Subscribe:Posts Comments

Sunday, January 30, 2011

PERTAHANKAN AUKU DENGAN BERHIKMAH

PERTAHANKAN AUKU DENGAN BERHIKMAH

Pihak Pro - Aspirasi UTHM mengambil pendirian untuk mempertahankan AUKU atas dasar rasional. Adalah tidak logik untuk memansuhkan AUKU yang merangkumi ;

1. GOVERNANS/TADBIR URUS
2. PEKERJA
3. MAHASISWA

 

Pendekatan berhikmah adalah memelihara bahagian-bahagian asas AUKU sedia ada dan buat pindaan yang wajar kepada peruntukan yang lapuk dan tidak lagi relevan.  

Pro- Aspirasi menggesa pihak mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan AUKU supaya memperincikan seksyen yang dikatakan mengongkong mahasiswa denga hujah yang intelektual. Pindaan AUKU 2009  telah memberikan peluang kepada mahasiswa untuk bergiat aktif. Hanya satu seksyen sahaja yang masih menjadi  persoalan besar di kalangan mahasiswa iaitu untuk menyertai parti politik, Menteri-menteri kerajaan, parti politik, dan mahasiswa sendiri mempunyai pandangan menyokong dan membantah dalam hal ini. 

 

 

AUKU Pindaan 2009

LATAR BELAKANG KEPADA USAHA MEMINDA AUKU

• AUKU mengandungi peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan sistem governan, struktur organisasi, disiplin dan tatatertib pelajar dan pekerja universiti dan kolej universiti awam di Malaysia serta beberapa peruntukan lain yang penting dalam memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan universiti serta kolej universiti awam terus licin dan sejajar dengan matlamat asal penubuhannya.

• Sejak AUKU digubal dan dikuatkuasakan pada 30 April 1971, ia telah dipinda sebanyak 5 kali iaitu pada 24 September 1971, 13 Mei 1975, 20 Februari 1983, 1 Oktober 1996 dan 1 Februari 2009.

• Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal pada tahun 1971, yakni pada masa/zaman yang disirikan oleh demontrasi pelajar di seluruh dunia. Pun begitu AUKU tidaklah semata-mata satu reaksi kepada pergolakan pergerakan pelajar; terdapat keperluan yang mendesak untuk mewujudkan satu sistem tadbir urus Universiti yang tersusun sebagai asas kukuh pembangunan pendidikan tinggi negara.

Menurut Prof. Dr. Shad Shaleem Faruqi, Dalam tempoh 37 tahun banyak perubahan telah berlaku. Antaranya:

•Malaysia – capai tahap kemajuan yang memberangsangkan–ekonomi,sosial & politik.

•Masyarakat lebih terpelajar–tuntutan sosial telah meningkat.

•Tahap pengetahuan dan pemakaian ICT meningkat dan budaya mencari ilmu dipermudahkan.

•Komitmen kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan di rantau ini.

•Usaha dan komitmen KPT–tingkatkan status IPTA khususnya dalam ranking dunia.

•Ekspektasi masyarakat Malaysia khususnya terhadap Universiti –bukan saja gedung ilmu tetapi sebagai wadah pembangunan insaniah.

Semua tersebut adalah di antara fakta-fakta yang mendorong pindaan kepada AUKU 1971. Justeru satu Jawatan kuasa dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi untuk menyemak
kembali AUKU.


MODUS

1.Perbincangan dan Perundingan dengan pihak berkepentingan.

•Ahli-ahli Parlimen
•Pegawai-pegawai Kanan KPT
•Pegawai-pegawai Kanan Bahagian Penggubalan Jabatan Peguam Negara
•Pengerusi,Lembaga-lembaga Pengarah Universiti
•Naib-naib Canselor
•Timbalan-timbalan Naib Canselor(HEP)
•Persatuan-persatuan Kakitangan Universiti
•Penasihat-penasihat Undang-undangIPTA
•SUHAKAM
•Majlis-majlis Perwakilan Pelajar


2.Pendekatan

•Terdapat tiga opsyen pendekatan

2.1 Pelihara AUKU seperti adanya.
2.2 Mansuhkan keseluruhan AUKU sedia ada dan gantikannya dengan yang baru.
2.3 Pelihara bahagian-bahagian asas AUKU sedia ada dan buat pindaan yang wajar kepada peruntukan yang lapuk dan tidak lagi relevan.

