Subscribe:Posts Comments

Monday, January 31, 2011

Pro - Aspirasi UTHM gesa Perdana Menteri Malaysia pindahkan Mahasiswa di Mesir Segera

Pro - Aspirasi UTHM  gesa Perdana Menteri Malaysia pindahkan Mahasiswa di Mesir segera.

Pihak kami telah menghantar kenyataan  melalui Facebook  & E-mail Perdana Menteri Malaysia. Semoga ianya menjadi salah satu pemangkin bagi mencari jalan penyelesaian segera demi keselamatan & kebajikan mahasiswa di Mesir. 

Komen ke Facebook PM
 
E-mail ke Blog PM
Pro - Aspirasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merupakan sebuah gerakan mahasiswa di kampus menggesa agar mahasiswa kita di Mesir dipindahkan segera samaada terus ke Malaysia atau memindahkan mereka ke Negara Arab lain buat sementara bagi mengelakkan risiko yang lebih buruk apatah lagi apabila insiden ini telah mengorbankan lebih 100 nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada ribuan yang terlibat. Pihak Pro - Aspirasi UTHM amat prihatin dan bimbang tentang keselamatan dan kebajikan kira-kira 11,000 pelajar Malaysia di Mesir berikutan demonstrasi dan protes besar-besaran di negara tersebut yang telah berlarutan sejak dari 25 Januari lalu.

Kami melihat keperluan untuk tindakan segera ini amat penting lanjutan daripada kemaraan pihak tentera di beberapa lokasi strategik dan risiko sekiranya lokasi perhimpunan tidak lagi selamat. Malah, ada diantara mahasiswa kita yang dilaporkan terkandas lantaran penerbangan pulang yang dibatalkan.

Kita mohon Wisma Putra dapat mengambil tindakan segera bagi menurangkan kebimbangan ahli keluarga mahasiswa Mesir di Malaysia.

Mohon jasa baik PM untuk mengambil berat isu ini. 
 
Sekian, terima kasih.

Sunday, January 30, 2011

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia

Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.

Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.

“Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu.

“Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu," katanya. 
Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan.

Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang.

Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir.

Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.


PERTAHANKAN AUKU DENGAN BERHIKMAH

PERTAHANKAN AUKU DENGAN BERHIKMAH

Pihak Pro - Aspirasi UTHM mengambil pendirian untuk mempertahankan AUKU atas dasar rasional. Adalah tidak logik untuk memansuhkan AUKU yang merangkumi ;

1. GOVERNANS/TADBIR URUS
2. PEKERJA
3. MAHASISWA

 

Pendekatan berhikmah adalah memelihara bahagian-bahagian asas AUKU sedia ada dan buat pindaan yang wajar kepada peruntukan yang lapuk dan tidak lagi relevan.  

Pro- Aspirasi menggesa pihak mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan AUKU supaya memperincikan seksyen yang dikatakan mengongkong mahasiswa denga hujah yang intelektual. Pindaan AUKU 2009  telah memberikan peluang kepada mahasiswa untuk bergiat aktif. Hanya satu seksyen sahaja yang masih menjadi  persoalan besar di kalangan mahasiswa iaitu untuk menyertai parti politik, Menteri-menteri kerajaan, parti politik, dan mahasiswa sendiri mempunyai pandangan menyokong dan membantah dalam hal ini. 

 

 

AUKU Pindaan 2009

LATAR BELAKANG KEPADA USAHA MEMINDA AUKU

• AUKU mengandungi peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan sistem governan, struktur organisasi, disiplin dan tatatertib pelajar dan pekerja universiti dan kolej universiti awam di Malaysia serta beberapa peruntukan lain yang penting dalam memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan universiti serta kolej universiti awam terus licin dan sejajar dengan matlamat asal penubuhannya.

• Sejak AUKU digubal dan dikuatkuasakan pada 30 April 1971, ia telah dipinda sebanyak 5 kali iaitu pada 24 September 1971, 13 Mei 1975, 20 Februari 1983, 1 Oktober 1996 dan 1 Februari 2009.

• Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal pada tahun 1971, yakni pada masa/zaman yang disirikan oleh demontrasi pelajar di seluruh dunia. Pun begitu AUKU tidaklah semata-mata satu reaksi kepada pergolakan pergerakan pelajar; terdapat keperluan yang mendesak untuk mewujudkan satu sistem tadbir urus Universiti yang tersusun sebagai asas kukuh pembangunan pendidikan tinggi negara.

