korupsi yg dibawa mereka..

    ~STUDENT POWER!!!!!

    Exco Penerangan & Multimedia Pro Mahasiswa UNiSEL

    ReplyDelete