•Jawatankuasa Menteri dengan kebenaran Menteri memilih opsyen yang ketiga,yakni 2.3


PINDAAN DIGOLONGKAN KEPADA TIGA DOMAIN ASAS


1. GOVERNANS/TADBIR URUS
2. PEKERJA
3. PELAJAR

Di sini saya cuma menekankan pindaan yang berkaitan dengan perkara 3 iaitu PELAJAR. Perkara yang dipinda berkaitan Pelajar adalah seperti berikut :

Jawatankuasa Pelajar
•Jawatan kuasa Kebajikan Pelajar sedia ada dikekal tetapi keanggotaannya dipinda.

a). Naib Canselor sebagai Pengerusi
b). 2 orang dipilih oleh MPP
c). seorangah lidilantik oleh Lembaga

(dahulunya tidak jelas siapa yang menajadi Pengerusi dan bilangan ahli dan kuasa penubuhan oleh Lembaga tetapi kini secara berkanun)

Kebajikan Pelajar

-Perkara-perkara mengenai kepentingan dan kebajikan pelajar adalah di antara yang paling sensitif.
-Pindaan dan perubahan adalah ke arah perluasan hak pelajar dan pemantapan kebajikan pelajar.

Perubahan-perubahan yang berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar adalah seperti berikut:
•Kesalahan di bawah Akta (dahulunya adalah kesalahan jenayah) kini –kesalahan tatatertib sahaja.
•Perluasan hak berpersatuan.
•Perluasan hak bersuara.
•Hak terhadap pendidikan terjamin.
•Hak untuk didengar.
•Hak untuk diwakili dalam perbicaraan tatatertib.
•Hak untuk diberitahu alasan keputusan tatatertib, secara bertulis dalam tempoh ditetapkan.
•Hak untuk merayu dan mendapat keputusan rayuan dalam masa ditetapkan.
•Perluasan dan perjelasan takrif “pelajar”memperluaskan hak mengundi.


Seksyen 15 (yang baharu) Hak Berpersatuan
1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang, dalam/luar Universiti, dalam atau luar Malaysia, kecuali :

a) mana-mana parti politik, dalam atau luar negara
b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, dalam atau luar Malaysia
c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan diberitahu secara bertulis kepada Naib Cancelor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Pertubuhan badan dan kumpulan pelajar yang ditubuhkan di bawah perlembagaan turut diberi hak yang sama dan tertakluk kepada sekatan yang sama.

Selepas Menteri menyatakan/menamakan kepada Naib Canselor pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan beliau sebagai tidak sesuai adalah menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar, atau pertubuhan pelajar berkenaan

Pengecualian : Naib Canselor boleh, atas permohonan pelajar, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan 15(1)(a)

*contoh : ahli politik menjadi pelajar


Hak Bersuara


•Seksyen 15(5)

•Pelajar /pertubuhan pelajar tidak boleh melakukan/menyatakan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsir sebagai menyatakan sokongan/simpati atau bangkangan terhadap 3 kategori badan yang disebut dalam seksyen 15(1)(a)(b) & (c)

•Peruntukan dahulu: “yang boleh ditafsir”kini perlu dinilai dari sudut munasabah maka tidak “arbitary”

•Namun pelajar tidak boleh dihalang membuat (Seksyen 15(6) (dimasukkan melalui pindaan)

(a) pernyataan mengenai perkara akademik berkaitan pengajian dan penyelidikannya.
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara (a) di atas dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak ditaja oleh tiga badan yang disebut dalam seksyen 15(1)(a)(b)(c).

•Pelanggaran peruntukan-peruntukan seksyen 15 boleh dikenakan tindakan tatatertib –jika pelajar (dahulu adalah kesalahan boleh didenda <6 bulan) jika badan pelajar-diuruskan mengikut seksyen 16 (gantung / bubar).


Kutipan Wang

Seksyen 15A Akta
(i) Larangan dikekalkan
(ii) Pelanggaran dahulunya (dahulu adalah kesalahan boleh didenda <6 bulan) kini kesalahan tatatertib (pindaan sub-seksyen 2)
(iii) kuasa untuk mengecualikan mana-mana orang daripada larangan seksyen 15A(1) dipindahkan daripada Menteri kepada Naib Canselor(pindaan sub-seksyen 4 menjadi tidak perlu dan dimansuh-dulu perwakilan kuasa daripada Menteri ke Naib Canselor)

Tanggungan Badan Pelajar
•Seksyen 15B dahulu menyebut “Tanggungan Jenayah”dimansuh dan diganti dengan lebih adil
•Seksyen 15B baharu:
-Jika kesalahan boleh daftar dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan kesalahan itu dilakukan atau berupa dilakukan disabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan badan pelajar diurus mengikut seksyen 16.