Menurut Prof. Dr. Shad Shaleem Faruqi, Dalam tempoh 37 tahun banyak perubahan telah berlaku. Antaranya:

•Malaysia – capai tahap kemajuan yang memberangsangkan–ekonomi,sosial & politik.

•Masyarakat lebih terpelajar–tuntutan sosial telah meningkat.

•Tahap pengetahuan dan pemakaian ICT meningkat dan budaya mencari ilmu dipermudahkan.

•Komitmen kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan di rantau ini.

•Usaha dan komitmen KPT–tingkatkan status IPTA khususnya dalam ranking dunia.

•Ekspektasi masyarakat Malaysia khususnya terhadap Universiti –bukan saja gedung ilmu tetapi sebagai wadah pembangunan insaniah.

Semua tersebut adalah di antara fakta-fakta yang mendorong pindaan kepada AUKU 1971. Justeru satu Jawatan kuasa dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi untuk menyemak
kembali AUKU.


MODUS

1.Perbincangan dan Perundingan dengan pihak berkepentingan.

•Ahli-ahli Parlimen
•Pegawai-pegawai Kanan KPT
•Pegawai-pegawai Kanan Bahagian Penggubalan Jabatan Peguam Negara
•Pengerusi,Lembaga-lembaga Pengarah Universiti
•Naib-naib Canselor
•Timbalan-timbalan Naib Canselor(HEP)
•Persatuan-persatuan Kakitangan Universiti
•Penasihat-penasihat Undang-undangIPTA
•SUHAKAM
•Majlis-majlis Perwakilan Pelajar


2.Pendekatan

•Terdapat tiga opsyen pendekatan

2.1 Pelihara AUKU seperti adanya.
2.2 Mansuhkan keseluruhan AUKU sedia ada dan gantikannya dengan yang baru.
2.3 Pelihara bahagian-bahagian asas AUKU sedia ada dan buat pindaan yang wajar kepada peruntukan yang lapuk dan tidak lagi relevan.

•Jawatankuasa Menteri dengan kebenaran Menteri memilih opsyen yang ketiga,yakni 2.3


PINDAAN DIGOLONGKAN KEPADA TIGA DOMAIN ASAS


1. GOVERNANS/TADBIR URUS
2. PEKERJA
3. PELAJAR

Di sini saya cuma menekankan pindaan yang berkaitan dengan perkara 3 iaitu PELAJAR. Perkara yang dipinda berkaitan Pelajar adalah seperti berikut :

Jawatankuasa Pelajar
•Jawatan kuasa Kebajikan Pelajar sedia ada dikekal tetapi keanggotaannya dipinda.

a). Naib Canselor sebagai Pengerusi
b). 2 orang dipilih oleh MPP
c). seorangah lidilantik oleh Lembaga

(dahulunya tidak jelas siapa yang menajadi Pengerusi dan bilangan ahli dan kuasa penubuhan oleh Lembaga tetapi kini secara berkanun)

Kebajikan Pelajar

-Perkara-perkara mengenai kepentingan dan kebajikan pelajar adalah di antara yang paling sensitif.
-Pindaan dan perubahan adalah ke arah perluasan hak pelajar dan pemantapan kebajikan pelajar.

Perubahan-perubahan yang berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar adalah seperti berikut:
•Kesalahan di bawah Akta (dahulunya adalah kesalahan jenayah) kini –kesalahan tatatertib sahaja.
•Perluasan hak berpersatuan.
•Perluasan hak bersuara.
•Hak terhadap pendidikan terjamin.
•Hak untuk didengar.
•Hak untuk diwakili dalam perbicaraan tatatertib.
•Hak untuk diberitahu alasan keputusan tatatertib, secara bertulis dalam tempoh ditetapkan.
•Hak untuk merayu dan mendapat keputusan rayuan dalam masa ditetapkan.
•Perluasan dan perjelasan takrif “pelajar”memperluaskan hak mengundi.


Seksyen 15 (yang baharu) Hak Berpersatuan
1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang, dalam/luar Universiti, dalam atau luar Malaysia, kecuali :

a) mana-mana parti politik, dalam atau luar negara
b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, dalam atau luar Malaysia
c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan diberitahu secara bertulis kepada Naib Cancelor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Pertubuhan badan dan kumpulan pelajar yang ditubuhkan di bawah perlembagaan turut diberi hak yang sama dan tertakluk kepada sekatan yang sama.

