Subscribe:Posts Comments

Thursday, February 17, 2011

PRO - ASPIRASI UTHM BOIKOT PILIHANRAYA KAMPUS UTHM

PRO - ASPIRASI UTHM BOIKOT PILIHANRAYA KAMPUS UTHM


UTHM, 17hb Feb - Pimpinan Pro - Aspirasi UTHM sebulat suara memboikot pilihanraya kampus UTHM selepas sesi penamaan calon.

Setakat jam 7.00 p.m hari ini, tiada lagi poster-poster calon-calon Pro - Aspirasi UTHM di naikkan di kampus. Pihak Pro - Aspirasi UTHM menyatakan kekecewaan dengan beberapa isu yang timbul semasa penamaan calon. 


Pihak Pro - Aspirasi UTHM menggariskan beberapa tuntutan kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM ;

(1) Apakah piawaian yang di gunakan apabila calon daripada pembangkang di mana pointer di bawah 2.70 dibenarkan bertanding? Kali pertama dalam sejarah Pemilihan MPP, terdapat calon yang dibenarkan bertanding CPA di bawah 2.70. Terdapat calon daripada Pro - Aspirasi yang CPA di bawah 2.70, Dekan Fakulti tidak benarkan bertanding tetapi calon daripada pembangkang dibenarkan. Minta penjelasan.

(2) Peraturan kempen di buat secara lisan tanpa hitam putih dengan peraturan-peraturan yang memperlekehkan mahasiswa. Apakah rasional kempen telah di buat secara berjadual iaitu telah ditetapkan masa di kolej-kolej kediaman. Adakah ini sekolah?  Di mana kebebasan mahasiswa untuk berpolitik di kampus seolah-olah peraturan pada tahun ini mengikat mahasiswa untuk menyuarakan hasrat sebagai pimpinan sempena pilihanraya kampus. Malah lebih mengejutkan untuk berkempen sahaja sekarang terpaksa meminta kebenaran pengetua ataupun felo. Apakah rasionalnya pada tahun ini? Peraturan ini kalau di lihat di sebut hanya secara lisan tanpa apa-apa notis, buku panduan, atau apa-apapun yang yang bercetak. 

(3) Halangan berkempen di media baru. Tidak membenarkan mahasiswa berkempen di Facebook. Kita sekarang di abad-21. Sedangkan dunia luar sekarang menggerakkan segalanya melalui media baru seperti Facebook. Lihat sahaja bagaimana gerakan di Mesir dimulakan di Facebook. Apakah rasional halangan berkempen menggunakan media baru oleh Pejabat HEP pada tahun ini? 

(4) Halangan berkempen menggunakan idea kreatif seperti berkonvoi. Maka kehangatan yang di tunggu-tunggu hanya setahun sekali oleh masayrakat kampus telah terpadam. Sekali lagi peraturan baru yang tidak rasional.

BERDASARKAN ini, pihak Pro - Aspirasi telah membekukan segala kempen pada hari ini, sehingga satu penjelasan di buat oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Pihak Pro - Aspirasi telah membawa isu ini ke peringkat atasan Pentadbiran Universiti untuk diberikan perhatian. Pihak Pro - Aspirasi UTHM tidak teragak-agak untuk menyuruh calon-calon kami menarik diri dalam masa terdekat ini termasuklah yang telah menang untuk memboikot pilihanraya kampus kali ini.

Untuk sesi pada malam ini bersama sempena roadshow TNC HEPA, pihak Pro - Aspirasi tidak akan memakai baju rasmi Pro - Aspirasi dan calon-calon kami tidak akan berkempen pada malam ini. 

Sekian, Terima kasih.

Update : 9.00 p.m

Arahan : Calon-calon di minta berucap pada sesi malam ini, Keputusan rasmi berkenaan akan di umumkan pada esok hari. Kempen lain masih di bekukan.

15 comments:

  1. point no 3..
    adohai..nk kembali ke zaman batu ke apa.
    lepas ni suruh dorg sekat panggilan telefon keluar, sekat talian internet, jangan bagi pelajar keluar dari parit raja..ha3

    point 4,
    menyekat kreativiti pelajar.
    dicadangakan hapuskan sahaja subjek Kreativiti dan Inovasi,..

    -------

    Keempat² garis panduan memang mengarut..

    ReplyDelete
  2. boikot je...
    saya tidak berpuas hati tentang calon yang pointer berada di bawah 2.70 tu yang di benarkan bertanding...
    tidak boleh!!....
    kalau pointer sendiri tak terjaga, macam mana nak jaga orang lain?... sendiri study main2, nnt jadi mpp pun main2... bukan nye tak pernah ada MPP yang jadi sleeping partner je... ramai da MPP sebelum2 ni yang just nak title MPP, supaya sijil kuat, banyak program, terlepas dari yuran.... dan macam2 lagi la benefit...
    pihak HEP, tolong haramkan pelajar yang pointer di bawah 2.70 tu daripada bertanding..kalau dibenarkan jugak, dah lama da sy bertanding...
    kawan2 sy ramai jugak yang bertanding la kalau mcm ni...

    pilihan raya ape tah mcm ni....
    sengal!!~

    ReplyDelete
  3. sejak bile pro-Aspirasi ni da pandai xpuas hati ngan HRP. Sejak dari dulu la korunk ni mmg ikut HEP kn? mcm nk raih undi je.. first-time ni pro aspirasi raih simpati camni.. so funny~ :D

    ReplyDelete
  4. so funny......hahahahahh.....