Hak Pendidikan Dipelihara

Seksyen 15D(4), (5), (6), (7), (8)
•Pelajar yang dikenakan tahanan pencegahan atau dipenjara, boleh dengan persetujuan Senat, menduduki peperiksaan Universiti tertakluk kepada apa-apa perintah pihak berkuasa berwibawa.
•Pelajar yang digantung di bawah sub-seksyen (1) boleh diterima masuk ke mana-mana Universiti yang
ditubuh di bawa Akta ini dengan kelulusan bertulis Menteri dan syarat-syarat dikenakan oleh Menteri.
•Pelajar yang terhenti menjadi pelajar di bawah Akta ini turut boleh diterima masuk ke Universiti lain.
•Pelajar yang dituduh didapati tidak bersalah jika digantung/ataumenjalani tempoh penjara boleh menyambung pengajarannya –tempoh pergantungan/penjara tidak diambil kira dalam pengiraan tenpoh maksimum pengajian dan keputusannya.
•Peruntukan yang sama bagi pelajar yang dikenakan tahanan pencegahan.
•(jika dulu pelajar apabila digantung tidak boleh masuk Kampus / diterima menjadi pelajar di Universiti lain, jadi satu kesalahan denda <6 bulan)


Kuasa Naib Canselor Menggantung/Membubar Badan/Pertubuhan Pelajar

•Seksyen16 baharu: 16(1) dan(2)
•Naib Canselor boleh menggantung/membubar sesuatu badan pelajar yang didapati menggugat atau mengancam ketenteraman pelajar, pekerja dan Kampus tetapi selepas memberi badan pelajar itu peluang yang membuat representasi bertulis.
•Badan yang terkilan boleh dalam tempoh 14 hari dari tarikh penggantungan/ pembubaran itu merayu secara berulis kepada Menteri(ini tidak ada dalam Akta asal)


Kuasa dan Prosedur Tatatertib

Seksyen 16B asal dipinda
1.Naib Canselor kekal sebagai kuasa tatatertib pelajar.
2.Naib Canselor boleh mewakilkan fungsi, kewajipan dan kuasa tatatertibnya kepada mana-mana TNC, pekerja Universiti atau Jawatankuasa Pekerja Universiti.
3.Naib Canselor atau wakilnya hendaklah maklum secara bertulis alasan hukuman dicadangkan da pelajar diberi peluang munasabah untuk didengar.
4.Pelajar berhak diwakili oleh seorang pekerja atau pekerja atau pelajar lain Universiti.
5.Pelajar berhak membuat representasi bertulis.
6.Keputusan prosiding tatatertib diberikan kepada pelajar secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.
7.Pelajar terkilan boleh merayu dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.


Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar

•Ditubuhkan oleh Lembaga–ahli dilantik oleh Lembaga.
(i) 2 orang ahli dari kalangan ahli Lembaga(seorang daripadanya menjadi Pengerusi)
(ii) seorang daripada Universiti (bukan Naib–Canselor atau orang yang kepadanya Naib Canselor telah mewakilkan kuasa tatatertib)
(iii)mesti memastikan rayuan dalam masa 30 hari dari tarikh menerima rayuan
(iv)memberitahu kepada pelajar secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.
-Pelajaryang merayu
* berhak diwakili oleh pekerja atau pelajar lain Universiti.
* berhak membuat representasi bertulis.

Kaedah Tatatertib Seksyen 16C (Dipinda)
(Kuasa Lembaga)

•Perubahan : Penggantungan semasa prosiding berjalan/belum selesai Kaedah–boleh memasukkan hukuman pembuangan pelajar daripada Universiti. Kaedah hendaklah menetapkan tatacara prosiding tatatertib dan prosiding rayuan

4 comments:

  1. Perbahasan AUKU di Parlimen (Kenapa Perlu Mansuh)

    Secara peribadi, saya menyambut baik hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah YB Dato’ Khaleed Noordin; untuk menilai semula AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 / Pindaan 1974). YB Khaleed Nordin mahu menilai semula AUKU ini demi memberi kebebasan berpersatuan dan autonomi kampus kepada warga Universiti.