Selepas Menteri menyatakan/menamakan kepada Naib Canselor pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan beliau sebagai tidak sesuai adalah menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar, atau pertubuhan pelajar berkenaan

Pengecualian : Naib Canselor boleh, atas permohonan pelajar, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan 15(1)(a)

*contoh : ahli politik menjadi pelajar


Hak Bersuara


•Seksyen 15(5)

•Pelajar /pertubuhan pelajar tidak boleh melakukan/menyatakan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsir sebagai menyatakan sokongan/simpati atau bangkangan terhadap 3 kategori badan yang disebut dalam seksyen 15(1)(a)(b) & (c)

•Peruntukan dahulu: “yang boleh ditafsir”kini perlu dinilai dari sudut munasabah maka tidak “arbitary”

•Namun pelajar tidak boleh dihalang membuat (Seksyen 15(6) (dimasukkan melalui pindaan)

(a) pernyataan mengenai perkara akademik berkaitan pengajian dan penyelidikannya.
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara (a) di atas dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak ditaja oleh tiga badan yang disebut dalam seksyen 15(1)(a)(b)(c).

•Pelanggaran peruntukan-peruntukan seksyen 15 boleh dikenakan tindakan tatatertib –jika pelajar (dahulu adalah kesalahan boleh didenda <6 bulan) jika badan pelajar-diuruskan mengikut seksyen 16 (gantung / bubar).


Kutipan Wang

Seksyen 15A Akta
(i) Larangan dikekalkan
(ii) Pelanggaran dahulunya (dahulu adalah kesalahan boleh didenda <6 bulan) kini kesalahan tatatertib (pindaan sub-seksyen 2)
(iii) kuasa untuk mengecualikan mana-mana orang daripada larangan seksyen 15A(1) dipindahkan daripada Menteri kepada Naib Canselor(pindaan sub-seksyen 4 menjadi tidak perlu dan dimansuh-dulu perwakilan kuasa daripada Menteri ke Naib Canselor)

Tanggungan Badan Pelajar
•Seksyen 15B dahulu menyebut “Tanggungan Jenayah”dimansuh dan diganti dengan lebih adil
•Seksyen 15B baharu:
-Jika kesalahan boleh daftar dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan kesalahan itu dilakukan atau berupa dilakukan disabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan badan pelajar diurus mengikut seksyen 16.


Hak Pendidikan Dipelihara

Seksyen 15D(4), (5), (6), (7), (8)
•Pelajar yang dikenakan tahanan pencegahan atau dipenjara, boleh dengan persetujuan Senat, menduduki peperiksaan Universiti tertakluk kepada apa-apa perintah pihak berkuasa berwibawa.
•Pelajar yang digantung di bawah sub-seksyen (1) boleh diterima masuk ke mana-mana Universiti yang
ditubuh di bawa Akta ini dengan kelulusan bertulis Menteri dan syarat-syarat dikenakan oleh Menteri.
•Pelajar yang terhenti menjadi pelajar di bawah Akta ini turut boleh diterima masuk ke Universiti lain.
•Pelajar yang dituduh didapati tidak bersalah jika digantung/ataumenjalani tempoh penjara boleh menyambung pengajarannya –tempoh pergantungan/penjara tidak diambil kira dalam pengiraan tenpoh maksimum pengajian dan keputusannya.
•Peruntukan yang sama bagi pelajar yang dikenakan tahanan pencegahan.
•(jika dulu pelajar apabila digantung tidak boleh masuk Kampus / diterima menjadi pelajar di Universiti lain, jadi satu kesalahan denda <6 bulan)


Kuasa Naib Canselor Menggantung/Membubar Badan/Pertubuhan Pelajar

•Seksyen16 baharu: 16(1) dan(2)
•Naib Canselor boleh menggantung/membubar sesuatu badan pelajar yang didapati menggugat atau mengancam ketenteraman pelajar, pekerja dan Kampus tetapi selepas memberi badan pelajar itu peluang yang membuat representasi bertulis.
•Badan yang terkilan boleh dalam tempoh 14 hari dari tarikh penggantungan/ pembubaran itu merayu secara berulis kepada Menteri(ini tidak ada dalam Akta asal)