    ReplyDelete
  5. pasni makcik kantin ngn makcik cleaner pun nak turut bertanding. pointer bukan masalah.

    ReplyDelete
  6. (1) Apakah piawaian yang di gunakan apabila calon daripada pembangkang di mana pointer di bawah 2.70 dibenarkan bertanding? Kali pertama dalam sejarah Pemilihan MPP, terdapat calon yang dibenarkan bertanding CPA di bawah 2.70.(SILA RUJUK NOTIS PRK) Terdapat calon daripada Pro - Aspirasi yang CPA di bawah 2.70(OoOo..ADE JUGA DAK ASPIRASI POINTER KURG 2.7 NAK BERTANDING), Dekan Fakulti tidak benarkan bertanding tetapi calon daripada pembangkang dibenarkan. Minta penjelasan.(CONFIRM NI KES JELES TERLEBIH NI=))
    PS~LEN KALI,MNTAK LA TIPS DARI CALON BERTUAH TU CMNE NAK DPT KELULUSAN DEKAN.

    ReplyDelete
  7. MTK LA TIPS..DAH KAU TU NASIB MALANG...NAK PENJELASAN LEBIH RUJUK DEKAN LA...SUSAH APA

    ReplyDelete
  8. slm...sapa yg bagi kelulusan....Dekan kn?dekan bkn sebarangan org...Dr. tu....sblm bg kelulusan msti dah ada Q&A...dan dekan mmsti puas hati dgn jwpn calon...so di sain la....
    Adakh aspirasi mprtikaikan kuasa yg ada pd dekan?
    pelik2...

    ReplyDelete
  9. bro, lu tengok la skang ni, kebenaran dah bnyak terbukti, mahasiswa sudah pandai menilai yg mana kaca n yg mana intan...
    bajet bleh pancing undi la ni...

    ReplyDelete
  10. Untuk sesi pada malam ini bersama sempena roadshow TNC HEPA, pihak Pro - Aspirasi tidak akan memakai baju rasmi Pro - Aspirasi dan calon-calon kami tidak akan berkempen pada malam ini.

    Sekian, Terima kasih.

    Update : 9.00 p.m

    Arahan : Calon-calon di minta berucap pada sesi malam ini, Keputusan rasmi berkenaan akan di umumkan pada esok hari. Kempen lain masih di bekukan.
    -MACAM LALANG!!!-

    ReplyDelete
  11. aku dpt citer...mamat nie ...siap merayu2 kat jawatankuasa rayuan...siap menangis2...berjanji akan tingkatkan pointer kepada 3.5.....kah..kah...kah....gelak aku...siap budak2 diorg menangis...farhan..farhan...sudah...sudahla....pointer nyawa2 ikan...baik tumpu pada study laaa....silap2 masuk mpp KG...

    ReplyDelete
  12. everyone have possibility utk turun @ naik pointer, x semesti nye calon yg bertanding dgn pointer 3 point ke atas tu x kan jatuh.. depend pada diri kite la kan.. kalau org tu pointer die bawah 2.7 pon tapi die ade keyakinan utk bertanding, ape masalahnye?? x de pon dlm syarat kate bawah 2.7 x layak bertanding... and kalau one day die berjaya tingkat kan pointer die sampai 3.5, kan itu satu motivasi pada mahasiswa len...everything is possible, you will never know if you dont even try... jangan la asyik nak kutuk org je, be positif

    ReplyDelete
  13. sepatutnya benda ni semua dijadikan sebagai cabaran...
    think positif a... klu cabaran cam ni pon dah cuak cm ner plak ngan cabaran apabila memegang jawatan mpp nanti....
    berkenaan ngan pointer 2.7 tu ak rase bkn lah kayu ukur untuk menilai kredibility seseorang untuk meminpin. adakah orang yg pinternyer bagos sahaja yg boleh meminpin.
    macm mana pula kalau yg pointer bagos 2 then dapt jadi mpp tapi x boleh meminpin...?
    saya memang maseh tidak faham dgn pilihanraya kampus ni dan hanya memberi pendapat sekadar kefahaman saya sahaja

    ReplyDelete
  14. Jangan undi pro Aspirasi weh... merapek je dorang ni, stakat jadi boneka Hep x payah la..

    ReplyDelete
  15. kta kira mcm ni la... klau spa nk jd mpp 2 sya rse pointer 2 kna kukuh... pling krung pun 3.5 la.... sbb klau jd mpp ni brat kerja die... kna pndai bhagi msa.... so phak u ni pun kna pndai la buat paraturn untuk spa nk jd calon....dlm hal ni pelajr xslah tp pentadbirn yg kurng pndai mengurusknye..... berat nanang

    ReplyDelete