    Namun, dalam pengetahuan saya, perkara ini juga telah pun dinyatakan oleh dua (2) Menteri KPT sebelum beliau; Datuk Mustapha Muhammad dan Dato’ Shafie Salleh. Kita telah maklumi bahawa masih belum ada apa-apa inisiatif dalam hasrat ini. TV3 ada melancarkan kutipan responden. Alhamdulillah, lebih 80 peratus setuju AUKU ini dikaji semula.

    Bagi saya, AUKU ini patut dimansuhkan bukan kerana pandangan umum rakyat Malaysia, tetapi kerana substance AUKU itu sendiri jelas zalim dan langsung tidak menjunjung tradisi keintelektualan mahasiswa dan Universiti. Satu-satu perkara yang zalim ini wajib disanggah, biarpun hanya didokong oleh satu jiwa yang adil sahaja.

    KPT telah menerima kertas putih dari Jawatankuasa Mengkaji dan Mereputasi kedudukan IPTA tempatan sebelum ini. Jawatankuasa tersebut ditubuhkan pasca kejatuhan ranking IPTA (merujuk pada Universiti Malaya) dari tangga ke-89 ke tangga 169 ; sebagaimana yang dikeluarkan oleh Times Higher Education Supplement (THES).

    Jawatankuasa tersebut telah menyatakan beberapa cadangan. Salah satunya adalah memansuhkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti). Namun, sehingga kini KPT seolah-olah memandang enteng cadangan-cadangan yang telah disampaikan oleh ahli akademik dan cendekiawan tempatan. Perkara seumpama ini sepatutnya dikesali bersama.

    Saya ingin memetik pendapat Junaidi Abu Bakar dalam buku Mahasiswa dan Undang-Undang dengan izin. Menurut beliau, setiap undang-undang yang digubal mesti mempunyai niat pengubalannya. Begitu juga dengan AUKU, digubal selepas berlakunya beberapa aksi mahasiswa – (1)penyebaran Manifesto Mahasiswa oleh PMUM (Pertubuhan Mahasiswa Universiti Malaya) menjelang PRU4 sehingga menggugat status quo parti-parti memerintah; (2)Demontrasi anti-Tunku (29/8/69); (3)Demontasi ‘Papan Tanda’ demi mempertahankan bahasa Melayu di UM; dan sebagainya.

    Selepas berlakunya beberapa peristiwa tersebut, kerajaan telah menubuhkan ‘Jawatankuasa Mengkaji Kampus’ dan AUKU ini diperkenalkan dan digazet di Parlimen yang mulia ini. Sila rujuk Laporan Muhammad Abu Bakar dalam Mahasiswa Menggugat.

    Persoalan yang ingin saya timbulkan, adakah mahasiswa pada ketika itu melakukan suatu jenayah di sisi undang-undang Malaysia atau Kerajaan sendiri sebenarnya cuba untuk menutup pekungnya sendiri dengan melumpuhkan aktivitisme mahasiswa secara berperundangan?


    Saya secara peribadi yakin, niat pengubalan AUKU ini demi menutup pekung kerajaan semata-mata daripada diketahui umum melalui suara mahasiswa. Sudah lebih 37 tahun, AUKU ini dikuatkuasa ke atas anak-anak kita di kampus. Dan selama itu juga kita telah lihat sejauhmana perkembangan generasi muda dan IPT di Malaysia. Saya telah meneliti beberapa perkara dalam AUKU ini dan saya dapati banyak perkara dalam AUKU ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sebagai yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, 1948 dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Islam Sejagat, 1981.

    Saya ingin menyebut beberapa seksyen dalam AUKU ini yang jelas bertentangan dengan hak asasi manusia, Seksyen-seksyen tersebut adalah Sekyen 7(1), Sekyen 7(3), Sekyen 8, Sekyen 9, Sekyen 11, Sekyen 12, Sekyen 15(1), Sekyen 15(2), Sekyen 15(3), Sekyen 15(4), Sekyen 15A(1), Sekyen 15A(2), Sekyen 15B(1), Sekyen 15D(1), Sekyen 16 dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  2. (Sambungan...)