Kuasa dan Prosedur Tatatertib

Seksyen 16B asal dipinda
1.Naib Canselor kekal sebagai kuasa tatatertib pelajar.
2.Naib Canselor boleh mewakilkan fungsi, kewajipan dan kuasa tatatertibnya kepada mana-mana TNC, pekerja Universiti atau Jawatankuasa Pekerja Universiti.
3.Naib Canselor atau wakilnya hendaklah maklum secara bertulis alasan hukuman dicadangkan da pelajar diberi peluang munasabah untuk didengar.
4.Pelajar berhak diwakili oleh seorang pekerja atau pekerja atau pelajar lain Universiti.
5.Pelajar berhak membuat representasi bertulis.
6.Keputusan prosiding tatatertib diberikan kepada pelajar secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.
7.Pelajar terkilan boleh merayu dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.


Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar

•Ditubuhkan oleh Lembaga–ahli dilantik oleh Lembaga.
(i) 2 orang ahli dari kalangan ahli Lembaga(seorang daripadanya menjadi Pengerusi)
(ii) seorang daripada Universiti (bukan Naib–Canselor atau orang yang kepadanya Naib Canselor telah mewakilkan kuasa tatatertib)
(iii)mesti memastikan rayuan dalam masa 30 hari dari tarikh menerima rayuan
(iv)memberitahu kepada pelajar secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.
-Pelajaryang merayu
* berhak diwakili oleh pekerja atau pelajar lain Universiti.
* berhak membuat representasi bertulis.

Kaedah Tatatertib Seksyen 16C (Dipinda)
(Kuasa Lembaga)

•Perubahan : Penggantungan semasa prosiding berjalan/belum selesai Kaedah–boleh memasukkan hukuman pembuangan pelajar daripada Universiti. Kaedah hendaklah menetapkan tatacara prosiding tatatertib dan prosiding rayuan

MAHASISWA UTHM JANGAN TERIKUT BUDAYA POLITIK KAMPUS LUAR

MAHASISWA UTHM JANGAN TERIKUT BUDAYA POLITIK KAMPUS LUAR

Beberapa pihak cuba bermain dengan isu-isu yang lapuk untuk meraih undi walaupun mereka sedar yang MPP aspirasi di seluruh Malaysia telah melakukan kerja mereka dengan baik. Mari kita menyorot kembali sejarah dunia politik kampus tanahair dan khususnya UTHM.

Isu melibatkan IDEALISME, FITNAH-MEMFITNAH, FLYERS HARAM,  seperti cuba di angkat saban masa kini di kampus UTHM. Dan setelah berlalu ia seperti menampakkan tahap kematangan yang jelas kalangan pemain-pemain politik kampus .

Mungkin benar kata orang krisis adalah bisnes, ia ada untung ruginya. Jika rasa bosan dengan permainan harian yang kurang menyerlah maka ciptalah satu krisis yang menampakkan kitalah heronya. Pasti sentiasa orang akan melihat kita di seksa, ataupun kita seorang yang ulung, Tanpa krisis mana mungkin pepsepsi terbentuk dari persekitaran yang biasa.

Pihak Pro-Aspirasi UTHM melihat perkara ini mula mengganggu gugat keharmonian kampus. Mahasiswa mula menampakkan ketaksuban terhadap ideologi sehingga tidak dapat menilai baik dan buruk. Walaupun pendekatan pihak Pro-Aspirasi terus dengan budaya tidak merendah-rendahkan atau memburukkan pesaingnya tetapi saban hari kami di serang di dalam Facebook dengan isu-isu yang remeh dan tidak releven. Pihak Pro-Aspirasi tegas untuk mengelakkan konfrontasi yang boleh menganggu gerak kerja kami melalui perancangan 365 Hari Tahun 2011/2012 bagi Sasaran Kerja Tahunan pimpinan Aspirasi melalui wakil-wakil MPP akan datang. Kami menumpukan untuk fokus kepada blue print menawan kampus UTHM dengan majoriti 100% ataupun mengekalkan 2/3 majoriti kerusi MPP. Dan paling penting adalah blue print untuk kebajikan mahasiswa 2011/2012 melalui manifesto-manifesto calon-calon yang menepati visi dan misi Pro-Aspirasi dalam menjaga kebajikan mahasiswa/i UTHM.

