Subscribe:Posts Comments

Monday, January 10, 2011

Parlimen Mahasiswa (USM) : Adakah Mahasiswa UTHM memerlukannya?

Pihak Pro-Aspirasi UTHM sedang mengkaji model Parlimen Mahasiswa USM, Minta pandangan Mahasiswa UTHM.


 Sedutan Perbahasan Parlimen Mahasiswa USM
Mengikut Perlembagaan Universiti (Seksyen 64), Parlimen Mahasiswa dikenali sebagai Dewan Perundingan Pelajar.   Mission:
Matlamat Dewan Perundingan Pelajar (Seksyen 64 (3)) : 1. Menyediakan platform yang menggabungkan suara mahasiswa di semua peringkat kepimpinan mahasiswa. 2. Membudayakan perbahasan secara intelektual dalam kalangan mahasiswa. 3. Melahirkan mahasiswa berkualiti, berfikiran kritis dan idealis sebagai pelapis kepimpinan Negara pada masa hadapan. 4. Suara mahasiswa diiktiraf dalam penggubalan dasar universiti.   Description:
Dewan Perundingan Pelajar ( DPP ) berfungsi untuk : 1. Membahaskan isu-isu kebajikan mahasiswa daripada semua kampus di USM. 2. Menjadi platform untuk perbahasan 3. Membahaskan isu-isu semasa yang berlaku 4. Membahaskan tentang peraturan-peraturan universiti yang berkaitan dengan pelajar sebelum diluluskan pihak pentadbiran universiti  

PARLIMEN MAHASISWA

 

Model Parlimen Mahasiswa
1.  Mengikut Perlembagaan Universiti (Seksyen 64), Parlimen Mahasiswa dikenali sebagai Dewan Perundingan Pelajar.
Struktur Dewan Persidangan Dewan Perundingan Pelajar
Dewan Perundingan Pelajar (DPP)  
2.  (1) Dewan Perundingan Pelajar (Perlembagaan Universiti Seksyen 64) hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut :
a)    Ahli-ahli daripada Exco Majlis Perwakilan Pelajar yang dipilih mengikut seksyen 70 (5) (a) dan 70 (5) (b); dan
b)    Ahli-ahli daripada wakil badan pelajar yang dipilih ke Dewan Perundingan Pelajar mengikut seksyen 71 (2).
(2) Mana-mana mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar hendaklah dibuka kepada mana-mana pelajar berdaftar Universiti, kecuali pelajar luar. (Seksyen 64 (2) )
(3) Peranan Dewan Perundingan Pelajar hendaklah untuk menyediakan suatu forum perundingan antara pelajar dengan wakil mereka untuk segala hal yang berkenaan kebajikan pelajar dan pembangunan pelajar serta untuk membantu kebertanggungjawaban dan akauntabiliti melalui sesi soal jawab, debat dan usul yang dibangkitkan di dalam Dewan Perundingan Pelajar. (Seksyen 64 (3) )
(4) Lembaga boleh, melalui Peraturan-peraturan, menetapkan tatacara mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar, kuorom, debat, dan usul, dan pemfailan soalan bertulis dan lisan oleh pelajar kepada wakil mereka. (Seksyen 64 (4) )
Peryertaan Dewan
3.  Exco MPP kesemuanya secara automatik menjadi ahli Dewan (39 kerusi) (Perlembagaan USM Seksyen 64)
4.  Ahli Dewan dalam kalangan wakil badan pelajar jumlahnya adalah separuh dari jumlah MPP (19 kerusi). (Seksyen 71 (2) )
5.  Ahli Dewan dalam kalangan badan pelajar adalah berdasarkan :-
(a)  Badan pelajar yang berdaftar di BHEPP.
(b)  Merit berdasarkan keaktifan (misalnya dalam penganjuran projek dan sebagainya).
(c)  Komposisi/kuota berdasarkan kelompok persatuan (MPD, sukan, akademik, anak-anak negeri, agama, kokurikulum, dan secretariat sukarelawan)
(d)  Pemilihan ahli-ahli wakil badan pelajar ialah melalui ketua badan pelajar itu hendaklah melantik dalam kalangan mereka undi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor (Perlembagaan Universiti Seksyen 71 (2) ).
6.  Ahli-ahli Dewan hanya berkhidmat untuk satu sidang akademik sahaja selagi ia masih memegang jawatan-jawatan di perkara 3 dan perkara 4.
7.  Pemerhati terdiri daripada semua pelajar berdaftar di USM (keutamaan diberikan kepada wakil persatuan, MPD, Kelab dan lain-lain) (Perlembagaan Universiti Seksyen 64 (2) )
8.  Pemerhati berperanan menyuarakan pandangan dan idea berasas pada penghujung sesi perbahasan setiap usul atas budi bicara Speaker Dewan.  
Fungsi Parlimen Mahasiswa (Dewan Perundingan Pelajar) (Seksyen 64 (3) )  
9.  (1) Membahaskan isu-isu kebajikan mahasiswa daripada semua kampus di USM  dari aspek :
a.    Penginapan
b.    Kesihatan
c.    Kafeteria
d.    Keselamatan
e.    Kewangan
f.     Kaunseling
g.    Internet
h.    Kemudahan Sosial
i.      Pengangkutan dan Lalulintas
(2) Menjadi platform untuk perbahasan
-        Medium yang tepat untuk menyuarakan semua perkara hal ehwal pelajar.
(3) Membahaskan isu-isu semasa yang berlaku
a.    Dalam kampus (semua isu yang melibatkan pelajar)
b.    Luar kampus
-       Peringkat nasional
-       Peringkat antarabangsa
(4) Membahaskan tentang peraturan-peraturan Universiti yang berkaitan dengan pelajar sebelum diluluskan pihak pentadbiran Universiti.

3 comments:

  1. tak payah la nak bermimpi, sudut pidato yg nk membincngkn kebajikn peljr ditolak nikan pula dewan parlimen........

    ReplyDelete
  2. sudut pidato pun tak lepas,nk buat persidangan ala2 parlimen pulak.kui kui kui..

    ReplyDelete
  3. mahasiswa geologi UMSJanuary 12, 2011 at 3:13 PM

    salam..sy nmpk ni sebagai 1 platform yg baik untuk MPP melontarkan pendapat2 yg ada untuk dibahaskan terutamanya brkaitan dgn masalah dan untuk kemudahan mahasiswa khususnya..tidak la hanya duduk dipejabat dgn kerusi yg empuk dan aircond..skurang2nya MPP boleh mlatih skil2 kepimpinan yg baik..insyaAllah..
    manakala sudut pidato itu bukan hanya MPP yg boleh@mesti mnggunakannya malah mahasiswa sekalian turut digalakkan..
    kerana pangkat @ jawatan itu bukan hanya kuasa semata2 tetapi ia adalah amanah yg amat berat yg akan dprsoalkan dikmudian hari..
    ~remaja adalah permata dan pembangun ummah@generasi baru ke arah redha Allah~

    ReplyDelete