    Pendek kata, AUKU hampir kesemua seksyen adalah bertentangan dengan Hak Asasi Manusia. Saya ingin membawa contoh, merujuk pada Seksyen 15(3) dan 15(4), AUKU: Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan.

    Bagi saya, akta di atas ini bertentangan dengan Hak Asasi Manusia; kebebasan bersuara dan berpertubuhan sebagaimana yang dijamin oleh Hak Asasi Manusia. Kadang-kadang, saya melihat tukang sapu sampah atau pemandu teksi atau peniaga yang usianya sebaya dengan usia mahasiswa jauh lebih bertuah di Malaysia ini kerana mereka bebas bersuara dan berpertubuhan serta berorganisasi. Justeru, pada hemat saya AUKU ini dimansuhkan. AUKU juga sebenarnya jelas berdiskriminasi hak-hak kemahasiswaan dan tidak berperikemanusian.

    Saya ingin membawa contoh, dengan izin. Sila rujuk Seksyen 15D(1):

    “Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduhkan di bawah kesalahan jenayah maka ianya hendaklah dengan serta-merta digantung daripada menjadi seorang pelajar dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan perbicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus atau kampus mana-mana universiti lain.

    Dalam disiplin ilmu undang-undang, terdapat suatu maksim yang menegaskan bahawa seseorang individu tidak akan bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah (a man is not guilty until he is proven guilty). Berdasarkan pada nature of law dan contoh seksyen AUKU di atas, jelasnya berlaku pra-penghakiman (pre judgement conviction).

    Kes ini lebih ketara dalam isu penangkapan ISA7 yang belum selesai sehingga kini, namun hak belajar dan menerima keadilan di Universiti telah dinafikan oleh mereka. Selain itu juga boleh merujuk dalam isu Norlia bte Syukri vs Universiti of Malaya, 1978 dalam laporan Tribunal Tatatertib Universiti, UM dan laporan tindakan ke atas 1 orang mahasiswa yang ditahan beberapa bulan lepas dan diberikan amaran keras oleh tatatertib Universiti kerana kesalahan mendatangkan kesan buruk secara langsung atau tidak langsung kepada universiti kerana menubuhkan Parti Mahasiswa Negara. Hasil penghujahan yang dilaporkan media dan tribunal perbicaraan walaupun sabit kesalahan tetapi AUKU terbatal sama sekali untuk menjatuhkan hukuman kepada beliau kerana ia bercanggah dengan undang-undang persekutuan dan perlembagaan yang memberikan ruang dan hak yang luas kepada warganegaranya untuk bersuara dan menyatakan pendapat. Jadi hingga kini saya masih keliru di manakah relevannya akta ala rimba ini dan ‘validity’ nya dalam perlaksanaan di kampus bagi mengekang keterlibatan serta mematikan idealisma mahasiswa

    ReplyDelete
  3. Ulasan ini sebelum AUKU Pindaan 2009 kan?

    Rasanya banyak isu dah selesai. Hanya sekysyen ;

    Seksyen 15 (yang baharu) Hak Berpersatuan

    1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang, dalam/luar Universiti, dalam atau luar Malaysia, kecuali :

    a) mana-mana parti politik, dalam atau luar negara
    b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, dalam atau luar Malaysia
    c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan diberitahu secara bertulis kepada Naib Cancelor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

    Pertubuhan badan dan kumpulan pelajar yang ditubuhkan di bawah perlembagaan turut diberi hak yang sama dan tertakluk kepada sekatan yang sama.

    Selepas Menteri menyatakan/menamakan kepada Naib Canselor pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan beliau sebagai tidak sesuai adalah menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar, atau pertubuhan pelajar berkenaan

    Pengecualian : Naib Canselor boleh, atas permohonan pelajar, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan 15(1)(a)

    *contoh : ahli politik menjadi pelajar


    Maka yang masih menjadi perbincangan adalah seksyen di atas. dalam hal ini, pihak pro kerjaan juga berbeza pendapat, Makmal Pemuda BN dan Timbalan Menteri KPT menyokong hak mahasiswa berpolitik. Maka rasanya isu ini akan terus hangat diperkatakan. Adakah mana-mana seksyen dalam AUKU yang masih menjadi pertikaian? Sila maklumkan. Kami akan membuat kajian lanjut.

    ReplyDelete
  4. http://ntahapehape-ntahapehape.blogspot.com/2011/12/relevan-atau-tidak-auku-dimansuhkan.html

    ReplyDelete