Melalui mesyuarat dalaman Pro-Aspirasi, beberapa ancaman telah dibentangkan dan digariskan akan diberikan perhatian segera. Pertama adalah ;

(1) Ancaman politik kotor ataupun reverse psikologi oleh pesaing. Iaitu undi simpati melalui isu yang dilakukan pesaing, tetapi Pro-Aspirasi akan disalahkan melalui sentimen keagamaan, perkauman dan lain-lain yang menganggu emosi mahasiswa/i. Unit penyelidikan Pro-Aspirasi telah membentangkan di peringkat nasional sememangnnya pesaing-pesaing telah menggunakan teknik reverse psikologi secara meluas. Beberapa contoh ;

Pada Pilihanraya kampus tahun 2008/2009, Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS dalam surau Akademi Pengajian Islam dalam kawasan Universiti Malaya. Motifnya sudah tentu terarah untuk menuduh Aspirasi. 

Di UKM pula, pada 11 Januari 2011, pihak Gagasan Mahasiswa UKM (Pro Mahasiswa UKM) telah menyatakan mereka telah difitnah dengan poster yang memburukkan bakal-bakal calon mereka . Sama seperti kes simbah cat di UIA, pihak yang dituduh mensabotaj adalah pihak Aspirasi. Atau apakah poster tersebut sengaja dibuat untuk mempopularkan bakal-bakal calon secara tidak langsung dan dalam masa yang sama meraih simpati dari mahasiswa?

24 Januari 2011, pejabat MPP UIA didapati disimbah dengan cat merah dan ada tulisan ‘f*ck’ dan ‘babi’ disembur dengan spray di atas dinding serta ada Poster-poster yang ditampal di sekitar UIA diconteng dengan tulisan ‘anti WUFI’. Belum tahu siapa yang melakukan kerja ini, Harakahdaily terus menyatakan pihak yang terlibat adalah mereka yang punyai "perasaan ‘kurang senang’ oleh pihak tertentu dengan prestasi yang memberangsangkan oleh MPP UIA yang diterajui oleh Pro-Mahasiswa" Harakah yang dapat dulu berita ini dan terus menuduh pihak yang bukan Pro Mahasiswa sebagai dalangnya. Bentuk tulisan yang sama, spray dengan warna yang sama dan cat warna yang sama, adakah ini adalah kejadian yang berlaku secara kebetulan?

Akhirnya budaya ini sampai ke UHTM pada PRK tahun lepas iaitu ;

Surat Palsu ( Leterhead palsu) yang menuduh pihak Pro-Aspirasi UTHM menerima dana daripada UMNO Johor.

( Contoh Letterhead UMNO sebenar)

Berikut adalah perbezaan-perbezaan yang telah dinyatakan oleh seorang veteran UMNO.
1. Pada tulisan jawi, "PERTUBUHAN" ada dua huruf "wau" iaitu ڤرتوبوهن dan bukannya ڤرتوبهن seperti pada surat palsu.
2. Letterhead sebenar cuma ada logo UMNO di tengah-tengah dan bukannya bendera UMNO bersama.
3. Alamat surat menyurat terdapat pada "letterhead" yang asal.

4. BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT tercatat di bahagian bawah "letterhead" yang asal / original.
Pada mulanya blog Pro-Mahasiswa UTHM memaparkannya, tetapi di tarik balik kemudian kerana telah menjadi kes polis maka tiada pihak yang ingin mengaku.

Tahun 2011 ,kampus UTHM dikejutkan dengan edaran flyer haram,


21 Jan 2011 -  Pihak  Pro - Aspirasi mengutuk perbuatan edaran flyers Memboikot AGM Kelab Iqra` . Pihak Pro - Aspirasi tegaskan sekali lagi perbuatan ini jelas satu permainan politik kotor pihak yang mempunyai kepentingan diri bagi menganggu keharmonian kampus.Pihak Aspirasi juga menasihatkan mahasiwa/i suapaya tidak terpedaya dengan agenda pihak tertentu ini. Kita pihak Aspirasi mohon supaya tidak dikaitkan dalam isu ini kerana kita mula melihat terdapat pihak yang cuba menyalahkan Pihak Aspirasi. Ini politik kotor dan tidak mencerminkan budaya Intelektual yang di pegang dalam Idealisme Pro -Aspirasi.

(2) Ancaman serangan Facebook . Beberapa individu dan akaun di kenalpasti oleh Unit Risikan Pro-Aspirasi melalui serangan terhadap Pro-Aspirasi ;


(a) Farhan Razi
Status : Pro - Mahasiswa
Jawatan : Tidak dikenalpasti.
Kesalahan : Mengedar flyers haram.
Rujukan : http://aspirasiuthm.blogspot.com/2011/01/gempar-edaran-flyers-baru-pengedarnya.html



(b) Hadi Rahman
Status : Pro-Mahasiswa
Jawatan : Ko-ordinator Pro-Mahasiswa
Kesalahan : Cubaan memfitnah Pro-Aspirasi ( Note`s pada Facebook beliau telah di tarik balik selepas beberapa jam dipaparkan, tetapi telah di copy paste di blog Aspirasi.
Rujukan :http://aspirasiuthm.blogspot.com/2011/01/mahasiswa-kecewa-dengan-ko-ordinator.html

(c) Dare To Die
Status : Tidak di ketahui
Jawatan : Tukang Provokasi
Kesalahan : Memprovakasi penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa melalui kenyataan-kenyataan menyentuh keagamaan. Objektif bagi memperlihatkan seolah-olah Aspirasi tidak menghormati agama Islam.
Rujukan : http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=142325289161794&id=100000576537712

(d) Karizmi Muhammad ( Tahun lepas - Nazmi Muhammad)
Status : Pro - Mahasiswa ( Pakai Badge Aspirasi)
Jawatan : Tukang fitnah
Kesalahan : Menyamar pernah menjadi pro -aspirasi, tetapi kecewa dan lompat parti bagi seolah-olah dalam Aspirasi ini terdapat kekotoran dan kepincangan. Tukang fitnah No. 1 ( Wahid).
Rujukan : http://www.facebook.com/home.php#!/photo.php?fbid=502197888373&set=a.436828428373.226292.727848373


Sekian, terima kasih.

Friday, January 28, 2011

SIMPOSIUM DILEMA MELAYU:PERSPEKTIF & KONKLUSI


SIMPOSIUM DILEMA MELAYU:PERSPEKTIF & KONKLUSI




Anjuran : Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI)

Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput semua ahli Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) bagi menyertai dan menjayakan simposium ini.

TERBUKA KEPADA AHLI MELAYU SAHAJA

Setiap ahli dikenakan bayaran yuran keahlian ASPIRASI sebanyak RM30. Bayaran tersebut merupakan bayaran sebagai pendaftaran ahli ASPIRASI. Pembayaran boleh dilakukan semasa proses pendaftaran berjalan. Diminta sesiapa yang berminat untuk menghadirikan diri, sila balas email/call/sms ke 03-2075 4207 (waktu pejabat 10pagi-5 petang) 013-6446 689 (Nadia).

Tempat adalah terhad.


Ahli Panel dan Tajuk Ucapan / Diskusi

* Ucaptama oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad bertajuk:
“Dilema Melayu: Perspektif dan Konklusi”

* Luncheon Talk: Y.B Datuk Seri Mustapa Bin Mohamed bertema:
“Memperkasa Melayu Dalam Konteks Model Ekonomi Baru”

* Diskusi Ekonomi bertajuk: “Milikan 30% Ekuiti Bumiputra Menjelang 2020, Bagaimana dan Dimana Melayu?”
o Moderator: Datuk Johan Jaafar
o Ahli Panel 1: Y.B Datuk Dr Awang Adek Hussin
o Ahli Panel 2: Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid
o Ahli Panel 3: Dato’ Ibrahim Ali
o Ahli Panel 4: Dato’ Salleh Majid


* Diskusi Politik bertajuk: “Cabaran Kepimpinan Melayu Di Masa Hadapan”
o Moderator: Tan Sri Dr. Nordin Kardi
o Ahli Panel 1: Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
o Ahli Panel2: Dato’ Mustapha Ali
o Ahli Panel 3: Tan Sri Isa Samad


* Majlis Makan Malam Perdana Bersama:
Y.A.B Dato Sri Najib Razak-Perdana Menteri Malaysia / Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad

Status Penyertaan IPTA (UTHM) = PENUH

Tuesday, January 25, 2011

Penjualan tiket untuk Malam Kebudayaan Pesta Ang Pao 2011 telah bermula

Penjualan tiket untuk Malam Kebudayaan Pesta Ang Pao 2011 telah bermula

Salam 1 Malaysia.

Penjualan tiket untuk Malam Kebudayaan Pesta Ang Pao 2011 telah bermula. Kepada sesiapa yang belum mendapat ticket masuk. Anda boleh tinggal message anda dalam FB page Jonh Shing.


Saya akan menghubungi anda dengan secepat mungkin.





Untuk makluman anda, Malam Kebudayaan PAP 2011 akan diadakan pada 12hb Februari 2011 pada pukul 7.30 malam sehingga 10.30 malam. Pelbagai program yang menarik sedia menanti anda. Antara program yang kami telah bersedia adalah:

a) Gendang Cina 24 Musim
b) Persembahan alat musik tradisional Cina
c) "Cross-talk" - perbualan lucu
d) Persembahan panggung - crossover tarian moden dengan persembahan yang bermakna
e) Persembahan yoyo Cina
f) Nyanyian Lagu Tahun Baru Cina Bersama
g) Banyak "Surprise" lagi

Marilah kita bersama-sama merayakan perayaan ini. ^^
Harap jumpa nanti.
*RM5 untuk setiap tiket masuk. Anda akan mendapat satu bookmark bersama ikatan Cina selepas membayar. Makanan ringan juga akan diberi sebelum menyaksi persembahan.

Sekian, Terima Kasih

Monday, January 24, 2011

ISU KOLEJ PERWIRA SELESAI

ISU KOLEJ PERWIRA SELESAI

Sdra. Hafiz Ariffin Mengutarakan Permasalahan Mahasiswa
25 Jan 2011 - Sesi dialog TNC HEPA bersama mahasiswa/i Kolej Kediaman Perwira pada malam ini telah membawa khabar gembira kepada mahasiswa/i di mana kemelut isu parking dan saman telah selesai di mana pemansuhan isu ini serta merta telah dilakukan.

Tahniah kepada semua MPP dan JKK yang telah membawa isu ini ke peringkat atasan. Beberapa isu berbangkit juga telah di utarakan dan mendapat respon pada sesi dialog tersebut.

Pihak Pro-Aspirasi akan terus membawa suara-suara mahasiswa melalui wakil-wakil yang ada untuk mencari jalan diplomatik sepertimana isu-isu ini yang telah diperbincangkan terlebih dahulu secara terhormat sebelum diumumkan pada malam ini.  Pendekatan diplomatik akan terus menjadi jalan penyelesaian bagi pihak Pro-Aspirasi.

Terima kasih semua kerana bersabar sehingga ke hari ini. Terima kasih juga kepada MPP Pro-Aspirasi yang terlebih dahulu berbincang secara tertutup dengan pihak atasan sehingga jalan keluar kepada kemelut ini dapat di atasi.

Kita lihat komen-komen MPP Pro - Aspirasi


Salam 1Malaysia. Pihak MPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada TNC HEPA, YBhg. Prof. Ir. Dr. Amir Hashim selepas beliau selesai "Road Show" di KK Pewira. Berdasarkan maklumat dan keputusan daripada TNC HEPA:

1. Sistem parking di KK Perwira telah dimansuhkan(semua pelajar boleh parking dalam)
2. Semua saman parking dikeluarkan oleh KK Pewira ditarik balik

Pihak kami juga ingin berterima kasih kpd Sdr. Hafiz Ariffin kerana berani dan lantang untuk menyuarakan masalah dan cadangan bagi menyelesaikan isu pelajar di KK Perwira.


Media Informasi ''Kami Perwira'' UTHM

Media Informasi ''Kami Perwira'' UTHM Wawancara langsung bersama YDP. Minta maaf sebab rakaman dibuat secara amateur. Apapun content video yang hendak dipertonjolkan. dari Wawancara , YDP menjanjikan bahawa pelajar yang menghuni perwira tidak akan teraniaya. Hidup YDP. (^.^).v.


    • Shahzada Khan
      saya yakin dan percaya rakan saya sdr Hafiz Arrifin ada menyampaikan masalah dan cadangan penyelesaian untuk isu2 di Perwira sebentar tadi, saya telah menghubungi TNC HEPA dan dimaklumkan semua cadangan tersebut diterima. Maaf tidak dapat hadir kerana mempunyai mesyuarat bersama Penolong Naib Canselor sehingga jam 11.50pm tadi.
      Insha Allah masalah selesai =) 


Sekian, terima kasih.